Ahad, 27 April 2014

RAGAM MANUSIA

Assalammualaikum ...
And good morning world .....

Mulakan hari anda dengan senyuman yang manis
lagi menawan . Hari ni hari ahad so Kedah
merupakan hari bekerja dan bersekolah .
Rutin harian macam biasa tak pernah sedikit pun berubah
tetapi agak bosan pasai sama saja aktiviti setiap hari .
Kereta pun masud bengkel haish . Motor ?
jangan tanya la abah memang mati mati tak akan beli motor even
anaknya ada lesen motor.Ada bagusnya jugak abah tak
beli motor yalah sekarang ni semua benda alah ni cepat saja
belajar tambah aku ada adik lelaki yang terlalu mengikut
budaya zaman sekarang so cannot la nak beli motor .
Untuk kali pertama aku teringin nak naik motor pasai rasa tercabar
sepupu aku umur 10tahun boleh bawa yang aku hampeh .
So aku memaksa sepupu aku ajar aku bawa motor secara haram
tanpa pengetahuan parents aku. Biasalah balik kampungkan
nasibla ada tok yang on dengan perbuatan aku ni hahaha.
Rindu pulak zaman kanak kanak .

Alhamdulillah selama 19tahun aku hidup dekat muka bumi
ni , aku dah banyak belajar sangat banyak adanya bantuan
dari kawan kawan rapat , ibu bapa aku , and semua yang
rapat lah . Dulu aku sangat lain berbanding sekarang.
Selama aku hidup ni boleh kira berapa ramai
aku ada kawan lelaki . Yalah aku ni jenis pendiam ,
hal aku hal aku , tak ambik tau pun orang lain
kecuali kawan rapat dengan aku . Yeah aku taksuka
sangat bersosial waktu aku di alam persekolahan.
Ingat lagi aku masa form 1 aku ada kawan lelaki
sorang yang rapat nama Azri then masuk form 2
aku rasa takada dalam kelas sendiri pun aku tak kenal
nama hahaha punya bahagia hidup aku . Then form 3
lah aku mula sikit bercakap dengan lelaki itupun
bersebab pasai aku dilantik jadi bendahari .
Masa ni kalau tak cakap dengan dorang memang
susah la kerja mengutip duit.Then form 4
aku kembali diam seperti biasa buat kerja sendiri
then form 5 aku mula bercakap dengan lelaki semula
itupun disebabkan orang nak kenal aku pasai aku ni
anak cikgu . Sapa yang takmau kenai kan anak cikgu tu hahaha
Rapat dengan anak cikgu merupakan kebanggaan ,
aku pun kadang kadang naik rimas nak kena senyum
memanjang . Tapi best aku dapat kenal dan dengar
kisah hidup depa .Banyak beza sekolah di bandar
dengan sekolah di kawasan kampung . Sekolah di
bandar lebih pentingkan pakwe tapi sekolah di
kawasan kampung lebih pentingkan kawan .
Even aku ni tak ke kampung tak ke bandar tapi aku
respect kawan sekolah kwasan kampung , kawan susah
senang sama-sama. Semalam keluar makan kawan tak la
rapat mana tapi disebabkan dia kenal aku , dia datang tegur
aku itu lah kawan sekolah kampung. Aku tak pernah pandang serong
dekat dia yalah sekolah kampung namapun
mak ayah bercerai , ayah masuk penjara , mak buang anak ,
mak ayah tak ambik kisah , dorang hidu gam , dorang ambik dadah.
Semua tu aku tak kisah yang pasti depa tak kacau aku .
Aku respect sangat dari situ aku dah belajar macam-macam
erti kehidupan ni susah payah .

Aku bersyukur sangat
aku ada parents yang tak pernah give up dengan aku
even banyak dah dosa yang aku buat . Kadang tu rasa
rimas jugak yalah nak keluar rumah pun susah
bak kata bebudak lain cuti sem paling freedom nak buat
apa pun boleh tapi aku lain . Parents aku memang bagi keluar
dengan kengkawan tapi balik before 5petang . Lebih 5petang
kena lah , masuk call berpuluh puluh , berleter takpayah
cakap la . Keluar malam ? jangan tanya la nak gelak pulak
aku except dengan family yalah namapun family.
Parents aku memang jaga gila gila . Kadang ada jugak
salah sorang dari kami adik beradik memberontak tapi
bila fikir balik ayat umi 'kira baguih umi ambik kisah pasai hampa
kalau mak pak lain ada depa ambik kisah pasai anak depa'
Okay sangat deep. Dari situ aku dah tak kisah dengan
rutin harian aku . Dekat Bintulu banyak kali aku keluar
malam yeah before keluar aku akan call bagitahu
yang aku nak keluar then dengan sapa , p mana semua aku
lapor even jauh tapi dah terbiasa kan.Benda buruk tak tahu
bila berlaku kan .

Lain pulak aku dekat upmkb yalah sem 1 jangan harap
aku nak cakap dengan lelaki . Aku jenis segan dan malu.
Walaupun sampai sekarang aku kenal perasaan malu dan segan
mesti ada . Disebabkan aku dapat kengkawan yang jenis
hyper berkawan ni so aku pun terjebak bersosial
sedikit untuk berkawan dengan lelaki . Ramai kawan aku
dekat kedah cakap aku dah lain , dah mula berkawan dengan
lelaki hahaha stalker instagram aku lettew . Alhamdulillah.
Kalau dekat upmkb aku berkawan dengan orang spesies
perangai macam aku , sampai sekarang jangan harap aku
nak bertegur dengan bebudak lelaki tambah nama pun
aku akan buat bodoh ja hahaha . Itu lah terima kasih bebanyak
dekat korang Farhana , Asikin and Puteri yang memang jenis
gila tak bertempat dah sosial merata . Banyak gelaran sombong aku
dapat , aku friendly dengan perempuan ja wey yang sama
jantino dengan aku maaf lah .Tapi bila aku dah
kamcing dont worry sampai bila bila kita kawan dan akan
tahu perangai vangang aku macam mana . Ingat lagi
Shah , Saha , Syahmi and Afif cakap 'aku tak berani tegur kau
sebab kau pendiam and nampak sombong tapi bila dah kenal
macam sethan' hahaha . Nampak tak aku rindu korang
tapi aku takmau study jauh . Aku tak biasa stay jauh nala ni
nasib la setahun lagi . Doa la bagi aku dapat study dekat
dengan family aku hahaha . Tapi dekat upmkb aku lagi
banyak belajar kenal ragam manusia tambah lagi
dari pelbagai negeri and pelbagai bahasa . Aku pun dah mula
terikut sikit tapi nasib dapat control . Kalau terlepas
haishh mau penampo hinggap dekat muka aku ni .
Lepas ni aku nak puasa dari sebut benda yang negeri kedah
tak ajaq ! Perkataan 'menghanjing' 'lahanat' and banyak lagi lah.
Tak boleh dah sebut naya aku .Tolong lah korang
ajar aku bahasa yang sopan okay hahaha .


0 comments:

ΔΆ