Rabu, 7 Mei 2014

KEHIDUPAN

Assalammualaikum ...

Dah berapa banyak tajuk aku letak 'KEHIDUPAN'
Kehidupan . Aku pun tak tahu maksud kehidupan.
Kehidupan ni kadang-kadang gembira , kadang-kadang
buat kita sedih. SubhanaAllah. Indahnya
kehidupan kalau kita betul betul hargai.
Aku tak tahu kepada siapa aku nak luahkan .
Blog hanya sampingan buat aku , aku perlukan
manusia yang bernama sahabat .
Fizah , Puteri sahabat aku sampai mati .
Semua masalah aku rasa aku hidup aku kalau
tak ada mereka hanya bear sebagai teman aku.
Aku kena kuat ! Kehidupan dengan keluarga
memang seronok tapi mungkin ada kekurangan dalam diri aku.
Aku tak salahkan sesiapa . Biasalah namapun kehidupan.
Aku nak kongsi dengan mereka tapi aku tak mampu
mesti nak keluar jugak air mata ni . Haishh .
Memang sewaktu kecil aku dibesarkan oleh
nenek tapi bila dah besar umi abah yang mendidik.
Aku hargai semua pengorbanan umi abah.
Siapa aku kalau tidak dididik tetapi entah la.
Kehidupan di UPMKB kadangkala ada tekanan
kepada mereka jugak aku mengadu . Aku sanggup call
mereka sambil menangis . Mereka memahami aku.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Jangan tinggalkan
aku . Itu sahaja permintaan aku . Mereka insan
sangat istimewa dalam hidup aku semua masalah
dikongsi termasuk masalah keluarga. Tak semua
kawan aku cerita masalah keluarga aku. Itulah
setiap masalah hanya orang tertentu sahaja boleh dikongsi,
boleh dipercayai dan boleh dihargai.Blog hanya sampingan
buat aku lepaskan. Aku memang dari dulu seorang
pemerhati dan seorang penulis diari.
Kehidupan tak akan sempurna kalau tak ada
suka duka pahit manis kelat .
InsyaAllah aku boleh harungi kehidupan aku dengan
rela hati . Pekakkan telinga , keringkan hati , lapangkan dada.
Sesungguhnya tawakal dan reda serta sabar adalah ubatnya.
Chill Imanina . This is LIFE !

0 comments:

ΔΆ