Assalammualaikum wbt ..
Selamat pagi dan gegemorning mulakan pagi anda dengan
senyuman yang ikhlas walaupun hati terpaksa untuk hipokrit
dan sedekah kan Al-Fathihah untuk
kedua ibu bapa kita yang masih hidup.
Hari yang mendung bersama hati yang mendung
serta tarikh yang sangat cantik walaupun hanya number
dan situasi yang berlaku tidak dapat membayangkan
bagaimana perasaan pada waktu ini , ketika ini dan saat ini.
Setiap manusia mesti menginginkan yang terbaik dan terbaik
untuk diri masing-masing.
Ada ke yang tak nak yang terbaik untuk diri korang ?
Orang gila pun nak yang terbaik untuk diri dorang
ini kan pula kita manusia yang sempurna dan sihat akal
fikiran.Seperti hari-hari yang lain diri ini ibarat pelakon
kehidupan ini ibarat jalan cerita yang belum boleh diterbitkan lagi.
Senyum , ketawa dapat menutup semuanya walaupun rasa diri ini
tersangat hipokrit dengan kehidupan ini tetapi ini adalah yang
terbaik untuk menutup mata orang lain yang melihatnya.
Mungkin dan mungkin ini cara , langkah yang terbaik untuk 'kita'.
Diri ini pun tak mengharapkan kasih sayang siapa pun dan berasa
diri anda pun sebigitu kan tidak mengharapkan diri ini untuk
menyayangi diri anda.Biasalah semua manusia ada perasaan
kasih sayang itu tidak dapat menafikan.Tetapi sampai bila 'kita'
nak macam ini ? Macam ini itu macam mana ?
Persoalan pula timbul . Semua dah matang , jadi memahami dan
fahami lah maksud yang tersurat dan tersirat ini .
Tidak meminta benda yang paling mahal dekat dunia ini
hanya meminta supaya menganggap diri ini seperti kawan
yang lain.Bukan suruh pergi meninggalkan diri ini kerana perkataan
'pergi' mungkin akan wujud setelah empat tahun akan datang.
Kenapa bukan 'sekarang' ? Setiap hari akan jumpa macam mana
nak 'pergi' kan . Oleh itu diri ini hanya mampu untuk meminta
dirimu menganggap diri ini seperti kawan yang lain.
Cari lah siapa yang lebih layak dan terbaik untuk diri mu
dan bukan diri ini kerana diri ini tidak mampu untuk meneruskan
semua ini , diri ini sangat penat dengan perasaan sendiri
umpama seronok sendiri.Memang wujud perkataan 'sayang'
tetapi kalau tidak memahami maksud apa itu 'sayang'
seelok-eloknya simpan sahaja lah perkataan itu.Kalau
'sayang' bukan bererti buat segala-galanya tetapi cukup lah
sekadar berfikiran terbuka serta positif dengan semua perkara.
Semua manusia tidak sempurna yes itu semua orang tahu .
Diri ini hanya menginginkan yang terbaik untuk diri ini dan
dirimu itu sahaja.Sahabat memang segala-galanya berbanding
kekasih tetapi sampai bila perlu berfikir macam itu ?
Sampai dah membina masjid juga ke perlu berfikiran macam itu ?
Diri ini hanya menginginkan yang terbaik untuk diri sendiri.
Pemikirang dan cara berfikir setiap orang lain-lain itu
sangat bagus dan sangat menghormati tetapi diri ini
mahukan seseorang yang menganggap
'keluarga' lebih penting daripada 'sahabat' ataupun 'kawan'.
Yes memang lambat lagi tetapi kita perlu berdoa dari sekarang
kerana tidak semua perkara dapat dengan sepantas kilat.
Diri ini lebih rela mengundurkan diri mungkin ini yang terbaik
dan terbaik.Tiada salah apa pun , semua orang ada hak untuk
menentukan kehidupan masing-masing.Pilih lah
jalan yang terbaik untuk diri anda.'Sayang' lah diri anda
dahulu sebelum anda menyayangi diri orang lain ,
buat lah yang terbaik untuk diri anda dahulu sebelum membuat
yang terbaik untuk orang lain .Diri ini sentiasa mendoakan yang
terbaik untuk dirimu.
0 comments:
Catat Ulasan