Dalam kesibukkan menjadi student masih sempat lagi
aku mengupdate hahaha biasalah dua dalam satu
sambil buat nota sambil update. Nota memanjang
pun mengantuk jugak maklum lah pelajar cemerlang
sangat . Semalam terjadinya dua benda untuk student
final year lah katakan . Tak sabar nak balik semenanjung
ihihihihihi . Okay semalam dua hari busy dengan
finishing school upm punya event . Tersangat lah malas
nak pergi tapi tetap pergi . Aku ni dimulut kata malas
tapi badan gerak pergi jugak dimulut kata nak ponteng kelas
tapi pergi jugak kaki ni . Budak takut nak buat jahat hahaha
Tapi kalau aku nekad hah memang jangan harap la
aku nak pergi tapi pernah ke aku nekad hahahaha.
Pernah laa terutama kelas di malam hari dan dihujung minggu
ganggu ja rutin harian aku memang tak la aku nak pergi.
Finishing school gaisss , iolls satu kelas dengan bitch ehh
subhanaAllah imanina ni taktahu jaga mulut betul.
Okay sama kelas dengan mamat tu herghh hahahaha
Annoying jugak aku ni dimulut kata benci tapi dihati
maybe ini last aku tatap muka kau dan moga
kau bahagia dengan hidup kau dan aku ni sampai bila la
nak move on heh tak paham betul . Mamat tu dah dua tiga kali
dengan perempuan lain yang aku ni terhegeh lagi
mengharapkan come on laa imanina . Dia takda la baik hensem
mana pun chill babe ! Alah setakat atlet rugby badan smart sado
je pun tapi kelas everyday ponteng boleh dikatakan
setiap sem jumpa dekan tak kan itu yang kau nak imanina.
HAHAHAHAHA tak paham la perasaan sendiri.
Okay masuklah finishing schol , as a student final year
kami semua diajar cara cara interview dengan betul dan tepat ,
cara nak berpakaian semasa interview , cara buat resume
and so on la . Best sebab dapat lect paling sporting
pasai banyak bagi rehat take 5minit tapi kami
terlebih 5minit hahaha, Hujung minggu buat finishing school
nama ja wajib hadir , tapi tak suruh fokus ibarat
badan dalam kelas jasad masuk mimpi.
Tersangat mengantuk , takpaham betul terutama kos
aku la dpnt iaitu kos bisnes dibandingkan dengan budak kos
dkhp iaitu dakdak veterinar bro . Hahahaha memang
banyak beza la . Kos bisnes main banyak kos veterinar
taktahu la nak cakap fokus sungguh. Itulah bebudak dpnt
chill and relax .
Then semalam berlakunya dinner untuk kos kami kos bisnes
setiap sem wajib ada dinner aku pun tak paham.
Duit habis dekat dinner ja setiap sem adat turun temurun
katanya . Setiap kos mesti ada adat aku pun tak paham
wajib benor ke ikut adat tu. Dah la dengan ada
protokol bagai then buat dekat hotel memang kikis
betul duit lah , tapi disebabkan sem akhir so iolls
pergi laa even mula mula memang mati mati takmau pergi.
Selama lima sem aku dalam kos ni dua kali je aku pergi dinner
hahahaha first dulu bodoh bodoh excited dinner uolls masa
sem satu dah senior cakap wajib so wajib la kome
then sem sem lain memang takada muka aku ni .
Budak budak kos pun dah dapat aim aku la
muka selalu lepas final exam terus pergi airport balik
semenanjung so memang tak la pergi dinner . HAHAHAHA
Dah macam budak lelaki aku ni selalunya budak perempuan
jenis nak packing itu la ini la so balik semenanjung dua tiga hari
lepas final exam , sorry la aku ni jenis malas tunggu
habis je paper last pukul lima petang terus otw
ke airport flight pukul tujuh hah semangat balik Kedah !
Seronok dinner semalam maybe persembahan best
tapi makanan punya hmmm hancus burn RM60 aku !
Makanan tak sedap lamb pun lemak saja saja
then vegetarian masak serupa nak bagi haiwan makan
besar besar gedabak .
Throwback balik semua dari sem satu hingga sem lima
kami punya total dulu 119 sekarang total 116 .
Sedih juga la dua orang tukar masuk tawaran
lain yang mereka dapat itu pun sem tiga baru keluar
itu ah sedih and sorang lagi dah pergi meninggalkan
kami semua . Mungkin Allah lebih sayangkan kamu.
Dah la arwah baik , orang mengusik ke mengata ke
semua senyum je tak pernah marah . Aku ni
setiap kali ladang membuli je asyik suruh
arwah mencangkul itu ini and aku beli karipap aku paksa
jugak jugak arwah makan karipap yang aku beli hmm
sedih sangat kehilangan arwah semasa semester tiga iaitu
tahun 2014 taktahu la setengah cakap terkena buatan orang
setengah cakap kanser .Entah la hanya yang di atas je tahu.
Tapi itulah kenangan selama aku duduk di Borneo.
Banyak lagi gambar tapi cukup la sikit hahaha.
Lain benor apabila makeup sejujurnya dipaksa makeup
oleh budak tarian iaitu jiran bilikku kerna aku ndak tahu
makeup bha . Yang tolong makeup budak sabahan bha.
Aku duduk semeja dengan bebudak Borneo aku je
peninsular so rasa macam bangga bha . Dilayan dengan
mesra masa makan hahaha orang tolong letakkan lauk la
itu la ini lah . Ahahaha and aku lebih prefer kawan rapat dengan
non muslim sebab relay dorang kuat tak macam yang lain
bila gaduh putus relay jadi kawan . So nanti aku rindu kat korang
degree mohon datang semenanjung
1 comments:
oo smmangnya adat yng ntah apa...tp cm best ja
Catat Ulasan