Rabu, 18 Disember 2013

KEM PUTRA

Assalammualaikum ......


Apa khabar orang Kedah ? ehh silap loqat pula
Apa habaq oqang Kedah ? haaa baru semangat sikit .
Semalam dah telefon umi , telefon nak tanya khabar
tupptupp kena berleter jadi dengar saja lah .
Sejujurnya rindu juga nak dengar umi berleter haha
itu laa perangai aku yang tak seberapa nak elok.

Minggu lepas iaitu 13 , 14 dan 15 haribulan 12 kos
perniagaantani iaitu kos aku telah mengadakan Kem Putra
bertujuan untuk merapatkan silaturrahim diantara senior
semester 4 dan junior semester 2 . Alhamdulillah semua berjalan
lancar walaupun ada aktiviti yang tidak dapat dilakukan
disebabkan cuaca tidak mengizinkan.Apapun semua best.


Senior dan junior

Senior fasi dan junior Family Of DPNT


Kumpulan aku iaitu kumpulan Melayar Bahtera.Tengok
nama saja jiwang tetapi kumpulan ini sangat cool haha.
Kumpulan Melayar Bahtera dapat hadiah dalam kategori
kumpulan yang 'coo' yeahhh !
Alhamdulillah selepas aktiviti ini berakhir aku dah mula
kenal senior kira dah boleh hafal nama , bertegur sapa.
Dorang pun dah boleh cam aku dan kenal serta tahu nama
dan kewujudan aku di kos perniagaantani .
Macam poyos saja ayat aku kan .Kisah pulak aku haha.
Bak kata Naim tak kenal maka tak cinta , bila dah cinta
tidur pun tak lena .Yeahh ! aku sokong kau Naim .

Setiap kegembiraan ada juga terselit kesedihan .
Aku cuba dan mencuba untuk berfikiran lebih matang ,
berfikiran positif serta menghormati keputusan anda.
Agak terkilan juga tetapi yeahh aku sendiri yang mendoakan
dan mengharapkan tetapi sekarang aku tak boleh terima
itu semua dengan redha.Takapa imanina anda mampu
untuk terus maju ke hadapan , lupakan apa yang berlaku ,
kejar apa yang akan berlaku .Seorang pergi mana tahu
sepuluh yang menunggu.Terima kasih kawan-kawan
anda semua sangatlah awesome !

0 comments:

ΔΆ