Rabu, 21 November 2018

'NATURE IS THE BEST MEDICINE'

Assalamualaikum ......

Sempena Maulidul Rasul semalam dikesempatan ini
Imanina Zainuddin nak ucap Salam Maulidul Rasul
kepada yang beragama Islam ..
Alhamdulillah kita masih lagi bernafas dibumi
yang indah lagi makmur ...
Perbanyakkan selawat di mulut daripada makian
Bersihkan hati dengan bertasbih daripada membenci orang
Marilah kita sesama berubah ke arah yang lebih baik
InsyaAllah ...

Semalam, niat dihati memang nak release stress sebab
rasa lately ni macam fikiran kelaut asyik nak fikir
negatif then nak giveup semua lah emosi pun jadi
tak tentu then belum kira dengan perut yang sakit
area operation haritu Allahu ..

So i decided untuk bangun awal and pergi jog
area bukit ekspo lagipun dah lama tak jejak
bukit ekspo sejak kelas dari pagi hingga ke petang ni
Rasa tenang and fresh tu lain macam bila peluh dah keluar
and tenang sangat bila buang semua assingment dalam kepala
even hanya tiga jam tapi sangat bermakna ye anak-anak

Then, tengah jalan berhenti area spot untuk bagi makan ikan
so tunggu satu family ni bagi makan roti dekat ikan
tetiba rindu family sumpah emosi gilaa Allahu lambatnya
nak balik Kedah hati makin lama makin tak kental
padahal dulu kat Sarawak balik satu sem sekali ja ..

And dekat area ikan sambil duduk tengok ikan
ada sorang kakak ni tegur ramah sangat tanya
memang selalu datang sini ke aku jawab
jarang sangat sebab class padat so memang tak sempat
Then, akak tu iyakan and cakap memang degree life nak habis
lagi struggle harap tabah aku mampu senyum ...
Terdetik jugak dalam hati, akak ni sopan then pakaian dia pun
menutup aurat alim, percakapan dia pun tenang ja bila dengar
and aku dalam hati bila nak jadi macam tu?

Istiqomah? Serius susah tak semua orang boleh
istiqomah dalam masa jangka yang pendek
aku takut nak try sebab aku tak rasa diri aku ni kuat
untuk terus istiqomah tapi dalam hati nak sangattt ...
Experience aku depan mata menyebabkan aku rasa
aku takut nak istiqomah, kawan sendiri
masa diploma Allahu bertudung labuh menutup aurat
sumpah kagum dengan dia sebab dia sangat drastik
Dulunya dia free hair then terus labuh semua pakaian
tapi bila masuk degree life kebetulan rezeki aku
jumpa dengan dia sumpah terkejut tapi aku
takkan mempersoalkan kenapa tapi dalam hati aku
sedih sebab aku kagum dengan dia ..
Tiga tahun dia istiqomah bagi aku itu masa yang sangat panjang
tetipa degree life hanya sepantas kilat dapat ubah semuanya ..

Aku tak salahkan sesiapa sebab istiqomah itu memang susah
lagi-lagi dengan fashion yang pelik sekarang ni
so aku tak nafikan and also pergaulan, kawan-kawan
sekeliling also main peranan penting ..
Sebab tu niat aku, if aku nak istiqomah biar lah
aku istiqomah dengan rela hati bukannya terpengaruh
dengan kawan-kawan sekeliling aku ataupun
disebabkan seseorang ....







Rabu, 14 November 2018

MIDSEM 2018

Assalammualaikum ....


Alhamdulillah baru harini sempat nak menaip
but still assingments sis banyak lagi selagi
tak week 14 hmmm ...

Al-kisahnya cuti midsem haritu takada la seindah mana
disebabkan aku sorang je dekat rumah masa cuti tu
then extend beberapa hari disebabkan adik-adik aku
yang dari UITM baru nak mula cuti midsem

The next day tu apalagi kami p kuala perlis
sebab dah lama tak p makan dekat sana
so dah semua balik and berkumpul ini lah masanya
Then the next day umi ajak p tengok pulau itu pulau ini

Rupanya aku baru tau Kedah ada pulau cecantik yang baru
nak up lah orang panggil so first tu p makan
dekat area Singkir Laut Merbok if im not mistake lah
hahahahah makan lunch dulu then baru gerak p
first pulau iaitu Pulau Dayang Bunting, Yan, Kedah ..
So pulau ni petang petang macam tu ramai orang lepak
takpun ramai yang ambik angin sambil mancing ikan
orang Kedah kata megai ikan

Next pulau iaitu eh pantai lah ni Pantai Murni ...
This one also area Yan jugak, dekat area ni ada waterfront
and jambatan gituu memang best lepak sini
nak makan makan pun boleh and ada masjid sangat mudah
nak solat takpayah cari jauh jauh..

Last one kami sempat p Pulau Songsang tapi tak sempat
teroka semua so yang ni better booking first takut tadak boat
bila korang datang masa cuti sekolah ke haa memang takada
boat lah jawabnya ...

















ΔΆ