Selasa, 16 Disember 2014

KENIKMATAN UPMKB

Lama dah tak update blog , rindu tersangatlah rindu
Rindu kenangan berblogging berblogwalking bersama
Rindu semua kenangan aku sentiasa busy dengan dunia
khayalan aku sendiri dan angan-angan.
Sekarang tiba masa aku untuk melakar kenangan
untuk meneruskan kehidupan. Tahun 2014 semakin mengakhiri
penamat . Banyak banyak sangat kenangan , kenangan yang
tak boleh digambarkan , kenangan yang apabila
diceritakan mesti akan nangis . Aku rindu kenangan
Aku rindu semua kenangan yang aku bina dulu , tapi
kenangan tak akan pernah padam dan tak akan pernah
berulang kembali begitu jugak lah manusia . Manusia
tak akan pernah boleh berubah untuk seperti yang kita inginkan.
Sesungguhnya hari hari aku sebagai seorang pelajar UPMKB
semakin hari semakin mematangkan aku. Pengalaman mengajar aku
erti kesabaran , kesusahan , setiakawan , tikam belakang , percintaan,
kasih sayang , kedengkian dan banyak lagi . Dari situ aku dapat menilai
apa itu manusia , pelbagai jenis manusia dalam dunia ni .






Selasa, 26 Ogos 2014

DATANG KEMBALI

Wow lama gila tak update blog
mentang baru putuih cinto dengan manusia
sampaikan dengan pakwe blog aku terlupa.
Maafkan saya sayang wahai blogku
haishh lupa daratan betoi aku ni kan.

Alhamdulillah aku dah semakin berseri-seri
setelah sekian lama terasa diri diperbodohkan
oleh manusia. Sekarang tiba masanya aku
untuk memperbodohkan manusia jugak.
Ini bukan balas dendam tapi ini dipanggil
permainan dunia babe !
Aku memang benci tahap seyyyyyyytoooooonnnn
orang yang mungkir janji , orang yang berbasi basi,
orang yang suka menanam tebu di tepi bibir,
orang yang suka tak nampak kesalahan dia
and so on. Come on lahh kalau rasa diri tu pengecut
ehh opssss berlagak pulak imanina ni hmm okaylah
kalau rasa diri dah nak turun bendera merah
boleh masuk kubur cepat cepat.
Well you donk know me very well.
Yeah memang aku diam tapi diam tak bermakna
aku akan buat bodoh jerrrrrrrrrrr
orang yang kenal aku tahu perangai aku macam mana.

Well senyum aku tak bermaksud aku suka dengan
cara kau , baik aku tak semestinya aku tak tikam belakang kau
Ini permainan dunia lah . Normal ah tikam belakang tikan depan
Bagi aku manusia sama saja semua , takada yang sempurna
hanya malaikat saja yang sempurna so nak hairan apanya.
Kesian aku tak semestinya aku tak boleh buat taik dekat kau kan.
Real life babe ! Manusia yang baik pun kena fitnah kena maki
inikan pulak manusia yang jahat so why not kan.
Orang nak mengata hah peduli apa mulut orang memang tak boleh
nak stapler. Alah mulut aku pun kekadang
termengata jugak so accept it lah. Why ?
tak boleh terima ? Hah pergi duduk dalam hutan
kawan dengan haiwan spesis dengan kau senang sikit hidup
haiwan tak ada mulut nak mengata semua ni.

Hidup ni tak boleh lemah , dunia sekarang dah sangat kejam
buat apa nak jadi hipokrit. Jangan jadi baik tapi belakang
macam ibliosssss . Well . Ini imanina and real imanina .

Sabtu, 12 Julai 2014

Aku dah tak kuat
Aku dah tak mampu
Aku dah lemah
Aku dah nak pitam
Aku tak mampuuu
Tolong aku , tolong bangunkan aku
Tolong beri kekuatan
Tolong tolong .
Korang yang sayang aku , tolong lah aku
Aku dah tak mampu
Aku dah tak terdaya untuk melihat,mendengar
Aku cuba untuk berlakon
Hakikatnya aku lemah
LEMAH dan SANGAT LEMAH
Mungkin ini namanya KEHIDUPAN YANG PENUH DGN DUGAAN
Tapi kenapa aku ? Aku tak kuat
Aku tak mampu nak harungi semua masalah ini
Aku perlukan korang semua
Aku dah tak ada hati dekat upmkb
Aku dah hampir jatuh
Aku dah hampir untuk angkat bendera putih
Tolong aku
Tolong aku
Tolong aku

Isnin, 23 Jun 2014

AKU TAK TAHAN !!!!

Apa niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii !!!!
Aku memang dah tadak hati dekat sini semenjak sem satu lagi
Kenapa kenapa kenapaaa !!!!!
Aku tak tahannnn !!!
Dengan persekitaran semuanyaaaa lahhh
Aku nak balik
AKU NAK BALIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK
KEDAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
TOLONGGGGGGGGGGGLAHHHHHHHHHHHH
AKU NAK KEHIDUPAN SENDIRI TANPA
MENGIKUT KEMAHUAN ORANG LAINNNNN
UMIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII !!!!
ABAHHHHHHHHHHHHHHHHH !!
AKU TAKMAU PERSEKITAN YG BUAT
AKU BANYAK NANGISSSSSSSSSSSSS !!!!!!

Isnin, 12 Mei 2014

Ke Hadapan


Assalammualaikum ....

Tinggal beberapa minggu lagi nak balik upmkb
alahai hati ni berat taktau nak habaq
Even sometimes rasa macam blablablaaa
stay dekat rumah tetapi tempat yang paling
menenangkan aku ialah rumahku syurgaku.
Yeah jauh dari dunia luar , jauh dari semua manusia
yang penuh dengan drama , jauh dengan semua
benda yang tidak senang dengan kita .Kesimpulannya
jauh dari semua lah . Hidup memang tak boleh keseorangan
yeah sapa cakap aku duduk dalam keseorangan
aku ada tuu Allah , aku ada umi and abah
aku ada adik beradik yang selalu buli aku.
Even menyakitkan hati tapi kadang kadang
seronok.Entah la sometimes rasa macam down
tapi buat apa nak lalui benda yang buat kita rassa down.
Hidup ni penuh dengan pelbagai pancaroba.
Siapa lagi yang kenal kita selain ibu bapa kita,
keluarga kita and yeah bestfriend kita .
Hargai mereka.Cukup sekali aku dah menyesal
cukup lah . Serik perit itulah kehidupan.Memang semua manusia
akan pergi tetapi apa perasaan kalau orang yang kita
sayang pergi tanpa kita berbakti kepada mereka ?
Nenek dah pergi buat selamanya tapi aku tahu
nenek sentiasa dekat dengan aku.
Time sedih aku rasa macam ada orang bisik and
naikkan balik semangat aku.Aku ada orang yang
selalu disamping aku.Bersyukur sangat.
Tak kisah hidup ni macam mana
kita tak boleh salahkan sesiapa , benda baik
benda buruk semua tu boleh jadi pengalaman hidup
kita.Kita yang buat so kita lah kena terima.
Tak perlu salahkan orang sekeliling anggap sahaja
semua salah kita even sometimes tu bukan salah kita
Alahh positif kan diri itu lah yang aku belajar
dari aku alam kanak kanak then menengah masuk plkn
and sampai sekarang.Pengalaman yang ajar aku semua tu.
Tengok pelbagai ragam manusia , sometimes rasa
macam blablabla tapi bila ingat balik mesti
aku akan senyum.Allahu , banyak dah manusia yang aku jumpak.
Nampak di luar aku sentiasa senyum.Bagi aku
kenapa perlu tunjuk kesedihan dekat orang tapi yeah
kalau tak tahan aku akan tunjuk dengan berat hati.
Yelah cara pemikiran orang lain lain nanti dikatanya
mintak simpati pulak tetapi itulah manusia.
Bila ingat balik zaman sekolah aku kena
maki kena hina sampai sekarang aku ingat
orang yang maki aku hina aku tersangatlah aku rindu.
Tanpa mereka aku rasa diri terlalu angkuh sombong
Memang sakit hati tapi hati dan perasaan kita , kita sendiri
yang tahu cara nak sembuhkan.Sikit pun aku tak dendam
sikit pun aku tak menyampah sebab maybe dorang yang
akan sedarkan kita.Aku ni tak sempurna yeah semua orang tak
sempurna itu biasalah.Masing masing ada perangai
yang berbeza kalau rasa tak boleh terima perangai
kita tunggu apa lagi undur diri itu jalan terbaik.
Ramai lagi yang ada dekat dunia ni pilih saja.
Hak memilihkan hak kita.Alhamdulillah walaupun
dulu aku tak puas hati dengan dia tapi sekarang aku
seronok tengok dia bahagia dengan orang lain.
Cemburu? haha tak terlintas sikit pun . Buat apa lah
nak dengki dengan orang. Hidup ni adil semua ada
cerita masing masing. Dia pun tak pernah anggap
aku ni macam orang asing even dah tak ada apa.
Alhamdulillah dia ingat birthday aku , dia tanya khabar aku
even 6bulan sekali.Cukup bersyukur dah ada orang ingat aku.
His girlfriend jugak friendly dengan aku so buat apa aku
nak berdendam dengan orang yang tak bersalah kan.
Yeah even sekejap aku dengan dia tapi dia banyak bantu aku
dalam pelajaran masa Spm lagi lah.Terima kasih tak pernah
lupa aku.Aku hargai sangat.Orang baik dengan kita,
kita baik dengan orang.Orang tak puas hati dengan kita,
kita diam.Diam lagi bagus daripada niat kita
nak sakitkan hati orang.Marah ni buat aku rasa sakit
sakit dada tahu and sakit otak nak fikir .
Selagi mampu kita tangani , kita go on.
InsyaAllah akan dipermudahkan.
Untuk apa kita nak frust macam orang gila
aku ni tak pandai bab berjiwang sangat
selama ni Putri,Ikin and google yang jadi
cikgu jiwang aku hahaha.Jadi diri sendirikan
bagus.Taksuka takapalah tak akan nak paksa
ingat dalam dunia ni ramai lagi orang so pilih lah
pilihan anda.Jangan pernah berpatah balik.
Orang tertentu sahaja yang akan bagi peluang
kedua dengan kesilapan yang kita buat.
Ingat setiap kali kita nak keluarkan ayat
kita fikir dulu , adakah ayat ni sakitkan hati sesiapa?
Baca then tanya hati anda.Silap langkah semuanya tak boleh
patah balik.Manusia lain lain perangai so kita kena
beringat and becareful ;)

Rabu, 7 Mei 2014

KEHIDUPAN

Assalammualaikum ...

Dah berapa banyak tajuk aku letak 'KEHIDUPAN'
Kehidupan . Aku pun tak tahu maksud kehidupan.
Kehidupan ni kadang-kadang gembira , kadang-kadang
buat kita sedih. SubhanaAllah. Indahnya
kehidupan kalau kita betul betul hargai.
Aku tak tahu kepada siapa aku nak luahkan .
Blog hanya sampingan buat aku , aku perlukan
manusia yang bernama sahabat .
Fizah , Puteri sahabat aku sampai mati .
Semua masalah aku rasa aku hidup aku kalau
tak ada mereka hanya bear sebagai teman aku.
Aku kena kuat ! Kehidupan dengan keluarga
memang seronok tapi mungkin ada kekurangan dalam diri aku.
Aku tak salahkan sesiapa . Biasalah namapun kehidupan.
Aku nak kongsi dengan mereka tapi aku tak mampu
mesti nak keluar jugak air mata ni . Haishh .
Memang sewaktu kecil aku dibesarkan oleh
nenek tapi bila dah besar umi abah yang mendidik.
Aku hargai semua pengorbanan umi abah.
Siapa aku kalau tidak dididik tetapi entah la.
Kehidupan di UPMKB kadangkala ada tekanan
kepada mereka jugak aku mengadu . Aku sanggup call
mereka sambil menangis . Mereka memahami aku.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Jangan tinggalkan
aku . Itu sahaja permintaan aku . Mereka insan
sangat istimewa dalam hidup aku semua masalah
dikongsi termasuk masalah keluarga. Tak semua
kawan aku cerita masalah keluarga aku. Itulah
setiap masalah hanya orang tertentu sahaja boleh dikongsi,
boleh dipercayai dan boleh dihargai.Blog hanya sampingan
buat aku lepaskan. Aku memang dari dulu seorang
pemerhati dan seorang penulis diari.
Kehidupan tak akan sempurna kalau tak ada
suka duka pahit manis kelat .
InsyaAllah aku boleh harungi kehidupan aku dengan
rela hati . Pekakkan telinga , keringkan hati , lapangkan dada.
Sesungguhnya tawakal dan reda serta sabar adalah ubatnya.
Chill Imanina . This is LIFE !

Ahad, 27 April 2014

RAGAM MANUSIA

Assalammualaikum ...
And good morning world .....

Mulakan hari anda dengan senyuman yang manis
lagi menawan . Hari ni hari ahad so Kedah
merupakan hari bekerja dan bersekolah .
Rutin harian macam biasa tak pernah sedikit pun berubah
tetapi agak bosan pasai sama saja aktiviti setiap hari .
Kereta pun masud bengkel haish . Motor ?
jangan tanya la abah memang mati mati tak akan beli motor even
anaknya ada lesen motor.Ada bagusnya jugak abah tak
beli motor yalah sekarang ni semua benda alah ni cepat saja
belajar tambah aku ada adik lelaki yang terlalu mengikut
budaya zaman sekarang so cannot la nak beli motor .
Untuk kali pertama aku teringin nak naik motor pasai rasa tercabar
sepupu aku umur 10tahun boleh bawa yang aku hampeh .
So aku memaksa sepupu aku ajar aku bawa motor secara haram
tanpa pengetahuan parents aku. Biasalah balik kampungkan
nasibla ada tok yang on dengan perbuatan aku ni hahaha.
Rindu pulak zaman kanak kanak .

Alhamdulillah selama 19tahun aku hidup dekat muka bumi
ni , aku dah banyak belajar sangat banyak adanya bantuan
dari kawan kawan rapat , ibu bapa aku , and semua yang
rapat lah . Dulu aku sangat lain berbanding sekarang.
Selama aku hidup ni boleh kira berapa ramai
aku ada kawan lelaki . Yalah aku ni jenis pendiam ,
hal aku hal aku , tak ambik tau pun orang lain
kecuali kawan rapat dengan aku . Yeah aku taksuka
sangat bersosial waktu aku di alam persekolahan.
Ingat lagi aku masa form 1 aku ada kawan lelaki
sorang yang rapat nama Azri then masuk form 2
aku rasa takada dalam kelas sendiri pun aku tak kenal
nama hahaha punya bahagia hidup aku . Then form 3
lah aku mula sikit bercakap dengan lelaki itupun
bersebab pasai aku dilantik jadi bendahari .
Masa ni kalau tak cakap dengan dorang memang
susah la kerja mengutip duit.Then form 4
aku kembali diam seperti biasa buat kerja sendiri
then form 5 aku mula bercakap dengan lelaki semula
itupun disebabkan orang nak kenal aku pasai aku ni
anak cikgu . Sapa yang takmau kenai kan anak cikgu tu hahaha
Rapat dengan anak cikgu merupakan kebanggaan ,
aku pun kadang kadang naik rimas nak kena senyum
memanjang . Tapi best aku dapat kenal dan dengar
kisah hidup depa .Banyak beza sekolah di bandar
dengan sekolah di kawasan kampung . Sekolah di
bandar lebih pentingkan pakwe tapi sekolah di
kawasan kampung lebih pentingkan kawan .
Even aku ni tak ke kampung tak ke bandar tapi aku
respect kawan sekolah kwasan kampung , kawan susah
senang sama-sama. Semalam keluar makan kawan tak la
rapat mana tapi disebabkan dia kenal aku , dia datang tegur
aku itu lah kawan sekolah kampung. Aku tak pernah pandang serong
dekat dia yalah sekolah kampung namapun
mak ayah bercerai , ayah masuk penjara , mak buang anak ,
mak ayah tak ambik kisah , dorang hidu gam , dorang ambik dadah.
Semua tu aku tak kisah yang pasti depa tak kacau aku .
Aku respect sangat dari situ aku dah belajar macam-macam
erti kehidupan ni susah payah .

Aku bersyukur sangat
aku ada parents yang tak pernah give up dengan aku
even banyak dah dosa yang aku buat . Kadang tu rasa
rimas jugak yalah nak keluar rumah pun susah
bak kata bebudak lain cuti sem paling freedom nak buat
apa pun boleh tapi aku lain . Parents aku memang bagi keluar
dengan kengkawan tapi balik before 5petang . Lebih 5petang
kena lah , masuk call berpuluh puluh , berleter takpayah
cakap la . Keluar malam ? jangan tanya la nak gelak pulak
aku except dengan family yalah namapun family.
Parents aku memang jaga gila gila . Kadang ada jugak
salah sorang dari kami adik beradik memberontak tapi
bila fikir balik ayat umi 'kira baguih umi ambik kisah pasai hampa
kalau mak pak lain ada depa ambik kisah pasai anak depa'
Okay sangat deep. Dari situ aku dah tak kisah dengan
rutin harian aku . Dekat Bintulu banyak kali aku keluar
malam yeah before keluar aku akan call bagitahu
yang aku nak keluar then dengan sapa , p mana semua aku
lapor even jauh tapi dah terbiasa kan.Benda buruk tak tahu
bila berlaku kan .

Lain pulak aku dekat upmkb yalah sem 1 jangan harap
aku nak cakap dengan lelaki . Aku jenis segan dan malu.
Walaupun sampai sekarang aku kenal perasaan malu dan segan
mesti ada . Disebabkan aku dapat kengkawan yang jenis
hyper berkawan ni so aku pun terjebak bersosial
sedikit untuk berkawan dengan lelaki . Ramai kawan aku
dekat kedah cakap aku dah lain , dah mula berkawan dengan
lelaki hahaha stalker instagram aku lettew . Alhamdulillah.
Kalau dekat upmkb aku berkawan dengan orang spesies
perangai macam aku , sampai sekarang jangan harap aku
nak bertegur dengan bebudak lelaki tambah nama pun
aku akan buat bodoh ja hahaha . Itu lah terima kasih bebanyak
dekat korang Farhana , Asikin and Puteri yang memang jenis
gila tak bertempat dah sosial merata . Banyak gelaran sombong aku
dapat , aku friendly dengan perempuan ja wey yang sama
jantino dengan aku maaf lah .Tapi bila aku dah
kamcing dont worry sampai bila bila kita kawan dan akan
tahu perangai vangang aku macam mana . Ingat lagi
Shah , Saha , Syahmi and Afif cakap 'aku tak berani tegur kau
sebab kau pendiam and nampak sombong tapi bila dah kenal
macam sethan' hahaha . Nampak tak aku rindu korang
tapi aku takmau study jauh . Aku tak biasa stay jauh nala ni
nasib la setahun lagi . Doa la bagi aku dapat study dekat
dengan family aku hahaha . Tapi dekat upmkb aku lagi
banyak belajar kenal ragam manusia tambah lagi
dari pelbagai negeri and pelbagai bahasa . Aku pun dah mula
terikut sikit tapi nasib dapat control . Kalau terlepas
haishh mau penampo hinggap dekat muka aku ni .
Lepas ni aku nak puasa dari sebut benda yang negeri kedah
tak ajaq ! Perkataan 'menghanjing' 'lahanat' and banyak lagi lah.
Tak boleh dah sebut naya aku .Tolong lah korang
ajar aku bahasa yang sopan okay hahaha .


Jumaat, 25 April 2014

NVM

Yeah , aku bergiat aktif sekarang ni berblog kan
hanya blog yang tak pernah tinggal aku
even aku ni bodoh , bahlul , bangang ,
mengada , gedik and so on .Rasa dah macam blog
ni faham isi hati aku , kenal aku lebih lama.

Saya dah usaha apa yang termampu before give up
Orang dah benci sangat sangat dekat kita
Apa lagi kita nak buat . Saya tak marah awak.
Benci lah saya . Saya tak mampu jadi macam mana
yang awak mahukan . Banyak kekurangan dalam diri saya
Saya tak tahu nak meluahkan dekat awak ,
hanya mampu menulis isi hati dekat blog saja.
Saya jujur dengan awak semua perkara dengan siapa
saya kawan ini siapa itu siapa .Perasaan cemburu saya
tak minta kalau ada ubat nak hilangkan cemburu ni saya
dah lama beli . Buat sakit hati je .
Tak mintak semua ini berlaku ,
tak pernah doa walaupun sikit .
Aku selalu doa kita tak pernah jadi macam ni even
selalu gaduh . Aku pun dah jadi seronok bergaduh .
Tapi itulah manusia hanya mampu
merancang yang tentukan Allah .
Boleh terima semua ni tapi agak lah susah .
Hampir setahun awak kenal saya , perangai saya ,
siapa saya . Kenapa awak buat macam ni ?
Kenapa awak buat saya macam lelaki yang pernah
saya kenal dulu . Saya takpernah rasa give up macam ni.
Awak dah benci saya ? Awak anggap saya perempuan macam apa ?
Saya hargai selama ni awak buat dekat saya .
Saya hargai sangat sangat .
Saya rindu awak . Rindu sangat
Everyday saya tengok phone mana tahu awak
ada call or text tapi . Saya faham awak busy .
Thats why saya takut nak text awak first .
Semua tentang saya awak tahu . Masalah saya and so on .
Saya stress sangat awak . Saya perlu awak sentiasa dekat dengan saya.
Support saya bila saya down .
Awak ayah saya , awak abang saya , awak adik saya , awak kekasih saya,
awak sahabat saya , awak kawan susah senang saya
insyaAllah ada jodoh kita awak suami saya .
Saya harap sangat awak tak give up untuk saya .
Hampir setahun saya kenal awak.
Takguna kan cakap banyak banyak tapi awak
buat bodoh kan . Maafkan saya untuk semuanya awak .
SubhanaAllah , saya tak kuat . Penat kot nangis
Haishh .

Ahad, 20 April 2014

Assalammualaikum wbt ...

Apa khabar ?  Lama dah Ima tak update blog
petang ni tiba tiba terpanggil untuk berkongsi
cerita serta apa yang terpendam dalam lubuk hati ni.
Betul lah setiap hidup ni tak best la kalau takada dugaan
dan cabaran yang mendatang kan . Hidup ni hanya sekali ,
sekali sahaja untuk kita merasai nikmat yang Allah kurniakan ,
sekali sahaja kita dapat menyemai kasih sayang dengan orang yang
kita sayangi sebelum mereka pergi kepada yang lebih menyayangi
mereka dan kesimpulannya semuanya hanya sekali seumur hidup.
Jadi selagi boleh bernafas bernyawa di bumi yang indah ini
aku ingin untuk berbakti kepada ibubapa , bertaqwa kepada
yang mencipta , berbakti kepada orang disekeliling aku .

Aku makhluk yang sangat lemah dan sangat kerdil . SubhanaAllah.
Aku berniat untuk berubah untuk lebih dekat kepada yang
mencipta aku tetapi apa kan daya aku cuma makhluk yang
hanya mampu berdoa dan terus berdoa . Doakan aku .
InsyaAllah. Terdetik niat sudah lama aku nak berubah
sejak aku tengok semua kawan aku sahabat baik aku
berubah . Alhamdulillah aku tumpang gembira
dan aku akan cuba untuk mengikut jejak langkah
dorang. Memang mustahil tetapi yang mustahil itu lah
yang akan kita sedaya upaya mengubah kan so tak salah
kita mencuba . Pandangan orang terhadap kita , biarlah
kita ni manusia yang tak boleh nak menghukum sesiapa pun
serah terhadap yang lebih berkuasa untuk menilai . Tak salah
pekakkan telinga.

Semenjak cuti sem dua ni banyak benda aku fikir .
Bukan masalah tetapi rintangan mungkin lah . Ingat lagi
masa aku form four and form five rumah kedua aku ialah
PMC putra medical centre . Untuk apa ? Di situ lah aku menjaga
umi aku yang baru lepas operate .Orang boleh anggap benda
ni tak teruk tapi bagi aku ini paling teruk , jujur
aku taksuka parents aku sakit . Siapalah kan yang suka
parents sendiri sakit kan . Umi ada bagitahu aku yang
umi kena operate sekali lagi nak buang rahim ,
tambah pulak umi darah rendah so sangat bahaya
then aku tanya umi nak operate bila . Hmm umi tunggu
bila salah sorang dari anak anak umi cuti panjang .
Yeahh , salah satu sebab aku taksuka study jauh , aku
taknak umi aku keseorangan bagi aku tak susah mana pun
nak jaga , aku rela ponteng sekolah then stay dekat pmc dulu
and now aku jugak rela tak balik upmkb . Aku hanya
mampu cakap umi operate nanti bila alang cuti sem tiga
harap bertahan la . Mesti korang tertanyakan kan
mana pergi adik beradik yang lain ?
Ayong HKL cuti pun berapa hari ja , then angah
sem depan praktikal , ateh insyaAllah study oversea ,
abangchaq mrsm taiping yang cuti sebulan sekali
and adik apa pun tak boleh harap . Nama pun adik kan.
Sebelum tidur fikir fikir fikir nak nangis pun ada ,
selepas solat berdoa semoga umi cepat sembuh
tipu lah kalau tak nangis . Ya Allah . Bagi lah hati aku ni sador
sikit . So aku berharap dekat kawan kawan sehidup
semati aku sahaja sekarang ni bila aku
berada dalam keadaan macam ni.

Maaf lah . Penyabar aku pun ada batasnya jugak .
Aku sensitif and kuat sangat cemburu tapi aku bukan jenis
yang menunjuk cemburu ni . Well , aku tak mudah benci orang
tetapi kalau aku dah benci jangan tanya kenapa .
Aku pun malas nak berdendam nak kebudak budakan bagai ni
kalau rasa jujur dengan setiap perkataan yang kau ungkapkan
tu kau faham sendiri lah . Sayang sayang aku kalau dah
tension stress pressure aku akan block untuk sementara
waktu . Bukan bermaksud benci tetapi itu cara yang terbaik
mungkin . Kerja kau kerja kau , kerja aku kerja aku .
Takpayah masuk campur . Senang kan so takada sapa
nak sakit hati marah merajuk sentap and so on .



Khamis, 10 April 2014

SEMESTER 2 END

Assalammualaikum ....

Lama gila kan tak update blog , nampak sangat
busy bila jadi student di universiti ni tak macam dulu
masa aku spm . SPM tak sebusy macam ini.

Cuma nak habaq kat hampa yang aku dah habis
semester dua so what ? haha melengak sahaja di rumah lerr .
Nak kerja tapi transport alahai .
Pengalaman semester dua sangat la preassure than semester satu
dengan pensyarah yang berbagai bagai perangai dengan dapat
assigment dalam group agak sempoirrr .
Tapi bagi aku ini la orang kata cara hidup kan ,
bila lagi aku nak merasa preassure macam ni
so sangat awesome . Sumpah tak tipu .
Hidup ni kalau seronok saja semua tak ada stress
tak syiok la weyy . Alhamdulillah berkat doa parents,
kawan kawan yang dari jauh sentiasa support aku
even aku study jauh hampa semua selalu ada dekat hati aku
always whatsapp . Itu lah gunanya teknologi zaman sekarang right .
Kawan kawan dekat upmkb pun ada yang memahami,
selalu advice so aku bersyukur dapat kawan yang sentiasa
ada disaat susah dan senang .

Yeahh ! Memang tak boleh percaya dengan kawan
seratus peratus tapi at least hargai dorang . Bila duduk
jauh dengan family , fikir siapala yang paling dekat dengan kita
bila kita susah and senang kan.
Takmau cakap banyak so gambar masa semester dua . Yahooo !











Selasa, 4 Mac 2014

Assalammualaikum wbt ...

Final exam just around the corner so what should i do
is focus on study and use the time for study. No more lazy
imanina . Open your eyes imanina . I dont want that situation
repeat again. Eventhough im not totally focus in study now because
the 'reason' but insyaAllah i will try my best. This is for my parents.

By the way , im getting bored . Not bored with you but bored
with your action. For what you do that ? For what you want to far away
from me ? For what you want me to hate you ? thats because
of the surrounding or people talk you bad and so on ...
So do i care ? You help me anything , you always beside me
when im start give up , you always cheer me when im sad ,
you always in my mind . I care you , i totally trust you but now
i dont know how to say .I try to be your good friend , but im failed
I try to treat you like other friends but i dont know you dont like
so im very sorry honestly. Im very and very touching with you.
Is okay im just your friend like yours other friend right .
Its funny right , for what i should take it serious .
Imanina please mirror your face , wake up imanina . Okay.
If you want far away from me okay i will follow it .
I will do what you want . Fair right.
No need say sorry , no need say apologizing and whatever for me.
Actions speak louder than words . We can apologize over and over
We can say sorry over and over but if our actions dont change
the words become meaningless. Totally sorry from my deep heart Imanina.


Rabu, 12 Februari 2014

HMMM

Assalammualikum wbt

Alhamdulillah assigment dah semakin berkurang .
Alhamdulillah jugak assigment yang paling berat
bagi aku walaupun hanya dua kredit
iaitu Pengenalan Kepada Perniagaantani. Memang berat nak mengalas
semuanya seorang diri kan oleh itu aku berterima kasih yang
tak terhingga kepada semua ahli kumpulan dua belas yerrr .
Sekarang musim ujian dua so sibuk lah nak menstudy kan
diri tapi masalah besar betul aku ni pemalas orangnyaa macam
roomate aku .Nama pun rommate kan so perangai berjangkit
malas aku dua kali ganda lagi malas roomate hahaha . Mohon terasa ehemm

Lagi sebulan kot nak balik Kedah hoho nampak dak muka excited dia hah
Hmmmm .... susahkan nak balik dengan hati kureng
tenang kan selagi benda ehh masalah ehh bukannn
entahlaa aku pun tak tau nak tuleh benda apa .
Entah laa apa masalah sebenarnyaa kau kau aku aku , okayy
lebih baik berdiam diri kann tapi sampai bila nak
bermasam muka bagai , nak berjauhan , nak buat tak kenal
yesss memang aku sakit hati sangat dan kecik hati , yelahh
sampai bila nak main main benda yang serius aku pun
tak fahamm . Yerr saya faham awak, tapi kenapa
setiap kali macam ni mesti saya nak kena mengalah ,
yerr awak tak tahu apa masalah awak kann yelah benda dah
jadi so nak marah apa lagi kan , lupakan jelah ,
tak guna nak tanya marah ke ? merajuk ke ? sakit hati ke ? apa apa lah .
sebenarnya saya bukan apa entah lahh tak tahu nak cakap macam mana.
Sebenarnya , dah lama saya maafkan awak ehh , tak marah awak ,
tak pandai ceq nak marah orang lama lama ni buat penat jiwa dan raga saja kan.
Buat lah apa yang awak rasa sesuai dengan awak ,
benda kecil tak payah lahh perbesarkan
okayy , bagi aku semua dah selesai .Lebih baik diam kan diri
itu saja kan cara selesai masalah yang entah apa apa .

Selasa, 14 Januari 2014

PERCEPATKAN MASA PLEASE !

Sesungguhnya terasa tersangat sangat sangat

dan sangat HOMESICK !

Semakin banyak assigment semakin bertambah

HOMESICK !

Memang itu lumrah sebagai pelajar so tak boleh
nak salahkan assigment then kena salahkan
orang yang susah nak bergerak untuk menyiapkan
assigment ?

Baca blog adik aku ni terasa dan ter menitis air mata

Nampak sangat HOMESICK !

Rindu nak bergaduh dengan adik-adik aku .
Bila duduk rumah macam-macam nak berkelai
Itulah memori air dicincang tak akan putus sampai mati

Cepat lah semester dua tamat .
Cepat lah final exam .
Sesungguhnya aku dah tak tahan dengan keadaan di sini.

HOMESICK !

Semester dua lah paling banyak air mata menitis
berbanding semester satu.
Adakah ini ujian terhadapku Ya Allah ?
Kenapa mesti aku ?
Aku manusia dan insan yang lemah kenapa mesti aku ?
Aku tak kuat nak mengharungi semua ini

Semua boleh berlakon dan hipokrit di luar.
Masih mampu tersenyun di khalayak orang ramai
Orang yang rapat dengan aku yang memahami aku
Yang tahu semuanya , segalanya
Dalam bilik meraung menangis dah tak tahan
nak hadapi semua ini.

Cepatlah berakhir semester dua !


ΔΆ