Assalammualaikum wbt , Salam Sejahtera
Entry kali ini boleh bernafas . Kesian korang
semua jahat betul aku ni kan . Tapi tak apa
kan bukan selalu nak buat jahat.
Alhamdulillah demam aku sudah kebah.
Seharian aku di atas katil , nak tidur mata
panas jadi berguling-guling sahaja laa
macam mayat hidup atas katil.
Sebenarnya hati ni tak tenang dari
minggu lepas lagi disebabkan
umi aku merajuk dengan aku .
Hmmmmm susah hati , tersangat
susah hati.
Pelik tapi itulah aku .
Aku memang tak sedap hati
bila umi aku merajuk rasa
macam husband mati sumpah tak bohong.
Kawan rapat pun bila bergaduh aku
nangis tak berhenti ni kan pulak ibu
kandung.Aku tak hairan kalau special
boyfriend tinggal aku , setakat ini
aku tak lagi nangis sebab lelaki kerana
ditinggalkan lelaki aku rasa mengarut semua ni.
Nangis kalau husband tinggal baru la logik sikit .
Kes apa yang umi aku merajuk dan bebai
dengan aku ?
Haaaa disebabkan seminggu aku tak telefon
umi aku .Pembetulan bukan tak telefon
dah telefon tapi tak diangkat .
Jadi telefon la abah aku untuk melepaskan rindu.
Sumpah rindu sebab itu aku tak senang duduk
umi aku tak mahu angkat telefon.
Alhamdulillah semalam aku telefon
umi aku angkat jadi tenang sikit hati.
Aku ni ego juga rindu bukan nak cakap
rindu perasaan ego tu banyak sangat.
Biasalah walaupun itu bukan salah kita ,
kita sebagai anak kena mengalah jadi
aku tak kisah . Umi aku ni kuat merajuk
tapi pandai pandai lah pujuk sendiri
nak hidup kan.
Anakmu ini sentiasa mendoakan
ibu bapaku sihat sentiasa ,
dilimpahkan rezeki yang banyak ,
bagi dapat naik gaji boleh bank in
duit dekat anakmu ini haha tahu nak elaun saja
baca buku tak nak apa punya anak laa.
Mohon sembelih buang anak macam ini
hidup hidup okay .Hanya menyusahkan
ibu bapa sahaja xD
Masa untuk bersiap nak pergi dsk.
Hari ini UPM ada filem festival japanesse.
Selamat malam dan jaga kesihatan anda.
0 comments:
Catat Ulasan