Ahad, 20 April 2014

Assalammualaikum wbt ...

Apa khabar ?  Lama dah Ima tak update blog
petang ni tiba tiba terpanggil untuk berkongsi
cerita serta apa yang terpendam dalam lubuk hati ni.
Betul lah setiap hidup ni tak best la kalau takada dugaan
dan cabaran yang mendatang kan . Hidup ni hanya sekali ,
sekali sahaja untuk kita merasai nikmat yang Allah kurniakan ,
sekali sahaja kita dapat menyemai kasih sayang dengan orang yang
kita sayangi sebelum mereka pergi kepada yang lebih menyayangi
mereka dan kesimpulannya semuanya hanya sekali seumur hidup.
Jadi selagi boleh bernafas bernyawa di bumi yang indah ini
aku ingin untuk berbakti kepada ibubapa , bertaqwa kepada
yang mencipta , berbakti kepada orang disekeliling aku .

Aku makhluk yang sangat lemah dan sangat kerdil . SubhanaAllah.
Aku berniat untuk berubah untuk lebih dekat kepada yang
mencipta aku tetapi apa kan daya aku cuma makhluk yang
hanya mampu berdoa dan terus berdoa . Doakan aku .
InsyaAllah. Terdetik niat sudah lama aku nak berubah
sejak aku tengok semua kawan aku sahabat baik aku
berubah . Alhamdulillah aku tumpang gembira
dan aku akan cuba untuk mengikut jejak langkah
dorang. Memang mustahil tetapi yang mustahil itu lah
yang akan kita sedaya upaya mengubah kan so tak salah
kita mencuba . Pandangan orang terhadap kita , biarlah
kita ni manusia yang tak boleh nak menghukum sesiapa pun
serah terhadap yang lebih berkuasa untuk menilai . Tak salah
pekakkan telinga.

Semenjak cuti sem dua ni banyak benda aku fikir .
Bukan masalah tetapi rintangan mungkin lah . Ingat lagi
masa aku form four and form five rumah kedua aku ialah
PMC putra medical centre . Untuk apa ? Di situ lah aku menjaga
umi aku yang baru lepas operate .Orang boleh anggap benda
ni tak teruk tapi bagi aku ini paling teruk , jujur
aku taksuka parents aku sakit . Siapalah kan yang suka
parents sendiri sakit kan . Umi ada bagitahu aku yang
umi kena operate sekali lagi nak buang rahim ,
tambah pulak umi darah rendah so sangat bahaya
then aku tanya umi nak operate bila . Hmm umi tunggu
bila salah sorang dari anak anak umi cuti panjang .
Yeahh , salah satu sebab aku taksuka study jauh , aku
taknak umi aku keseorangan bagi aku tak susah mana pun
nak jaga , aku rela ponteng sekolah then stay dekat pmc dulu
and now aku jugak rela tak balik upmkb . Aku hanya
mampu cakap umi operate nanti bila alang cuti sem tiga
harap bertahan la . Mesti korang tertanyakan kan
mana pergi adik beradik yang lain ?
Ayong HKL cuti pun berapa hari ja , then angah
sem depan praktikal , ateh insyaAllah study oversea ,
abangchaq mrsm taiping yang cuti sebulan sekali
and adik apa pun tak boleh harap . Nama pun adik kan.
Sebelum tidur fikir fikir fikir nak nangis pun ada ,
selepas solat berdoa semoga umi cepat sembuh
tipu lah kalau tak nangis . Ya Allah . Bagi lah hati aku ni sador
sikit . So aku berharap dekat kawan kawan sehidup
semati aku sahaja sekarang ni bila aku
berada dalam keadaan macam ni.

Maaf lah . Penyabar aku pun ada batasnya jugak .
Aku sensitif and kuat sangat cemburu tapi aku bukan jenis
yang menunjuk cemburu ni . Well , aku tak mudah benci orang
tetapi kalau aku dah benci jangan tanya kenapa .
Aku pun malas nak berdendam nak kebudak budakan bagai ni
kalau rasa jujur dengan setiap perkataan yang kau ungkapkan
tu kau faham sendiri lah . Sayang sayang aku kalau dah
tension stress pressure aku akan block untuk sementara
waktu . Bukan bermaksud benci tetapi itu cara yang terbaik
mungkin . Kerja kau kerja kau , kerja aku kerja aku .
Takpayah masuk campur . Senang kan so takada sapa
nak sakit hati marah merajuk sentap and so on .



0 comments:

Ģ