Assalammualaikum wbt ....
Demam sudah semakin pulih tetapi virus selsema
masing ada .
Sebenarnya nak tidur disebabkan kesihatan tidak
berapa stabil tetapi disebabkan asar jadi
dengan itu saya membatalkan niat untuk beradu
di atas katil bujan upm yang tidak seempuk katil di
rumah.Oleh itu menghabiskan masa dengan
mengupdate entry seterusnya walaupun baru sahaja
habis kelas ekonomi.
Mata dianugerahkan untuk melihat benda yang elok
kan ?
Itulah kegunaan mata yang dianugerahkan sempurna.
Bersyukur sangat dapat mata yang boleh melihat
walaupun sudah rabun dan memerlukan bantuan
cermin mata.Okay agak sadis di situ.
Memang aku pendiam dan hanya akan bising dengan
orang tertentu dan pada situasi yang tertentu serta
dengan mempunyai mood yang stabil .Hobi ehh
bukan hobi hmmm kegemaran mungkin iaitu suka
memerhati gelagat setiap orang dengan pelbagai kerenah ,
pelbagai watak , pelbagai gaya dan pelbagai penampilan.
Bagi aku hidup setiap orang merupakan cerita dan aku
serta manusia yang lain merupakan pelakon yeah pelakon.
Cara hidup memang di tangan kita sendiri .Kita
pelakon yang akan menjalankan , melancarkan
serta menerbitkan cerita kita.Cara hidup aku ,
aku jenis besederhana mungkin , aku tak suka
menonjol kecuali kalau perlu aku akan
menonjol dan mungkin orang sekeliling akan terkesima,
aku tak suka orang tahu keadaan aku , aku
taksuka tunjuk kesedihan aku bila berhadapan
dengan situasi yang agak membuat hati aku sedih
dan sakit hati , aku akan nangis bila bersendirian,
aku suka menyibukkan diri aku dengan banyak
kerja dan bukan meletihkan diri aku dengan
sukan atau apa sahaja untuk menghilangkan rasa sedih aku ,
aku akan makan makan makan bila perasaan tension ,
sakit hati serta sedih.Biarlah aku tanggung semua sendiri.
Aku rasa dengan itu dapat menambahkan lagi kekuatan aku
mungkin tetapi aku akan mencuba.
Bagaimana cara hidup anda ?
Kongsi lah :)
0 comments:
Catat Ulasan