Apa khabar semua wahai bloggers ?
Alhamdulillah sekarang aku sudah mula cuti
tapi bukan cuti semester okay.Cuti Merry Chritsmas
jadi aku sekarang ini tersangat lah bosan hanya mampu terperuk
dalam bilik H202 dah macam tin sardin pula.
Semalam senior bawa aku meronda pergi berjalan jalan
satu Bintulu ehh tak tak separuh Bintulu.
Sangat penat tapi best wohoo !
Merempit dengan Kak Isma dengan menaiki motorsikal
Kak Bibiey memang awesome lah .
Pergi barbeque dekat Tanjung Batu .
Lepas mengenyangkan perut pergi shopping pula
itulah lumrah kehidupan seorang yang bergelar
perempuan ataupun wanita.
Apa lagi dapat la hadiah kasut untuk hari jadi yang ke-19
walaupun seminggu lagi hari jadi aku tapi dah orang
bagi kita ambil sahaja lah.
Rezeki jangan tolak , maut jangan ditempah .
Walaupun letih dan tersangat penat tetapi aku bersyukur
kerana senior senior dapat mengurangkan
ketensionan aku dengan dia.Tak habis habis
dengan itu dengan ini.Oleh itu aku mengambil
keputusan untuk diamkan diri mungkin ini lebih baik
walaupun kadang-kadang hati ini ada mengatakan
yang dia sudah ada orang lain .Aku berfikiran positif
tak apa lah mungkin dia bukan untuk aku
jadi kita perlu terima dengan hati yang terbuka
walaupun kadand-kadang berat untuk menerimanya kan.
0 comments:
Catat Ulasan