Selasa, 15 Disember 2015

HAMPIR DUA BULAN

Assalammualaikum ......

Allahuuuu lamanya aku tak berblog ni.
Ada yang rindu Imanina tak ? kehkehkeh
Sejak aku mula praktikal dekat MADA as a
perakaunan acah saja lebih tapi Alhamdulillah
semuanya berjalan lancar adakalanya busy sampai
tak sempat nak makan tapi bila takada kerja
sampai taktau nak buat apa .

Suasana dekat office setakat ni semua positif
takada la lagi aura negatif , semua pakat sporting.
Tambah seronok lagi bila everyday makan
nasik lemak and setiap petang makan pisang goreng.
Nampak tak makin tembun la aku , saving banyak wehh .
Staff dekat sini semua jenis tak berkira , semua sama-sama.
Sumpah syiokkkkk hahahahaa.

Tambah syiok lagi bila p ikut melawat kawasan
pakat belanja student practikal macam aku hahaha
Well orang kenal kan hahaha susah kalau ayah kerja
dekat pejabat yang sama tapi Alhamdulillah staff dekat sini
takada pilih kasih semuanya sporting boleh buat gila.
Tapi kadang bosan jugak stay dekat Ibu Pejabat ni haaa

Rabu, 25 November 2015

AKTIVITI PRAKTIKAL

Hai selamat pagi semuaaaaaa ....
Lama kan tak update blog haahhhhhh
terlalu busy praktikal huh agak ah p kerja pukul
7.00pagi balik pukul 5.00petang kadang sampai
 rumah pun lewat tak tentu masa
dah la dengan setiap petang hujan lebat ecehhh
macam laa aku ni guna motor
p kerjaaa hahahahaha suka buat teruk ennn ...

Okay , aku and the geng stay kat seksyen perniagaantani,
perakaunan, pengauditan,pengkreditan .
 Hahh nampak dak semua bahagian
main number number sampaikan satu tahap aku rasa
mual nak muntah number
Tapi itulah tekanan alam pekerjaan kan tapi sekarang
 aku rasa seronok pulak hahaha
even bosan dalam pejabat saja tapi entah ah rasa kepuasan.
Dapat pengalaman p meeting dengan semua
 pengarah laa orang orang besar wehh
dulu tengok drama je sekarang rasa real terus nampak lah
pergaduhan sikit salah faham sikit dan banyak lah
adegan yang melucukan bagi aku .

Selasa, 3 November 2015

SEMESTER 6

Terlalu rindu nak berblog tapi memandangkan
sekarang ni balik kerja pukul6 then maghrib and isyak then
tidur terus alahaiii ....

Aku dah mula praktikal selama 6bulan gais lamaaaa wehh
2bulan kena stay HQ buat akaun semua then 4bulan stay
PPK . Sekarang ni rasa nak termuntah buat akaun
dalam kelas bukan main seronok ja aku buat formula
tapi realiti goshhh berjuta number.

Dulu ingatkan dalam drama je fail tebal tebal
rupanya realiti pun lagi tebal wehhh hahahaha
nak nangis bila kena semak , keyin , adjust semua
alahai sis sentiasa suka kan cabaran.

Aku praktikal dengan agensi badan berkanun
iaitu MADA atau Lembaga Kemajuan Pertanian Muda.
Setakat ni bestttt semua staff dekat sini friendly
hahahaha mau tak friendly acctly kan hmmmm
abah aku kerja MADA iaitu jawatan
Pengarah Wilayah IV Kota Sarang Semut so ada yang
kenai aku ni anak sapa sapa so behave imanina.

Sesungguhnya aku sekarang mencuba untuk menjadi hipokrit
sebagai seorang pekerja yang rajin even malas namati .
Sis redha .

Jumaat, 16 Oktober 2015

TAMAT SEM 05

Assalammualaikum ...

Finally tamat dah sem 05 yeahhhh
Final exam how? So far so good laaaa
Haishhh nanti semestinyaa rindu
Rindu semua kenangan yang dibuat dekat
UPMKB rindulaa keceriaan semester satu bersama
awak Khairull Aziem , rindu kemesraan semester dua
bersama korang Farhana, Asikin Omar,Demitri,Naim,
Puteri,Khairull Aziem, rindu kedukaan yang sangat
pedih sakit terhiris airmata berapa banyak keluar
disebabkan awak Khairull Aziem,rindu kesayangan
Angeline semester empat yang selalu ambik berat pasal
aku selalu bagi makanan selalu marah sebab aku ketegaq
dan rindu Angeline dan Alethea semester lima yang
banyak bagi aku nasihat dan bagi aku kekuatan untuk
tempuh semua liku-liku dekat universiti life.

Jangan pernah berlaku percintaan dalam kehidupan
di universiti yeahh aku menyesal .
Jangan terlalu mengharap kawan akan memahami
dan stay dengan kau bila kau ada problem.
Jangan mudah percaya dengan kata-kata manis.
Jangan rindu orang yang benci kau.






Selasa, 29 September 2015

FINAL EXAM COMMING SOON

Al kisahnyaaaa next week dah mula final exam
aku pun pening sekarang ni studyweek ke atau
maraton movie week . Serabut betul dengan
perangai aku yang taktahu nak insaf ni haishhh.

Minggu studyweek jugaklah dekat sini buat
festival hah aku ni memang pantang sikit
dah alang-alang final year dekat Sarawak so
bedal je nanti study pepandai la stayup.

Mula-mula tu redha ja takpayah ah pergi festival semua tu
acehhh tapi bila dah last day baru lah tergedik nak pergi
so kitaorang pun decide sewa kereta selama satu hari je.
Masa yang sama jugak ada dinner makostra kolej
heh memang rushing lahh . Penat yarabbi berlaqa ni .
Ingat kan berlaqa seronok tapi penat separuh nyawa
mungkin dalam keadaan rushing
Lepas dinner terus pergi festival kes dorang nak tengok
Mark Adam aku pun dengan simpatinya drive jelah bawak.













Khamis, 24 September 2015

RAYA AIDILADHA DI TANAH BORNEO

ASSALAMMUALAIKUM ....

SELAMAT HARI RAYA KORBAN
                  VS
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Selamat petang gaisss ........
Hari ni tahun ni tiga kali dah aku beraya di tanah borneo
nasib la raya korban kalau raya Aidil Fitri mahu menangis
berguling guling laa tak balik semenanjung.
Macam biasa seperti tahun lalu hahahahaha
lepas solat raya terus masuk bilik sambung tidur
krohhhkrohhhhkrohhhhhhhhhhhhh

Almaklum laa malas nak berjimba beraya pergi rumah
mak angkat bagai ni tapi inilah jadinya
kelaparan tak sangka semua kedai and cafe
tutup hah meraung laaaa.
Last last fast food delivery jugak dah la
aku ni perut nasikkkkkkkk !
Nak daginggggggggggggggggg !!!

Malam raya ke hari raya ke sedih duh
dengar takbir hmmmmm nak call
pun tak tabah hanya mampu whatsap
umi abah and semua adik beradik
hahahahahaha hati kena kental ah
malu duh nangis ni .







Selasa, 15 September 2015

KENAPA SEKARANG ?

Assalammualaikum....

Sihat semua gais ?
Minggu depan raya kan hmm aku dekat
tanah borneo ni macam biasa lah lepas solat raya
makan apa yang ada termasuk lah maggi
disebabkan kedai muslim pakat tutup habis.

Kenapa baru sekarang kan ?
Dua hari lepas ada makwe kepada bukan bekas lelaki
macam baru nak berbunga cinto macam tu hahahaha
Tapi disebabkan muncul perempuan ni then
relationship aku dengan lelaki terus end as a friend.
Belum masuk special boyfriend just hampir laa.
HAHAHAHAHA
Tapi tak ada lah aku kecewa mana pun sebab
belum ada perasaan bergunung lagi and maybe
aku nak fokus spm sama . And aku tahu yang si
lelaki ni couple dengan perempuan ni .

Its okay but aku pelik jugak lah lepas dorang
couple boleh dikatakan semua laman sosial
aku si perempuan ni follow and add.
Aku layankan saja lah buat apa nak bermusuh
dengan orang kan lagipun perempuan tu mana
ada salah dengan aku pun . Then kitaorang
bertukar number dekat twitter and ada masa
whatsap bila perlu. Jujurnya aku lebih
berdendam dengan si lelaki tapi tu dulu la
sekarang dah tak kenal hahahahaha.
Takada masa aku nak contact orang yang takada
ingat aku .

Dua hari lepas lah si perempuan ni whatsap aku.
Pelik jugak lah dalam hati aku ni sahih dahh
ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
Tuptuptup yeahh betul duh !
Bukan nak cakap aku jahat tapi aku tak berapa
puas hati kenapa sekarang baru nak tanya aku?
'i ada ganggu relay you tak dulu before i dengan he couple?'
'you couple ke kawan dulu?'
Maigoshhhhhh lama tak dengar soalan macam tu
soalan dakdak sekolah menengah likes
'single ke dah ada pakwe?'
HAHAHAHAHAHHA
Tapi aku layankan whatsap mungkin
si perempuan perlukan pertolongan kan
sambil gelakkk atas katil hmmmm

Kenapa lepas korang break baru cari aku yang
empat tahun dah berlalu gaisssssssss !
Kau tak rasa annoying ke ?
Nasiblah aku dah takada feeling dekat
si lelaki ni kalau ada feeling mesti aku dah tembak
dengan ayat pedas pedas. Sumpah lawak.

And now seriously aku nak jalankan life aku
dengan dunia aku sendiri. Buat apa yang
aku rasa nak . Dah tak kuasa nak fikir
perasaan orang . Happy dengan life aku
please enjoy ur life without boy who never
apprecte your loyalty.

Rabu, 9 September 2015

MACAM MANA NAK GEMUK ?

Assalamualaikum ..

Selamat pagi and selamat hari rabu gaissss
Minggu ni minggu test tapi sempat lagi aku
update biasalah dua dalam satu
nota di tepi laptop dihadapan and alang-alang
dapat WIFI so aku nak korang share sikit
and bagi tips dekat aku . Hmmmm

Okay berat aku sekarang 46kg and ketinggian 166cm.
Tinggikan well tapi aku taknak gemuk !!
Aku nak tinggi tapi body cantikkkk !
Aku ni makan sehari boleh dikatakan berkali-kali
jugaklah aku bedal . Wajib kunyah tak boleh kosong
kalau tak mula lah angin masuk hahahaha. And aku
memang suka makannnnn ! Tapi yang nampak
gemuk and berisi hanya dekat pipi sahaja . Hmm
Aku nak tangan , lengan aku berisi sama . So how ?

Aku pun rasa metabolisma aku ni tinggi
sebab makan banyak tak naik naik .
Aku ni setiap hari jugak lah workout dalam bilik
disebabkan nak nampak cutting and shape badan
ala-ala model and setiap petang pergi jog .
Jog bukan nak kurus tapi nak nampak cutting body
itu je hahahaha. So now adakah aku perlu
ambil supplement apa apa ?
Aku geram ah orang suka nganjing
nanti angin kena terbang lah , apahal kau
kurus sangat lah , apahal body kau tak seksi
tak ada cutting . Sakit hati ah orang mengata ni.
So wahai rakan rakan ku bantu lah aku
hmmmm .

Isnin, 7 September 2015

LAST DINNER 05

Assalammualaikum ..

Dalam kesibukkan menjadi student masih sempat lagi
aku mengupdate hahaha biasalah dua dalam satu
sambil buat nota sambil update. Nota memanjang
pun mengantuk jugak maklum lah pelajar cemerlang
sangat . Semalam terjadinya dua benda untuk student
final year lah katakan . Tak sabar nak balik semenanjung
ihihihihihi . Okay semalam dua hari busy dengan
finishing school upm punya event . Tersangat lah malas
nak pergi tapi tetap pergi . Aku ni dimulut kata malas
tapi badan gerak pergi jugak dimulut kata nak ponteng kelas
tapi pergi jugak kaki ni . Budak takut nak buat jahat hahaha
Tapi kalau aku nekad hah memang jangan harap la
aku nak pergi tapi pernah ke aku nekad hahahaha.
Pernah laa terutama kelas di malam hari dan dihujung minggu
ganggu ja rutin harian aku memang tak la aku nak pergi.

Finishing school gaisss , iolls satu kelas dengan bitch ehh
subhanaAllah imanina ni taktahu jaga mulut betul.
Okay sama kelas dengan mamat tu herghh hahahaha
Annoying jugak aku ni dimulut kata benci tapi dihati
maybe ini last aku tatap muka kau dan moga
kau bahagia dengan hidup kau dan aku ni sampai bila la
nak move on heh tak paham betul . Mamat tu dah dua tiga kali
dengan perempuan lain yang aku ni terhegeh lagi
mengharapkan come on laa imanina . Dia takda la baik hensem
mana pun chill babe ! Alah setakat atlet rugby badan smart sado
je pun tapi kelas everyday ponteng boleh dikatakan
setiap sem jumpa dekan tak kan itu yang kau nak imanina.
HAHAHAHAHA tak paham la perasaan sendiri.
Okay masuklah finishing schol , as a student final year
kami semua diajar cara cara interview dengan betul dan tepat ,
cara nak berpakaian semasa interview , cara buat resume
and so on la . Best sebab dapat lect paling sporting
pasai banyak bagi rehat take 5minit tapi kami
terlebih 5minit hahaha, Hujung minggu buat finishing school
nama ja wajib hadir , tapi tak suruh fokus ibarat
badan dalam kelas jasad masuk mimpi.
Tersangat mengantuk , takpaham betul terutama kos
aku la dpnt iaitu kos bisnes dibandingkan dengan budak kos
dkhp iaitu dakdak veterinar bro . Hahahaha memang
banyak beza la . Kos bisnes main banyak kos veterinar
taktahu la nak cakap fokus sungguh. Itulah bebudak dpnt
chill and relax .




Then semalam berlakunya dinner untuk kos kami kos bisnes
setiap sem wajib ada dinner aku pun tak paham.
Duit habis dekat dinner ja setiap sem adat turun temurun
katanya . Setiap kos mesti ada adat aku pun tak paham
wajib benor ke ikut adat tu. Dah la dengan ada
protokol bagai then buat dekat hotel memang kikis
betul duit lah , tapi disebabkan sem akhir so iolls
pergi laa even mula mula memang mati mati takmau pergi.
Selama lima sem aku dalam kos ni dua kali je aku pergi dinner
hahahaha first dulu bodoh bodoh excited dinner uolls masa
sem satu dah senior cakap wajib so wajib la kome
then sem sem lain memang takada muka aku ni .
Budak budak kos pun dah dapat aim aku la
muka selalu lepas final exam terus pergi airport balik
semenanjung so memang tak la pergi dinner . HAHAHAHA
Dah macam budak lelaki aku ni selalunya budak perempuan
jenis nak packing itu la ini la so balik semenanjung dua tiga hari
lepas final exam , sorry la aku ni jenis malas tunggu
habis je paper last pukul lima petang terus otw
ke airport flight pukul tujuh hah semangat balik Kedah !
Seronok dinner semalam maybe persembahan best
tapi makanan punya hmmm hancus burn RM60 aku !
Makanan tak sedap lamb pun lemak saja saja
then vegetarian masak serupa nak bagi haiwan makan
besar besar gedabak .

Throwback balik semua dari sem satu hingga sem lima
kami punya total dulu 119 sekarang total 116 .
Sedih juga la dua orang tukar masuk tawaran
lain yang mereka dapat itu pun sem tiga baru keluar
itu ah sedih and sorang lagi dah pergi meninggalkan
kami semua . Mungkin Allah lebih sayangkan kamu.
Dah la arwah baik , orang mengusik ke mengata ke
semua senyum je tak pernah marah . Aku ni
setiap kali ladang membuli je asyik suruh
arwah mencangkul itu ini and aku beli karipap aku paksa
jugak jugak arwah makan karipap yang aku beli hmm
sedih sangat kehilangan arwah semasa semester tiga iaitu
tahun 2014 taktahu la setengah cakap terkena buatan orang
setengah cakap kanser .Entah la hanya yang di atas je tahu.
Tapi itulah kenangan selama aku duduk di Borneo.
Banyak lagi gambar tapi cukup la sikit hahaha.
Lain benor apabila makeup sejujurnya dipaksa makeup
oleh budak tarian iaitu jiran bilikku kerna aku ndak tahu
makeup bha . Yang tolong makeup budak sabahan bha.
Aku duduk semeja dengan bebudak Borneo aku je
peninsular so rasa macam bangga bha . Dilayan dengan
mesra masa makan hahaha orang tolong letakkan lauk la
itu la ini lah . Ahahaha and aku lebih prefer kawan rapat dengan
non muslim sebab relay dorang kuat tak macam yang lain
bila gaduh putus relay jadi kawan . So nanti aku rindu kat korang
degree mohon datang semenanjung











Ahad, 30 Ogos 2015

STUDENT FINAL YEAR

Hai rasa dah lama tak update blog kan .
Alhamdulillah aku dapat move on dengan
nasihat nasihat orang yang sentiasa sokong aku
secara tersembunyi ehh .
HAHAHAHA
Kalau terang terangan nanti dikatanya dengki lah
nak pilih kasih bagai lah itu lah ini lah nama pun
perangai manusia kan.

Final year so busy macam biasa assigment quiz and test
semestinyaaa .
Dannn aku tinggal lagi sebulan saja lagi dekat sarawak ni
tak sabarnyaaa nak balik Jitra .
Tapi tiket flight pun tak beli lagi goshhh !
Dengan masalah kewangan pulak heh
Mentang final year dengan dinner lagi event
macam macam pulak kalau tak join rasa rugi aiyooo

Aku rasa macam cepat laaaaa final exam
nak balik woi . HAHAHAHA
tapi tak study lagi hah itulah imanina -.-

Sabtu, 22 Ogos 2015

TIADA BEZA

Assalammualikum ....

Selamat pagi semuaaa ...

Nak share sikit laa and apa pendapat korang ?
Betul ke seganas mana perempuan tu boleh je takada
perasaan dekat lelaki ?
Atau taktahu ituka perasaan ?

Serius laa bagi aku tipu la takada perasaan
seganas mana pun tomboi still ada jugak perasaan dekat
lelaki . Sama ada kau saja buat taktahu atau buat bodoh kan.
Kadang nak tunjuk malaikat macam tak pernah bercinta seolah
orang yang bercinta ni neraka sangat.

Bagi aku dua tiga pagi 'kawan lelaki' call dah kira
bermaksiat jugak . Tapi bagi setengah orang
'alah member ja kot' . Kalau member perlu ke call
kau dua tiga pagi bagi aku dah takada sopan dah.
Sama ja dengan otp sama pakwe cuma kau sendiri anggap
itu 'kawan lelaki' tetapi lelaki jugak . Apahal
takada kawan perempuan call lewat macam tu ?
Hah tanya diri sendiri laa.

Selalu keluar lepak dengan 'kawan lelaki'.
Segangster mana pun perempuan tu kalau ikut
agama Islam seeloknya elakkan lepak dengan
'kawan lelaki' . Tak salah berkawan tapi kalau dah
melebihi batas macam dah takada kawan perempuan
dalam dunia ni.

Seronok kawan dengan lelaki sebab sempoi
takada nak sentap bagai tapi seronok tu boleh
lalaikan kita sampai dah taktahu nak jaga
maruah agama sendiri. So sama ja dengan orang couple
takada beza dah kalau kau selalu contact
dengan 'kawan lelaki'.
Tak perlu menghina orang yang couple even kau
tak pernah couple tapi selalu bergantung jugak
dengan manusia yang bernama LELAKI.

Khamis, 20 Ogos 2015

'NAK KAHWINKAN KENA CANTIK'

ASSALAMMUALAIKUM WBT ...

Apa khabar harini ? Harap semuanya berjalan lancar .
Selesai sudah test dua ,agak memenatkan
jugak lah nak perah kepala otak ni haaa...

Aku ni dari sem satu perhati ja macam macam ragam
budak kelas aku tapi dia ni dari dulu sampai
sekarang tak pernah berubah . So tertarik pulak
ada jugak manusia macam ni .

Okay kawan ima sorang ni dia terlalu obsesss
sangat dengan kecantikkan . Jumpa ja
ada lah produk baru dia nak kenalkan kat
aku . Aku ni layankan ja even rimas sangat.
Aku tengok kulit muka dia pun makin lama
dah macam makin nipis . Sembang-sembang
aku ni takada la nak obsess cantik semua ni
normal lahh perempuan tapi jangan terlalu obsess
bahaya jugak . Then dia cakap kat aku
biasalah nak kahwinkan kena la cantik.
Eiuuu pleasee nampak sangat laki kau
pandang rupa , tak salah nak cantik
tapi sampai beratus ringgit habis untuk produk
kecantikkan agak melampau laa.
Hah kalau tetiba tak jadi kahwin tak
rasa macam bodoh ke.

Bagi aku nak cantik tak salah sebab aku pun
nak cantikk jugak saja untuk kepuasan
diri sendiri dan bukan untuk orang diluar sana.
Tapi fikir beribu kali jugak lah nak beli
produk mahai mahai ni.
Tapi seronok ada kawan macam tu
HAHAHAHAHAHAHA

Rabu, 19 Ogos 2015

JANGAN CAKAP 'MAAF' KALAU TAK TAHU MAKSUD





Ceritanya macam ni kitaorang yang sem lima
meminta junior sem satu untuk ambil tandatangan
senior sebanyak enam puluh tandatangan.
Semalam ada la junior ni datang bilik ,
aku ingat lagi untuk first time junior ni pernah datang
bilik aku then cakap agak banyak la macam dah lama
kamcing err kenal .
Tapi semalam dia masuk bilik aku dalam keadaan
malu then muka pun macam sedih .
Macam tak happy langsung stay dekat upmkb ni.
Lepas aku sign semua tu , aku pun tanya la
bukan kamu ke yang haritu datang dengan pika
junior lagi sorang . Rupanya dia laa .
Aku ada la dengar negatif punya khabar angin
pasal budak ni tapi malas ambik port .
Then aku paksa budak tu cerita dah kenapa
yang muka macam sedih and pucat kamu tu orang sarawak
so no problem la kalau nak balik
dua minggu sekali lain la macam aku homesick
masa sem satu dengan jauh nak balik Kedah.
Dia pun buka mulut cakap tak seronok disebabkan
'KAWAN' . Aku nak gelak pun ada nak kesian pun ada.
Kawan yang berbaik dengan kita tapi dibelakang
bukan main kutuk cuba rasa perasaan macam tu .
Then ada laaa sorang ni advice cakap
'kalau kau dik buat salah dengan orang tu kau terus minta maaf'
'kalau dia buat salah pun kau maafkan dulu'
'kau buat je macam aku happy even ada salah dengan dia'
'kau kawan je dengan orang lain takpun buat taktahu'

Maigoshhhh ! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
Sumpah duh aku nak gelak setan aiiiiieeeee
Pandai betul advice dekat orang tapi
yang kau tengking , then marah aku ikut sedap
mulut ada ke kau 'MINTA MAAF' ?
Cakap guna otak cermin diri dulu sis
Itu je . Tak salah nak advice tapi macam lawak ah
advice kau . Kau buat salah bagai tapi
kau still datang ikut aku dah kenapa
come on laaa . Ingat aku taktahu ke
dah berapa banyak kau kutuk tikam aku dibelakang
malas aku nak ambik tahu lantak kau la.

Isnin, 17 Ogos 2015

JAGA MARUAH AIR MUKA 'KAWAN'

Hai and Assalammualaikum ...

Nampak kan tajuk entry kali ni , aku pun sebenarnya
tak pasti and now aku dah melaluinya sendiri.
Its hurt ! Apa perasaan korang kalau kena tengking dengan
'kawan' depan orang ramai ?
Apa tindakan korang ? Still berkawan lagi ke atau
no more atau buat bodoh macam takada apa berlaku ?

Sejujurnya aku dah mula hilang respect dengan manusia
macam ni . Kalau first time tak kisah tapi ni dah
berkali-kali. Sampai bilaa aku ja nak kena minta maaf
Come on laa kau tak respect aku then ada hati kau
nak bersuara suruh orang lain respect kau .

Kadang aku pun tak faham , nak publisiti agaknya
manusia macam ni. Sikit pun tak jaga air muka orang.
Takpayah la nak buat baik dengan aku , aku serius
dah tawar hati sangat sangat . Better aku buat bodoh dan
malas nak ambik tahu . Buat lah apa yang kau nak buat
sikit pun tak kisah

Jumaat, 7 Ogos 2015

JAMUAN RAYA SEM AKHIR

Assalammualaikum....

Pejam celik celik pejam imanina
dah hampir nak habis sem
After this praktikal and tamat lah diploma
And tamat lah rindu saya dekat awak mungkin .

Tak sabar nak balik Kedah inyaallah lagi dua bulan lagi.
Jamuan raya hari tu Alhamdulillah seronok jugak
disebabkan makanan yang sangat memuaskan.
Punya la penat usha punya usha
tapi saiyang dia tak datang excely aku tak mengharap
tapi berharap eh hahaha statment keling.

Nanti lah aku update dekat awak blog bila dah habis
sem enam and dah tamat aku stay dekat sarawak ni.
Im promise i will update my story in UPMKB
dengan lebih detail.

Sem satu best sem dua sangat best sem tiga derita
sem empat kurang derita and now sem lima insyaAllah
nak diam ja .

De DPNT Batch 4


With junior i will always remember what you do

DPNT sem 5 raya


Hari ni hari Jumaat dan tinggal dua bulan lagi
Assgment makin banyak dan aku makin relax
Allahu baloq sungguh imanina sekarang ni.

And tetiba rindu kau Aziem
Rindu sem satu and sem dua
Macam lawakk jugak ah
K bagi aku gelak sensorang sat

Salam Jumaat

Isnin, 6 Julai 2015

Sudah masuk fasa ketiga di bulan yang mulia ini
Ramadhan Al-Mubarak Alhamdulillah .
Semoga hati aku sentiasa bersih suci daripada sifat dengki
dan dendam dengan orang orang di sekeliling aku .
Biarlah taksuka pada luaran tapi dalaman hanya aku dan yang diatas
saja tahu niat sebenar benarnya .

Niat untuk berbaik berkawan seperti dulu ada tapi
belum tiba masa lagi mungkin. Hari demi hari
aku belajar cara hidup dalam keadaan yang jauh dari keluarga
dan orang yang kita sayang. Sudah hampir tiga tahu aku
duduk di bumi Borneo ini , sudah aku masak dengan
perangai manusia manusia disekeliling aku.
Aku kalanya orang suka berkawan dengan kita dan ada masanya
orang lebih suka menjauhkan diri dari kita dan akan menghampiri
kita bila ada masalah atau pertolongan yang memerlukan kita
tapi itulah namanya manusia susah baru dicari.
Aku pun dah tak kisah tak mati pun takada kawan
yesss tapi mungkin perkataan sunyi itu ada .
Kawan saja yang boleh mewarnai kita disaat keluarga kita
berjauhan dengan kita.

Tak semua perubahan kita boleh terima dengan secara mendadak dan
pantas.Tipulah kalau sekarang rasa tak terkilan , dalam kegembiraan kita
mesti ada juga rasa rindu sayang even kita dah tak macam hubungan yang
dulu.Kawan rapat menjadi musuh ketat , roomate menjadi hantu
takwujud,yang dahulunya couple menjadi alien , yang dahulunya
makwe orang menjadi manusia tak guna , yang dahulunya single
menjadi pasangan over,yang dahulunya diam menjadi gila gilaaa ,
yang dahulunya alim warak menjadi syaiton ,yang dahulunya
dianggap malaikat menjadi lelaki semua sama .
Setiap perubahan dalam masa tiga tahun aku dibumi Borneo
dah pelbagai lakonan drama aku tengok. Sedih ada gembira ada
tapi itulah namanya kehidupan . Manusia tetap akan berubah sejahat jahat
dan sebaik baik manusia tetap akan berubah juga.

Lumrah hidup tak lari daripada kesilapan kesalahan .
Semua orang melakukan kesalahan dan diberi peluang untuk
bermaafan dan tidak melakukannya lagi tapi adakah semua orang
menggunakan peluang kedua itu dengan sebaik mungkin ?
Itu semua terpulang atas diri sendiri. Kita bukan manusia yang
sebenarnya sempurna dimata orang lain tapi kita mencuba untuk
menjadi yang terbaik diantara yang terbaik . InsyaAllah.
Tipulah kalau gaduh marah masam muka semua tu tak bersebab kan.
Setiap orang ada perangai yang tersendiri so kalau kita
memahami antara satu sama lain benda kecil tak akan menjadi besar.
Tak semua orang disekeliling kita berfikiran yang sama
ada yang tidak matang hanya memikirkan keseronokkan ,
ada yang sudah pernah jatuh dan ada yang senang mendapat kesenangan.
Semua terpulang dengan diri masing-masing sama ada untuk
kearah kebaikkan atau keburukkan . Semunya atas diri kita sendiri.
Setiap perkara boleh dibincang .


Ahad, 28 Jun 2015

KEPENATAN & KESERONOKKAN SEM5

Assalammualaikum .......

See lama tak update blog baru masuk sem lima
tapi dah banyak projek nak kena buat.
Dah la kelas pun sampai hujung minggu
takada cuti okay . Sampaikan nak tidur pun badan
sakit sakit rasa sengal sangat dah la mata pun ahh
bila kelas mula lah nak dipejamnya banyak betul syaiton
even bulan Ramadhan .

Alhamdulillah satu persatu masalah selesai
first gaduh tempat nak praktikal
last last dapat jugak geng nak praktikal di Kedah
Terima kasih dekat korang yang tolong aku iaitu am patah , akmal dan fikri.
Then gaduh pasal batas dekat ladang itulah inilah .
Sebenarnya takada punca pun nak gaduh tapi memandangkan bulan puasa
so semua mengeluh la nak ke ladang. Perempuan dah la mengharapkan
tenaga lelaki tapi lelaki yang ada dalam kumpulan pun
tak macam lelaki itulah jadi pergaduhan kecil.

Tapi pengalaman lah rasa yeahh bila lagi nak gaduh macam ni sem last
kan hahaha. Stress ja apa lagi hangout . Tak pernah buat kerja gila
ini lah first time ikut kepala dorang.


Rabu, 17 Jun 2015

SEMESTER 5

Permulaan semseter 5 yang tidak lah berapa stress
tapi agak merumitkan jugak lah .
Satu persatu dugaan and think positif mungkin
sebab nak Ramadhan kan .
First balik sarawak kena merempat disebabkan nak fight
untuk dapat bilik ye lah dah semester akhir and then second muet
hah dengan preparation last minit duh agak kelam kelibut jugak
but Alhamdulillah berjaya jugak .
And now kena fikir nak latihan industri dekat mana
disebabkan syarat syarat yang diletakkan itu agak rumit sikit lah
ikut hati nak praktikal dekat jitra ja tapi memandangkan tak boleh
berseorangan kan alahai so now kena fikir janji semenanjung.
Moga dipermudahkan segala urusan untuk semester lima ini
and aku harap takda lah pergaduhan atau pertidaksefahaman
nanti. Aku doa sangat sem lima semester akhir untuk mencipta
memori yang last tanpa ada pergaduhan hahahahaha .
So now aku nak happy go lucky and no more dendam whtaever .

Alhamdulillah semester lima jugak sambut Ramadhan untuk kali terakhir
di bintulu sarawak . InsyaAllah. Semoga meriah ramadhan kali ini
and without any problem . Yeahhh !
InsyaAllah .

Rabu, 10 Jun 2015

TEKANAN SEMESTER 5

Huhhh stresss niat balik awal nak muet kononnnyaaaa laa
Tapi ahhh stesss kena rombak bilik al bangang sungguh la
semester last kot tak boleh terima ah kena stay dalam
bilik fellow . Junior punya cerewet sis redha saja lahh
disebabkan sem lastt kann . Ahhh dah la bergurun lama mana dah
bilik fellow blok H tu tak berpenghuni dengan habuk tebal berapa inci
aishhh ai cannot lah . Better berhousmate dengan kos lain .
Aku doakan sangat semester 5 sem yang happy go luckyy !
No more kebangangan ahhh . Apahal la junior selayang ni kerek
sangat taktahu ke aku nak mengajak saving duit memasak aishh
sis terpaksa naik aras tiga . Taktahu la tapi hati ni tak berapa ikhlas lagi
tapi mungkin ini yang orang cakap rezeki salah beli tiket eh bukan salah
gara-gara muet punya tarikh .

Jumaat, 29 Mei 2015

EXPERIENCE

Aku nak share pengalaman aku bekerja keras
kononyaa lah untuk menampung latihan industri
tapi tak tahulah kesudahannya .

First malas sangat nak kerja sebab aku takada pengalaman
sangat bekerja ni then aku p kedai runcit tapi tak la runcit sangat
kedai nasman . Kedai ni orang selalu beli borong barang barang
untuk menjual kedai makan . Dah la kena jadi cashier
so far takut jugak tapi Alhamdulillah okay .
Ada short duit gaji potong makin lama makin short aku pun hairan
dah stop wey tak sanggup and dengan kena angkat barang.
Barang ringan its okay tapi kena angkat kotak gedabak besar
kotak minyak lah kotak pampers lah wehh stop la.
Aku bukan lelaki nak angkat benda berat ni sakit satu badan.
Aku rasa mencangkul pun tak sakit macam ni .
Kedai mamak so hmmm apa tak kata . Dua minggu ja aku bertahan
mau nak berhenti tu ada lah makian . Biasalah manusia
tak pernah nak puas hati kan . So lantak ah hak aku kan.

Then aku balik ja dari Shah Alam techer offer aku jadi kerani
tuisyen. Krja tak berat sangat tapi Allahu bosan pishang nak
mampuih. Tapi agak takut la kalau sensorang dalam rumah kedai tu
cukup tiga minggu ja aku kerja . Aku rasa macam habis dipl aku taknak kerja dah
hahaha tak ada ke kerja kat jitra ni yang tak menakutkan .
Tapi itulah pengalaman cuti dua bulan aku

KENANGAN

Allahu lamanyaa tak update sekarang ni
aku akan update bila mood aku down sangat sangat
and rasa give up nakmati..................
Hmm taktahu la sejak dua menjak mood aku
cepat sangat down dan terasa ahhh fuck !
Opssss maaf jangan mencarut.

Seronok selama stay dekat rumah pengalaman bekerja and everyday
hangout spent times dengan family and kawan kawan sepupu
Jarang duh aku balik aku buat semua benda ni entah la
kali ni aku rasa macam nak buat semua dengan orang
yang aku sayang. Aku selalu cerita dekat jeera and pinat
pasai si aziem aishh ima awat tak move on lagi .
Aku dah move on duh dengan makian semua tu tapi itulah
aku taktahu kenapaaaa ! anddd aku hangout dengan
makwe crush aku duh memang fulamak ahh.
Jera cakap ima you matured cause you can handle your feeling
acttly im not okay and aku pikiaq sampai bila aku nak dendam.
Hmm aku serius nak cepat keluaq dari upmkb
aku dah penat nak membenci nak kesian semua ni
Setiap kali jera or pinat tanya pasai aziem and ima move on
ahhh tahu nak qeyau ja im not strong enough !

Please ima ambik orang yang nak kau ima tapi
jujur aku tak selesa even lelaki tu jauh lagi baik and
hensem dari si aziem . Mungkin Allah bagi aku dugaan semua ini
untuk tunjuk kekuatan aku mungkin. Jera and pinat faham aku
yelah setahun rapat susah nak rasa semua tu and now dah setahun
aku and aziem musuh . Aku down aku rindu aziem ah bodoh
au hanya kenal aziem yang aku sayang . Tapi masa tak boleh putar insyaAllah aku tunggu.
Tunggu yang lebih baik .Umi and abah pun cakap dah laa
ambik anak murid umi ja kawan  and enough and dont be stupid.
Prempuan kena disayangi bukan dimaki . Ahhhh k fine .
Aku rasa benci dekat semua lelaki haishh
and thankyou 'kau' yang gelar diri 'kau' abang aku even kau ni selalu
marah aku and aku pun selalu lupa kau and kau tetap
layan aku baik and bagi advice. Kau ajar semua cara lelaki
tak boleh percaya and kau maki aku pulak cepat sangat jatuh
hahaha thankyou bro . Aku rasa biarlah aku habis diploma dengan tenang
and jayanya with my girlfrendss.





Ahad, 22 Mac 2015

TERASA

Hai youallllssss

Rindunyaaa dah nak balik Kedah
Tak sabaq tak tau nak kata apa
Gembira syiok kahkahkahkahhh

First aku nak share cerita pasai terasa eh 'terasa;
Tipulah aku tak terasa dengan sikap hang
Tapi bila dah lama-lama malas lahhh
Jujur memang susah noh nak ada kawan hat yang
jenih paham ni . Ishh aku pun tak paham sebenaqnyaa
Tapi lantak lah .
Aku pun tak paham benda kecik dok pebesaq
So what ? lantak aku lah
Aku diam bukan bermakna semua nak ikut kepala hotak hang
Ishhh laaa makin menyampah aku tengok.
Ishh laaa dah takmau tengok aku boleh angkat kaki kot
takkan hat tu pun nak kena habaq ishhh merapu sungguh.
Mata hang lantak hang laaa ingat aku haiqan sangat kerssss

Jujur memang aku ni suka sungguh cari pasai
tapi lantak lah hak aku .
Sebenaqnyaa aku bukan suka sangat nak gaduh macam budak budak ni
tapi dah hak aku untuk menulis hak aku akaun sosial aku
hat bangang p terasa dah pasaiapa .
Then nak sentap sangat p dok dalam hutan laaa

Memang bukan jenih aku la nak berjimba macam monyet
well tak melambangkan hang tu educated weh .
Ada ka orang educated berjimba hingaq nak mampuih
Aku pun berjimba tapi tak ada la nak hingaq satu kedai dengaq suara
hang seketoi seketoi ishh tak malu .
Wang hantaran kena tinggi sikit even tak cantik pasai
adab pergaulan masih dijaga ecewahh
iolsss bukan jenis perempuan keluar malam dengan kawan
okayy , bukan perempuan jenis melepak dengan jantan tak senonoh.
Ehh bukan tak boleh ada kawan lelaki boleh tapi perlu ka
lepak tengah malam dengan jantan ? maigoshhhh
nampak ja terus wang hantaran jatuh uolssss
So behave girls !

Jumaat, 20 Mac 2015

END OF SEMESTER 4

Heyyyy everyone evelibodiessss
Okay nak update pasai sem dahhhhhh nak habisss
So now final exam yooooo

3 papers to go
and
i will flight
so wait for me Kedah Im come !

Yeahhhh !

Jumaat, 13 Mac 2015

TAHNIAH KAWAN

Hmm aku nak cakap gembira tapi ada perasaan sedih
hmm tahniah meen dah jadi bini oqang
sedih wey hang dah jadi bini oqang pastu dengan aku
tak dapat nak balik p kenduri kahwin hang.
Aku first kenai meen dekat tuisyen akaun haha
sumpah lawak bila ingat balik
aku ni dah la jenih pendiam hahaha mula-mula saja laa
tapi bila lama lama jangan cakap la semua masuk ayaq.
Pastu lagi rapat bila masuk plkn satu kem pulak tu
dengan tak cukup satu kem then satu company
and sebelah katil pulak kami hahahaha.
Kerja gaduh jaa aku meen ale husni dan aton
hanya pemerhati macam mak mak sikit.
Sumpah rindu gilaa gilaa see tak boleh move on lagi
even dah dua tahun tinggai kem plkn.
Dok rancang nak jumpa nak jumpa tapi semua cuti tak sama
nama ja semua tinggai dekat kedah tapi susah kot
nak jumpa. Hmmm takpa nanti aku balik
kedah aku p melawat hang noh




ΔΆ