Assalammualaikum wbt .....
Sihat semua wahai pembaca setia yang lagi cantik dan hensem ?
Tuan blog ini separuh sihat sahaja.Tidak sepenuhnya
sihat sekejap lagi nak pekena rambutan pula .
Jawabnya tak sihat sihat lah kan.
Sedia maklum semua manusia dicipta di bumi
yang indah ini mempunyai kelebihan
masing-masing 'tetapi '.Nampak tak ada
'tetapi' dekat situ timbul bermacam-macam
persoalan yang otak aku masih mencari
jawapan atau pun cara mungkin.
Perluka menunjuk kelebihan dekat orang ?
Perluka ada sifat bangga dengan kelebihan anda?
Perluka meminta pujian tentang kelebihan anda?
Perluka mengata kelebihan orang lain ?
Perluka ada kelebihan untuk mencari publisiti ?
Perluka menyoal setiap kelebihan yang ada ?
Perluka cerita semua kelebihan anda ?
Perluka bersaing kelebihan anda dengan yang lain?
Perluka kelebihan dalam diri masing-masing ?
Bagi pendapat aku setiap manusia ada
kelebihan dan kelemahan diri masing-masing.
Tetapi perlu ka berbuat dengan cara sedemikian.
Maksud aku perluka dengan adanya kelebihan
kau bangga sampai naik tanduk rusa .
Memang kita patut dan wajar bangga dengan
kelebihan yang kita ada . Tetapi agak-agak lah
habis tak ada cara lain ka nak menonjolkan
kelebihan kau.Contohnya dengan mendapat dekan
dalam setiap semester kan baik semua orang suka
termasuk aku . Benda baik kita kena bangga lah
dengan kelebihan yang Allah bagi .Ini tak
menonjol dengan mencari publisiti murahan.
Nak kata kau bangga dengan kelebihan kau
sebab kau boleh rapat dengan manusia
satu bumi ini kah ?
Wow tabik lah kalah Najib .
Tak kisah , aku bukan dengki ka
apa ka aku sememangnya jemu , cemuih ,
meluat dan menyampah dengan
perwatakan kau yang agak
menjengilkan.Mungkin itu kelebihan kau
sapa tahu kan.Aku berfikiran positif lah
siapa la aku nak tentukan kelebihan
masing-masing kan.Tak apa , aku tak kisah
sekarang kau dah tak nampak aku .
Siapa laa aku kan tak sepopular kau.
Tak kisah semua itu.Aku tak minta apa apa pun.
Memang agak terguris hati bila nak minta
tolong baru nampak aku ini wujud sebagai manusia
bila tak nak aku sekelip mata dah jadi hantu
halimunan dekat mata kau.Tidak mengapa
selagi aku anggap kau kawan aku ,
aku akan sentiasa tolong kau .
Selagi mampu berdoa aku akan teruskan
berdoa.
0 comments:
Catat Ulasan