Selasa, 10 Disember 2013

BERUNTUNGNYA 'AKU'

Assalammualaikum wbt  ....

Alhamdulillah sudah semakin sembuh seperti hari-hari biasa.
Terima kasih kepada siapa yang sudi mendoakan kesihatan aku
ecewahh haha semoga korang diberikan rezeki yang halal
dan dilimpahkan rezeki yang banyak.Semalam lepas muntah
dah keluar apa yang ada dalam badan baru lah rasa
manusia bernyawa dan bertenaga sikit.Kalau tidak dah
macam alien tak pun zombi .

Beruntung tak 'aku' ini ?
Sangat beruntung mungkin dan mungkin.
Kenapa aku cakap 'aku' beruntung ?
Alasan apa yang mengukuhkan bahawa 'aku' ini beruntung?
Di manakah yang menunjukkan beruntungnya 'aku' ?

'Aku' ada umi abah yang masih hidup dan bernyawa
'Aku' ada kawan yang sering dan sentiasa menemani
'Aku' ada keluarga yang selalu mencari gaduh manja
'Aku' ada adik yang keras kepala dan sering bergaduh
'Aku' ada kakak yang sentiasa berkongsi segala-galanya
'Aku' ada tok yang sering mengambil berat
'Aku' ada mak saudara yang selalu mengusik
'Aku' ada ayah saudara yang tidak pernah berkira
'Aku' ada sepupu yang gila dan tersangat gila
'Aku' dapat sambung belajar berbanding kawan yang lain
'Aku' dapat kenal dunia dengan lebih terperinci
'Aku' dapat berkawan dengan pelbagai bangsa
'Aku' dapat berjumpa dengan kawan yang berlainan perilaku
'Aku' dapat belajar cara hidup jauh dengan keluarga
'Aku' dapat kawan sebilik yang selalu memahami walaupun ada pergaduhan
'Aku' dapat kerja kumpulan yang sangat sporting
'Aku' dapat kawan yang sering mengingati antara satu sama lain
'Aku' dapat belajar dan mendengar banyak bahasa
'Aku' bersyukur dengan apa yang 'aku' ada dan dapat


Kita sebagai manusia yang lemah dan kerdil
di bumi ini tak perlu mengeluh dengan apa yang berlaku.
Mungkin di setiap apa yang terjadi ada hikmah
siapa tahu.Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya.
Oleh itu kita tak perlu merungut dengan apa yang kita dapat
dan kita tak perlu bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan
orang lain yang mungkin lebih mewah daari kehidupan kita.
Pijak di bumi yang nyata , ukur baju di badan sendiri .
Ingat sebelum kita mengeluh fikir dulu apa yang logik
jangan main sembur saja.Ingat ! kumpul amalan untuk
akhirat itu lebih utama jangan fikirkan dunia saja.
Biarlah orang pandang serong kita ini miskin ,
kita ini jahil tetapi bersyukur kita ini kaya dengan
akhirat walaupun miskin dengan dunia ,
biarlah kita bodoh dan jahil dengan dunia , yang pasti
kita cerdik dan pandai dalam ilmu akhirat.
Pedulikan cakap orang bagi aku mulut orang bukan boleh
tutup walaupun kita sudah sedaya upaya menutup dengan stapler
tetapi tetap terbuka jadi berfikiran positif , tenang , relax dan
buat bodoh sahaja , yang penting orang mengata kita
senyum kan dah dapat pahala.Ini namanya bukan
orang pijak kepala kita okay tetapi boleh dilabelkan kita
sedang mengumpul pahala secara tersembunyi.


Jom ke kelas pengenalan perniagaantani .
Jumpa lagi :)


0 comments:

Ģ