Ahad, 29 Disember 2013

DUNIA SEMAKIN TUA



Assalammualaikum wbt .....

Sudah larut malam tetapi di sini iaitu di tanah Bintulu , Sarawak
dibasahi dengan hujan rahmat.Alhamdulillah.

Semua sudah faham kan dengan dunia sekarang ini ,
dah semakin tua , dah akhir zaman .
Macam kita juga dah semakin tua , dah semakin banyak
buat dosa berbanding pahala.
Persoalan aku sampai bila dan bila kita nak berubah untuk
mencari keredhaan Allah ? Peringatan untuk diri sendiri
dan juga siapa yang membaca .
Tak kan nak tunggu sampai seru ? mana tahu esok lusa
mati malaikat cabut nyawa , itu nama dah sampai seru
nak berubah dah tertukar sampai seru ke dunia lain .
Memang la nak berubah dengan niat tidak boleh dipaksa
tetapi kalau tak dipaksa sampai bila dan bila kita akan
berubah ?

Sekarang sudah penghujung tahun , tinggal beberapa hari
lagi nak masuk tahun seterusnya iaitu 2014 .
Persoalannya perlu ka kita sebagai orang beragama Islam
lagi cerdik dan bijaksana 'BERAZAM' sempena
tahun baru ? Kenapa tidak berazam semasa awal muharram ?
*timbui mentol kecik*
Kita ini dah terlalu obses dok ikut cara orang barat sampai
lupa habis yang mana satu yang elok yang mana satu
tak berapa elok.Tak salah untuk berazam tetapi kenapa
perlu tunggu tahun baru ? haha maaflah aku ini
cerewet dan banyak persoalan dalam kepala.
Ada jawapan ? Kongsi la ilmu :)

Selamat Malam .

0 comments:

ΔΆ