Khamis, 12 Disember 2013

UJIAN DEMI UJIAN



Assalammualaikum wbt ..

Semalaman sakit dan sakit , pelbagai sakit betul lah
tuan blog ini . Sakit hati , sakit mata , sakit hidung , sakit telinga
dan berbagai-bagai.

Kenapa semua ini terjadi dekat aku ?
Kdang-kadang apabila tak tahan , aku mula mempersoalkan
kenapa dan kenapa.Itulah manusia kan baru dapat sikit ujian
dah mempersoalkan pelbagai persoalan.Sesungguhnya
aku tersangat lah tidak kuat untuk mengharungi semua ini
di depan mata aku.

Alhamdulillah aku mempunyai kawan , sahabat , peneman
yang memahami aku . Aku tidak kuat wey . Aku perlukan
kau . Aku bersyukur kau faham aku .Aku berterima kasih
kau memahami aku.Aku sejujurnya memerlukan kau wahai
teman , sahabat , kawan.Aku tidak sanggup nak menghadapi
semua ini seorang diri.Kau sahaja yang tahu semuanya ,
apa yang berlaku dekat aku , apa yang bermain di fikiran aku .
Aku tak tahan wey sumpah tak bohong kenapa semua ini
berlaku dihadapan aku wey ?
Yeah ! Memang selama ini aku pendam tetapi aku dah tak tahan.
Sumpah aku malu menangis depan kau.Aku dah tak tahu nak
pergi kepada siapa di negeri oran ini nasiblah ada kau.

Alhamdulillah akhirnya aku dapat berkongsi semua ini dengan
kakak aku yang sangat memahami aku.Walaupun selalu gaduh
tetapi itu tidak menjadi penghalang kepada aku untuk terus
berkongsi masalah.Itulah gunanya ada adik-beradik .
Macam lawak kan kakak aku sendiri pun gelak .
Kakak aku mempersoalkan kenapa ?
Bukan aku ini suka duduk jauh dari keluarga ?
Kenapa boleh menangis ?
Tak pernah pernah telefon sambil menangis .
Yelah aku dah tak tahan dengan semua ujian ini .
Kenapa masa PLKN aku tidak macam ini ?
PLKN segala-galanya indah , tenang , semuanya
seronok bukan macam sini.Mcam ini kah hidup di perantauan ?
Macam inikah belajar di universiti ?
Kalau aku tahu macam ini , aku lebih rela berada di zaman
persekolahan yang mempunyai banyak kerja sekolah
alangkah indahnya berada di zaman persekolahan.
Aku memerlukan kata-kata semangat untuk terus bangkit
dan bangkit untuk maju ke hadapan.Aku tak akan
mengecewakan ibu-bapa aku , cukup lah hanya sekali
seumur hidup aku mengecewakan mereka.


Ya Allah jika itu ujianmu terhadapku aku terima dengan redha.
Jika itu yang terbaik untukku aku terima dengan hati yang
terbuka dan lapang.Seandainya aku lemah ,Kau kuatkanlah
hatiku ini , Kau kuatkanlah imanku ini , Kau kuatkanlah
mataku ini untuk tidak terus mengalirkan air mata.Sesungguhnya
hambamu ini tidak kuat , tidak tahan dengan dugaanmu ini ,
dengan ujianmu ini.Jika ini pertunjukMu kepadaku kuatkanlah
mataku untuk terus dan terus melihat tanpa mempunyai perasaan
sedih , marah , kecewa , sakit hati .Jauhilah aku daripada
segala perkara kemungkaran.


Allah loves you. Allah will be there for you.
Allah will always make a way.
Allah will always wipe your tears and be your best friend.
Allah is never late.
Allah is never early.
Allah is always right on time when we need Him.
I may be weak , but im strong with God
InsyaAllah .

0 comments:

ΔΆ