Isnin, 30 Disember 2013

UPMKB BANJIR

halaman tengah blok H

halaman tengah blok H

belakang blok H

berhampiran sungai blok H

di dalam bilik blok H

belakang blok H


Assalammualaikum wbt .........

Semua ini dugaan , semua ini cabaran , semua ini takdir yang sudah
tertulis oleh Allah.Alhamdulillah bilik aku aras 2 jadi tak kena la
musibah banjir seperti ini , tetapi sebagai manusia yang mempunyai
perasaan belas kasihan dan berperikemanusiaan sewajarnya
aku turut angkat kaki keluar dari bilik , lipat sikit seluar dan turun untuk tolong
mengangkat barang.Sememangnya masa kejadian aku khusyuk dan sangat
khusyuk tengok movie.Nama pun movie memang feeling habis lah .

Tepat pukul 5.00petang iaitu 29/12/2013 aku langkah kaki keluar dari bilik
untuk mengambil wudhuk .Baru nak solat asar tiba-tiba kosmate aku
Afeeza muncul depan bilik aku dengan muka yang sangat sadis
dengan tangan penuh dengan printer , laptop , serika .Masa itu aku
jadi agak blur *dah kenapa minah ni sadis sangat* hanya dalam hati sahaja.
Taktahu laa nak gelak macam kesian , jadi blur , bila berdiri dekat koridor
ohh okay baru aku gelak setan hahahahaha .Yang Feza *ima tolong kite ,
kite taktahu nak buat macam mana*.Dah la dengan roomate pun
tak balik lagi dari sibu .Lepas solat aku terus celapak turun ke
aras 0 iaitu bilik Feza.

Hampir hampir tersungkur juga la disebabkan air lumpur yang terlalu deras,
sumpah tak bohong aku pun jadi kaget , takut semua laa .Alhamdulillah
sempat juga la selamatkan barang elektrik *kalau pihak KSR baca mati weyy*.
Yang mana balik semenanjung dan cuti merry merry , dan tak ada roomate
korang halalkan sahaja lah.Disebabkan ramai kos dpnt aras 0 , aku tolong
sahaja laa yang mana mampu kan.

Masa ini lah kita nak tengok yang mana satu sebenar-benarnya 'KAWAN' ,
'SAHABAT' dan 'LAWAN' , masa ini sangat sesuai untuk menilai
seseorang bagi aku laa .Aku jenis tak kisah , tapi dah nama pun kawan
tak salah tolong kan ? bukan nak bajet bajet baik , mana tahu nanti aku
susah korang tolong aku balik.InsyaAllah.Kita kan jauh dari keluarga,
seburuk-buruk perangai kawan kita pun , dah nama pun setiap orang
ada perangai masing-masing untuk apa kita nak pertikaikan.Macam la
perangai aku ini sempurna sangat entah ramai yang tak suka .Kita
tak tahu jadi buat apa kita nak persoal baik buruk perangai seseorang
itu kan.


0 comments:

ΔΆ