Khamis, 5 Disember 2013

HIDUP ITU INDAH ?



Assalammualaikum ......

Tiba-tiba rasa macam kosong sangat hidup ini
Tapi kita sebagai manusia ataupun makhluk
yang dicipta oleh-Nya tak boleh menganggap hidup ini
kosong sebab apa ? sebab kita dah ada DIA iaitu DIA
yang satu.Selama ini kita tak bersyukur dengan apa yang ada
dekat diri kita, yang kita tahu hanya bercakap , hanya menghina
apa yang diberi.

Termasuk aku yarhh aku salah seorang manusia yang tak tahu
bersyukur.Ya Allah bukalah pintu hati hambamu ini
untuk terus bersyukur dengan apa yang ada.
Imanina ohh Imanina apa lagi yang kau tak
puas hati ?
Satu saja aku minta kalau lah dunia ini ada keajaiban
macam cerita barbie kan best.Bukan aku nak
merungut , bukan nak mengeluh tetapi entah laa.


Aku nak orang yang aku sayang ada dekat sisi aku,
aku nak orang yang aku sayang sentiasa disamping aku,
aku nak orang yang aku sayang sentiasa memahami aku,
aku nak orang yang aku sayang selalu membuat aku ketawa,
aku nak orang yang aku sayang selalu ingat aku,
aku nak orang yang aku sayang selalu mendoakan aku,
aku nak orang yang aku sayang sentiasa mengerti aku,
aku nak orang yang aku sayang selalu memeluk aku,
aku nak orang yang aku sayang selalu menasihati aku,
aku nak orang yang aku sayang selalu menyayangi aku,
aku nak orang yang aku sayang selalu memerhati aku,
aku nak orang yang aku sayang selalu mengingati aku,
aku nak orang yang aku sayang selalu mencintai aku,
aku nak orang yang aku sayang tak akan pergi tinggalkan aku.


Kalau lah kan ada pari-pari ajaib , aku harap
dapat jumpa orang yang aku sayang.
Nenek . Nenek . Nenek .
Aku nak jumpa nenek aku walaupun hanya
satu saat aku tetap bersyukur.


Aku mengaku kadang-kadang perasaan cemburu
aku akan muncul terutama waktu hari raya.
Orang lain balik kampung jumpa nenek ,
jumpa atok .Tetapi aku ? Memang nak balik
kampung tapi kampung sapa ? Semua dah tak ada,
semua dah pergi tinggal aku .Tahu DIA lebih
sayangkan nenek dan atok , itu aku tahu.
Itulah hidup ini kadang-kadang indah ,
sangat indah dengan adanya cptaan-NYA.
Manusia mana pernah bersyukur dengan apa yang
ada kan.Memang aku ada umi , abah , kakak-kakak,
adik-adik,mak saudara , tok,ayah saudara .
Bagi aku itu tak cukup .Tamak kan aku ini ,
lupa daratan kan .Aku sedang mencuba mengawal
apa yang terlintas di fikiran aku , apa yang ada
dalam lubuk hati aku.

0 comments:

ΔΆ