Ahad, 27 April 2014

RAGAM MANUSIA

Assalammualaikum ...
And good morning world .....

Mulakan hari anda dengan senyuman yang manis
lagi menawan . Hari ni hari ahad so Kedah
merupakan hari bekerja dan bersekolah .
Rutin harian macam biasa tak pernah sedikit pun berubah
tetapi agak bosan pasai sama saja aktiviti setiap hari .
Kereta pun masud bengkel haish . Motor ?
jangan tanya la abah memang mati mati tak akan beli motor even
anaknya ada lesen motor.Ada bagusnya jugak abah tak
beli motor yalah sekarang ni semua benda alah ni cepat saja
belajar tambah aku ada adik lelaki yang terlalu mengikut
budaya zaman sekarang so cannot la nak beli motor .
Untuk kali pertama aku teringin nak naik motor pasai rasa tercabar
sepupu aku umur 10tahun boleh bawa yang aku hampeh .
So aku memaksa sepupu aku ajar aku bawa motor secara haram
tanpa pengetahuan parents aku. Biasalah balik kampungkan
nasibla ada tok yang on dengan perbuatan aku ni hahaha.
Rindu pulak zaman kanak kanak .

Alhamdulillah selama 19tahun aku hidup dekat muka bumi
ni , aku dah banyak belajar sangat banyak adanya bantuan
dari kawan kawan rapat , ibu bapa aku , and semua yang
rapat lah . Dulu aku sangat lain berbanding sekarang.
Selama aku hidup ni boleh kira berapa ramai
aku ada kawan lelaki . Yalah aku ni jenis pendiam ,
hal aku hal aku , tak ambik tau pun orang lain
kecuali kawan rapat dengan aku . Yeah aku taksuka
sangat bersosial waktu aku di alam persekolahan.
Ingat lagi aku masa form 1 aku ada kawan lelaki
sorang yang rapat nama Azri then masuk form 2
aku rasa takada dalam kelas sendiri pun aku tak kenal
nama hahaha punya bahagia hidup aku . Then form 3
lah aku mula sikit bercakap dengan lelaki itupun
bersebab pasai aku dilantik jadi bendahari .
Masa ni kalau tak cakap dengan dorang memang
susah la kerja mengutip duit.Then form 4
aku kembali diam seperti biasa buat kerja sendiri
then form 5 aku mula bercakap dengan lelaki semula
itupun disebabkan orang nak kenal aku pasai aku ni
anak cikgu . Sapa yang takmau kenai kan anak cikgu tu hahaha
Rapat dengan anak cikgu merupakan kebanggaan ,
aku pun kadang kadang naik rimas nak kena senyum
memanjang . Tapi best aku dapat kenal dan dengar
kisah hidup depa .Banyak beza sekolah di bandar
dengan sekolah di kawasan kampung . Sekolah di
bandar lebih pentingkan pakwe tapi sekolah di
kawasan kampung lebih pentingkan kawan .
Even aku ni tak ke kampung tak ke bandar tapi aku
respect kawan sekolah kwasan kampung , kawan susah
senang sama-sama. Semalam keluar makan kawan tak la
rapat mana tapi disebabkan dia kenal aku , dia datang tegur
aku itu lah kawan sekolah kampung. Aku tak pernah pandang serong
dekat dia yalah sekolah kampung namapun
mak ayah bercerai , ayah masuk penjara , mak buang anak ,
mak ayah tak ambik kisah , dorang hidu gam , dorang ambik dadah.
Semua tu aku tak kisah yang pasti depa tak kacau aku .
Aku respect sangat dari situ aku dah belajar macam-macam
erti kehidupan ni susah payah .

Aku bersyukur sangat
aku ada parents yang tak pernah give up dengan aku
even banyak dah dosa yang aku buat . Kadang tu rasa
rimas jugak yalah nak keluar rumah pun susah
bak kata bebudak lain cuti sem paling freedom nak buat
apa pun boleh tapi aku lain . Parents aku memang bagi keluar
dengan kengkawan tapi balik before 5petang . Lebih 5petang
kena lah , masuk call berpuluh puluh , berleter takpayah
cakap la . Keluar malam ? jangan tanya la nak gelak pulak
aku except dengan family yalah namapun family.
Parents aku memang jaga gila gila . Kadang ada jugak
salah sorang dari kami adik beradik memberontak tapi
bila fikir balik ayat umi 'kira baguih umi ambik kisah pasai hampa
kalau mak pak lain ada depa ambik kisah pasai anak depa'
Okay sangat deep. Dari situ aku dah tak kisah dengan
rutin harian aku . Dekat Bintulu banyak kali aku keluar
malam yeah before keluar aku akan call bagitahu
yang aku nak keluar then dengan sapa , p mana semua aku
lapor even jauh tapi dah terbiasa kan.Benda buruk tak tahu
bila berlaku kan .

Lain pulak aku dekat upmkb yalah sem 1 jangan harap
aku nak cakap dengan lelaki . Aku jenis segan dan malu.
Walaupun sampai sekarang aku kenal perasaan malu dan segan
mesti ada . Disebabkan aku dapat kengkawan yang jenis
hyper berkawan ni so aku pun terjebak bersosial
sedikit untuk berkawan dengan lelaki . Ramai kawan aku
dekat kedah cakap aku dah lain , dah mula berkawan dengan
lelaki hahaha stalker instagram aku lettew . Alhamdulillah.
Kalau dekat upmkb aku berkawan dengan orang spesies
perangai macam aku , sampai sekarang jangan harap aku
nak bertegur dengan bebudak lelaki tambah nama pun
aku akan buat bodoh ja hahaha . Itu lah terima kasih bebanyak
dekat korang Farhana , Asikin and Puteri yang memang jenis
gila tak bertempat dah sosial merata . Banyak gelaran sombong aku
dapat , aku friendly dengan perempuan ja wey yang sama
jantino dengan aku maaf lah .Tapi bila aku dah
kamcing dont worry sampai bila bila kita kawan dan akan
tahu perangai vangang aku macam mana . Ingat lagi
Shah , Saha , Syahmi and Afif cakap 'aku tak berani tegur kau
sebab kau pendiam and nampak sombong tapi bila dah kenal
macam sethan' hahaha . Nampak tak aku rindu korang
tapi aku takmau study jauh . Aku tak biasa stay jauh nala ni
nasib la setahun lagi . Doa la bagi aku dapat study dekat
dengan family aku hahaha . Tapi dekat upmkb aku lagi
banyak belajar kenal ragam manusia tambah lagi
dari pelbagai negeri and pelbagai bahasa . Aku pun dah mula
terikut sikit tapi nasib dapat control . Kalau terlepas
haishh mau penampo hinggap dekat muka aku ni .
Lepas ni aku nak puasa dari sebut benda yang negeri kedah
tak ajaq ! Perkataan 'menghanjing' 'lahanat' and banyak lagi lah.
Tak boleh dah sebut naya aku .Tolong lah korang
ajar aku bahasa yang sopan okay hahaha .


Jumaat, 25 April 2014

NVM

Yeah , aku bergiat aktif sekarang ni berblog kan
hanya blog yang tak pernah tinggal aku
even aku ni bodoh , bahlul , bangang ,
mengada , gedik and so on .Rasa dah macam blog
ni faham isi hati aku , kenal aku lebih lama.

Saya dah usaha apa yang termampu before give up
Orang dah benci sangat sangat dekat kita
Apa lagi kita nak buat . Saya tak marah awak.
Benci lah saya . Saya tak mampu jadi macam mana
yang awak mahukan . Banyak kekurangan dalam diri saya
Saya tak tahu nak meluahkan dekat awak ,
hanya mampu menulis isi hati dekat blog saja.
Saya jujur dengan awak semua perkara dengan siapa
saya kawan ini siapa itu siapa .Perasaan cemburu saya
tak minta kalau ada ubat nak hilangkan cemburu ni saya
dah lama beli . Buat sakit hati je .
Tak mintak semua ini berlaku ,
tak pernah doa walaupun sikit .
Aku selalu doa kita tak pernah jadi macam ni even
selalu gaduh . Aku pun dah jadi seronok bergaduh .
Tapi itulah manusia hanya mampu
merancang yang tentukan Allah .
Boleh terima semua ni tapi agak lah susah .
Hampir setahun awak kenal saya , perangai saya ,
siapa saya . Kenapa awak buat macam ni ?
Kenapa awak buat saya macam lelaki yang pernah
saya kenal dulu . Saya takpernah rasa give up macam ni.
Awak dah benci saya ? Awak anggap saya perempuan macam apa ?
Saya hargai selama ni awak buat dekat saya .
Saya hargai sangat sangat .
Saya rindu awak . Rindu sangat
Everyday saya tengok phone mana tahu awak
ada call or text tapi . Saya faham awak busy .
Thats why saya takut nak text awak first .
Semua tentang saya awak tahu . Masalah saya and so on .
Saya stress sangat awak . Saya perlu awak sentiasa dekat dengan saya.
Support saya bila saya down .
Awak ayah saya , awak abang saya , awak adik saya , awak kekasih saya,
awak sahabat saya , awak kawan susah senang saya
insyaAllah ada jodoh kita awak suami saya .
Saya harap sangat awak tak give up untuk saya .
Hampir setahun saya kenal awak.
Takguna kan cakap banyak banyak tapi awak
buat bodoh kan . Maafkan saya untuk semuanya awak .
SubhanaAllah , saya tak kuat . Penat kot nangis
Haishh .

Ahad, 20 April 2014

Assalammualaikum wbt ...

Apa khabar ?  Lama dah Ima tak update blog
petang ni tiba tiba terpanggil untuk berkongsi
cerita serta apa yang terpendam dalam lubuk hati ni.
Betul lah setiap hidup ni tak best la kalau takada dugaan
dan cabaran yang mendatang kan . Hidup ni hanya sekali ,
sekali sahaja untuk kita merasai nikmat yang Allah kurniakan ,
sekali sahaja kita dapat menyemai kasih sayang dengan orang yang
kita sayangi sebelum mereka pergi kepada yang lebih menyayangi
mereka dan kesimpulannya semuanya hanya sekali seumur hidup.
Jadi selagi boleh bernafas bernyawa di bumi yang indah ini
aku ingin untuk berbakti kepada ibubapa , bertaqwa kepada
yang mencipta , berbakti kepada orang disekeliling aku .

Aku makhluk yang sangat lemah dan sangat kerdil . SubhanaAllah.
Aku berniat untuk berubah untuk lebih dekat kepada yang
mencipta aku tetapi apa kan daya aku cuma makhluk yang
hanya mampu berdoa dan terus berdoa . Doakan aku .
InsyaAllah. Terdetik niat sudah lama aku nak berubah
sejak aku tengok semua kawan aku sahabat baik aku
berubah . Alhamdulillah aku tumpang gembira
dan aku akan cuba untuk mengikut jejak langkah
dorang. Memang mustahil tetapi yang mustahil itu lah
yang akan kita sedaya upaya mengubah kan so tak salah
kita mencuba . Pandangan orang terhadap kita , biarlah
kita ni manusia yang tak boleh nak menghukum sesiapa pun
serah terhadap yang lebih berkuasa untuk menilai . Tak salah
pekakkan telinga.

Semenjak cuti sem dua ni banyak benda aku fikir .
Bukan masalah tetapi rintangan mungkin lah . Ingat lagi
masa aku form four and form five rumah kedua aku ialah
PMC putra medical centre . Untuk apa ? Di situ lah aku menjaga
umi aku yang baru lepas operate .Orang boleh anggap benda
ni tak teruk tapi bagi aku ini paling teruk , jujur
aku taksuka parents aku sakit . Siapalah kan yang suka
parents sendiri sakit kan . Umi ada bagitahu aku yang
umi kena operate sekali lagi nak buang rahim ,
tambah pulak umi darah rendah so sangat bahaya
then aku tanya umi nak operate bila . Hmm umi tunggu
bila salah sorang dari anak anak umi cuti panjang .
Yeahh , salah satu sebab aku taksuka study jauh , aku
taknak umi aku keseorangan bagi aku tak susah mana pun
nak jaga , aku rela ponteng sekolah then stay dekat pmc dulu
and now aku jugak rela tak balik upmkb . Aku hanya
mampu cakap umi operate nanti bila alang cuti sem tiga
harap bertahan la . Mesti korang tertanyakan kan
mana pergi adik beradik yang lain ?
Ayong HKL cuti pun berapa hari ja , then angah
sem depan praktikal , ateh insyaAllah study oversea ,
abangchaq mrsm taiping yang cuti sebulan sekali
and adik apa pun tak boleh harap . Nama pun adik kan.
Sebelum tidur fikir fikir fikir nak nangis pun ada ,
selepas solat berdoa semoga umi cepat sembuh
tipu lah kalau tak nangis . Ya Allah . Bagi lah hati aku ni sador
sikit . So aku berharap dekat kawan kawan sehidup
semati aku sahaja sekarang ni bila aku
berada dalam keadaan macam ni.

Maaf lah . Penyabar aku pun ada batasnya jugak .
Aku sensitif and kuat sangat cemburu tapi aku bukan jenis
yang menunjuk cemburu ni . Well , aku tak mudah benci orang
tetapi kalau aku dah benci jangan tanya kenapa .
Aku pun malas nak berdendam nak kebudak budakan bagai ni
kalau rasa jujur dengan setiap perkataan yang kau ungkapkan
tu kau faham sendiri lah . Sayang sayang aku kalau dah
tension stress pressure aku akan block untuk sementara
waktu . Bukan bermaksud benci tetapi itu cara yang terbaik
mungkin . Kerja kau kerja kau , kerja aku kerja aku .
Takpayah masuk campur . Senang kan so takada sapa
nak sakit hati marah merajuk sentap and so on .



Khamis, 10 April 2014

SEMESTER 2 END

Assalammualaikum ....

Lama gila kan tak update blog , nampak sangat
busy bila jadi student di universiti ni tak macam dulu
masa aku spm . SPM tak sebusy macam ini.

Cuma nak habaq kat hampa yang aku dah habis
semester dua so what ? haha melengak sahaja di rumah lerr .
Nak kerja tapi transport alahai .
Pengalaman semester dua sangat la preassure than semester satu
dengan pensyarah yang berbagai bagai perangai dengan dapat
assigment dalam group agak sempoirrr .
Tapi bagi aku ini la orang kata cara hidup kan ,
bila lagi aku nak merasa preassure macam ni
so sangat awesome . Sumpah tak tipu .
Hidup ni kalau seronok saja semua tak ada stress
tak syiok la weyy . Alhamdulillah berkat doa parents,
kawan kawan yang dari jauh sentiasa support aku
even aku study jauh hampa semua selalu ada dekat hati aku
always whatsapp . Itu lah gunanya teknologi zaman sekarang right .
Kawan kawan dekat upmkb pun ada yang memahami,
selalu advice so aku bersyukur dapat kawan yang sentiasa
ada disaat susah dan senang .

Yeahh ! Memang tak boleh percaya dengan kawan
seratus peratus tapi at least hargai dorang . Bila duduk
jauh dengan family , fikir siapala yang paling dekat dengan kita
bila kita susah and senang kan.
Takmau cakap banyak so gambar masa semester dua . Yahooo !











ΔΆ