Selasa, 29 September 2015

FINAL EXAM COMMING SOON

Al kisahnyaaaa next week dah mula final exam
aku pun pening sekarang ni studyweek ke atau
maraton movie week . Serabut betul dengan
perangai aku yang taktahu nak insaf ni haishhh.

Minggu studyweek jugaklah dekat sini buat
festival hah aku ni memang pantang sikit
dah alang-alang final year dekat Sarawak so
bedal je nanti study pepandai la stayup.

Mula-mula tu redha ja takpayah ah pergi festival semua tu
acehhh tapi bila dah last day baru lah tergedik nak pergi
so kitaorang pun decide sewa kereta selama satu hari je.
Masa yang sama jugak ada dinner makostra kolej
heh memang rushing lahh . Penat yarabbi berlaqa ni .
Ingat kan berlaqa seronok tapi penat separuh nyawa
mungkin dalam keadaan rushing
Lepas dinner terus pergi festival kes dorang nak tengok
Mark Adam aku pun dengan simpatinya drive jelah bawak.













Khamis, 24 September 2015

RAYA AIDILADHA DI TANAH BORNEO

ASSALAMMUALAIKUM ....

SELAMAT HARI RAYA KORBAN
                  VS
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Selamat petang gaisss ........
Hari ni tahun ni tiga kali dah aku beraya di tanah borneo
nasib la raya korban kalau raya Aidil Fitri mahu menangis
berguling guling laa tak balik semenanjung.
Macam biasa seperti tahun lalu hahahahaha
lepas solat raya terus masuk bilik sambung tidur
krohhhkrohhhhkrohhhhhhhhhhhhh

Almaklum laa malas nak berjimba beraya pergi rumah
mak angkat bagai ni tapi inilah jadinya
kelaparan tak sangka semua kedai and cafe
tutup hah meraung laaaa.
Last last fast food delivery jugak dah la
aku ni perut nasikkkkkkkk !
Nak daginggggggggggggggggg !!!

Malam raya ke hari raya ke sedih duh
dengar takbir hmmmmm nak call
pun tak tabah hanya mampu whatsap
umi abah and semua adik beradik
hahahahahaha hati kena kental ah
malu duh nangis ni .







Selasa, 15 September 2015

KENAPA SEKARANG ?

Assalammualaikum....

Sihat semua gais ?
Minggu depan raya kan hmm aku dekat
tanah borneo ni macam biasa lah lepas solat raya
makan apa yang ada termasuk lah maggi
disebabkan kedai muslim pakat tutup habis.

Kenapa baru sekarang kan ?
Dua hari lepas ada makwe kepada bukan bekas lelaki
macam baru nak berbunga cinto macam tu hahahaha
Tapi disebabkan muncul perempuan ni then
relationship aku dengan lelaki terus end as a friend.
Belum masuk special boyfriend just hampir laa.
HAHAHAHAHA
Tapi tak ada lah aku kecewa mana pun sebab
belum ada perasaan bergunung lagi and maybe
aku nak fokus spm sama . And aku tahu yang si
lelaki ni couple dengan perempuan ni .

Its okay but aku pelik jugak lah lepas dorang
couple boleh dikatakan semua laman sosial
aku si perempuan ni follow and add.
Aku layankan saja lah buat apa nak bermusuh
dengan orang kan lagipun perempuan tu mana
ada salah dengan aku pun . Then kitaorang
bertukar number dekat twitter and ada masa
whatsap bila perlu. Jujurnya aku lebih
berdendam dengan si lelaki tapi tu dulu la
sekarang dah tak kenal hahahahaha.
Takada masa aku nak contact orang yang takada
ingat aku .

Dua hari lepas lah si perempuan ni whatsap aku.
Pelik jugak lah dalam hati aku ni sahih dahh
ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
Tuptuptup yeahh betul duh !
Bukan nak cakap aku jahat tapi aku tak berapa
puas hati kenapa sekarang baru nak tanya aku?
'i ada ganggu relay you tak dulu before i dengan he couple?'
'you couple ke kawan dulu?'
Maigoshhhhhh lama tak dengar soalan macam tu
soalan dakdak sekolah menengah likes
'single ke dah ada pakwe?'
HAHAHAHAHAHHA
Tapi aku layankan whatsap mungkin
si perempuan perlukan pertolongan kan
sambil gelakkk atas katil hmmmm

Kenapa lepas korang break baru cari aku yang
empat tahun dah berlalu gaisssssssss !
Kau tak rasa annoying ke ?
Nasiblah aku dah takada feeling dekat
si lelaki ni kalau ada feeling mesti aku dah tembak
dengan ayat pedas pedas. Sumpah lawak.

And now seriously aku nak jalankan life aku
dengan dunia aku sendiri. Buat apa yang
aku rasa nak . Dah tak kuasa nak fikir
perasaan orang . Happy dengan life aku
please enjoy ur life without boy who never
apprecte your loyalty.

Rabu, 9 September 2015

MACAM MANA NAK GEMUK ?

Assalamualaikum ..

Selamat pagi and selamat hari rabu gaissss
Minggu ni minggu test tapi sempat lagi aku
update biasalah dua dalam satu
nota di tepi laptop dihadapan and alang-alang
dapat WIFI so aku nak korang share sikit
and bagi tips dekat aku . Hmmmm

Okay berat aku sekarang 46kg and ketinggian 166cm.
Tinggikan well tapi aku taknak gemuk !!
Aku nak tinggi tapi body cantikkkk !
Aku ni makan sehari boleh dikatakan berkali-kali
jugaklah aku bedal . Wajib kunyah tak boleh kosong
kalau tak mula lah angin masuk hahahaha. And aku
memang suka makannnnn ! Tapi yang nampak
gemuk and berisi hanya dekat pipi sahaja . Hmm
Aku nak tangan , lengan aku berisi sama . So how ?

Aku pun rasa metabolisma aku ni tinggi
sebab makan banyak tak naik naik .
Aku ni setiap hari jugak lah workout dalam bilik
disebabkan nak nampak cutting and shape badan
ala-ala model and setiap petang pergi jog .
Jog bukan nak kurus tapi nak nampak cutting body
itu je hahahaha. So now adakah aku perlu
ambil supplement apa apa ?
Aku geram ah orang suka nganjing
nanti angin kena terbang lah , apahal kau
kurus sangat lah , apahal body kau tak seksi
tak ada cutting . Sakit hati ah orang mengata ni.
So wahai rakan rakan ku bantu lah aku
hmmmm .

Isnin, 7 September 2015

LAST DINNER 05

Assalammualaikum ..

Dalam kesibukkan menjadi student masih sempat lagi
aku mengupdate hahaha biasalah dua dalam satu
sambil buat nota sambil update. Nota memanjang
pun mengantuk jugak maklum lah pelajar cemerlang
sangat . Semalam terjadinya dua benda untuk student
final year lah katakan . Tak sabar nak balik semenanjung
ihihihihihi . Okay semalam dua hari busy dengan
finishing school upm punya event . Tersangat lah malas
nak pergi tapi tetap pergi . Aku ni dimulut kata malas
tapi badan gerak pergi jugak dimulut kata nak ponteng kelas
tapi pergi jugak kaki ni . Budak takut nak buat jahat hahaha
Tapi kalau aku nekad hah memang jangan harap la
aku nak pergi tapi pernah ke aku nekad hahahaha.
Pernah laa terutama kelas di malam hari dan dihujung minggu
ganggu ja rutin harian aku memang tak la aku nak pergi.

Finishing school gaisss , iolls satu kelas dengan bitch ehh
subhanaAllah imanina ni taktahu jaga mulut betul.
Okay sama kelas dengan mamat tu herghh hahahaha
Annoying jugak aku ni dimulut kata benci tapi dihati
maybe ini last aku tatap muka kau dan moga
kau bahagia dengan hidup kau dan aku ni sampai bila la
nak move on heh tak paham betul . Mamat tu dah dua tiga kali
dengan perempuan lain yang aku ni terhegeh lagi
mengharapkan come on laa imanina . Dia takda la baik hensem
mana pun chill babe ! Alah setakat atlet rugby badan smart sado
je pun tapi kelas everyday ponteng boleh dikatakan
setiap sem jumpa dekan tak kan itu yang kau nak imanina.
HAHAHAHAHA tak paham la perasaan sendiri.
Okay masuklah finishing schol , as a student final year
kami semua diajar cara cara interview dengan betul dan tepat ,
cara nak berpakaian semasa interview , cara buat resume
and so on la . Best sebab dapat lect paling sporting
pasai banyak bagi rehat take 5minit tapi kami
terlebih 5minit hahaha, Hujung minggu buat finishing school
nama ja wajib hadir , tapi tak suruh fokus ibarat
badan dalam kelas jasad masuk mimpi.
Tersangat mengantuk , takpaham betul terutama kos
aku la dpnt iaitu kos bisnes dibandingkan dengan budak kos
dkhp iaitu dakdak veterinar bro . Hahahaha memang
banyak beza la . Kos bisnes main banyak kos veterinar
taktahu la nak cakap fokus sungguh. Itulah bebudak dpnt
chill and relax .




Then semalam berlakunya dinner untuk kos kami kos bisnes
setiap sem wajib ada dinner aku pun tak paham.
Duit habis dekat dinner ja setiap sem adat turun temurun
katanya . Setiap kos mesti ada adat aku pun tak paham
wajib benor ke ikut adat tu. Dah la dengan ada
protokol bagai then buat dekat hotel memang kikis
betul duit lah , tapi disebabkan sem akhir so iolls
pergi laa even mula mula memang mati mati takmau pergi.
Selama lima sem aku dalam kos ni dua kali je aku pergi dinner
hahahaha first dulu bodoh bodoh excited dinner uolls masa
sem satu dah senior cakap wajib so wajib la kome
then sem sem lain memang takada muka aku ni .
Budak budak kos pun dah dapat aim aku la
muka selalu lepas final exam terus pergi airport balik
semenanjung so memang tak la pergi dinner . HAHAHAHA
Dah macam budak lelaki aku ni selalunya budak perempuan
jenis nak packing itu la ini la so balik semenanjung dua tiga hari
lepas final exam , sorry la aku ni jenis malas tunggu
habis je paper last pukul lima petang terus otw
ke airport flight pukul tujuh hah semangat balik Kedah !
Seronok dinner semalam maybe persembahan best
tapi makanan punya hmmm hancus burn RM60 aku !
Makanan tak sedap lamb pun lemak saja saja
then vegetarian masak serupa nak bagi haiwan makan
besar besar gedabak .

Throwback balik semua dari sem satu hingga sem lima
kami punya total dulu 119 sekarang total 116 .
Sedih juga la dua orang tukar masuk tawaran
lain yang mereka dapat itu pun sem tiga baru keluar
itu ah sedih and sorang lagi dah pergi meninggalkan
kami semua . Mungkin Allah lebih sayangkan kamu.
Dah la arwah baik , orang mengusik ke mengata ke
semua senyum je tak pernah marah . Aku ni
setiap kali ladang membuli je asyik suruh
arwah mencangkul itu ini and aku beli karipap aku paksa
jugak jugak arwah makan karipap yang aku beli hmm
sedih sangat kehilangan arwah semasa semester tiga iaitu
tahun 2014 taktahu la setengah cakap terkena buatan orang
setengah cakap kanser .Entah la hanya yang di atas je tahu.
Tapi itulah kenangan selama aku duduk di Borneo.
Banyak lagi gambar tapi cukup la sikit hahaha.
Lain benor apabila makeup sejujurnya dipaksa makeup
oleh budak tarian iaitu jiran bilikku kerna aku ndak tahu
makeup bha . Yang tolong makeup budak sabahan bha.
Aku duduk semeja dengan bebudak Borneo aku je
peninsular so rasa macam bangga bha . Dilayan dengan
mesra masa makan hahaha orang tolong letakkan lauk la
itu la ini lah . Ahahaha and aku lebih prefer kawan rapat dengan
non muslim sebab relay dorang kuat tak macam yang lain
bila gaduh putus relay jadi kawan . So nanti aku rindu kat korang
degree mohon datang semenanjung











ΔΆ