Khamis, 25 Oktober 2018

REUNITE WITH OLD FRIENDS

Assalammualaikum ....

Aku tahu cerita ni dah hampir basi tapi disebabkan
aku rindu jadi aku nekad nak simpan memori yang indah
dalam blog aku ...

So 23 Jun 2018 tarikh sebetulnya aku tak ingat
sebelum tu aku, akmal, emy, ijam, bong and angel
memang plan nak p kenduri Hajar padahal itu hanya
alasan untuk kitaorang reunite so bila lagi
dah masing-masing kerja and study jauh padahal
dekat je aku dengan akmal tapi disebabkan sentiasa
busy dengan komitmen kan so susah lah nak jumpa ...
Malam tu aku dari kedah and akmal and emy dari tbs
then jumpa dekat terminal bas teluk intan
Allahu rindunyaaaaa rindu sangat

Actually dulu zaman diploma aku tak rapat
dengan makhluk ni hahahahaha tapi
dengan akmal kebetulan praktikal sama so
aku dah rasa akmal macam 'abang' kadang tu
macam 'adik' semua nak kena buatkan kerja dia
kadang tu aku suka bagi pickupline saja nak usik
kadang dia naik bengang sebab aku tahu nak menang ja
ada jugak mulut manusia gosip kemal
boyfriend aku hmm layankan je maybe disebabkan
banyak gosip macam ni sampai sekarang aku susah
nak cari future husband hahahahaha tapi aku ada cerita
'crush' aku siapa dekat kemal and he approved!
tapi itulah tak kan aku yang nak first move dulu
and emy pun sama mana aku pernah rapat dulu
tapi paling lawak now if aku ada problem
aku selesa share dengan dia ...

So pukul 12malam macam tu ijam datang
ambik kitaorang drive dari KL dengan baju kerjanya
sumpah aku terharuuuu duhh
taktahu la banyak mana pengorbanan friendship ni
haa ijam ni memang zaman diploma aku rapat nak
mampus siap kena gosip boyfriend aku padahal
dia dah ada girlfriend kot so aku layankan jer mulut orang ..
Ijam ni aku appreciate gila sebab sanggup tadah telinga
then maki aku siang malam bodohkan aku
disebabkan kau ijam aku rasa , aku dah tak kena pijak
dengan manusia sekeliling aku ...
Zaman diploma penuh suka duka maybe sebab
aku terlalu jaga perasaan orang sampaikan kena
pijak pun aku masih tersenyum ...

Angel manusia paling banyak tadah telinga,
paling banyak tengok aku meroyan then
nak move on lagi hahahahahahaha
sumpah lawak and now aku rasa bahagia
sebab aku dah boleh terima hakikat
yang ramai lagi sayang aku iaitu korang weh !

Bong, aku kenal lamaaaa dari sem satu sampai sekarang
dia ni ibarat bapak bapak laa masa aku jauh di sarawak
Dia tahu if aku sedih ke tengah fikir something ke
terus datang tanya 'ima kau okay tak?'
sumpah aku rindu ! takada yang boleh baca air muka
aku macam mana kau baca bong....
Thankyou selama ni bagi aku semangat ...











0 comments:

ΔΆ