Alhamdulillah, masih ada masa sebelum mula class
yang pertama untuk aku share vacation aku haritu.
So cuti yang berbaki dua minggu haritu,
family aku decide untuk masuk Thailand
tapi takmau la Hatyai sebab aku ni dah kerap sangat
masuk area Hatyai so kalini kami pi area Satun pulak.
Around 7pagi van datang ke rumah, okay
pakej ni sekepala RM200 ye anak-anak.
Kami ambik van yang boleh pickup kat rumah
so takpayah drive pergi pintu sempadan dah.
Kami masuk boarder Wang Kelian
Alhamdulillah tak ramai, smooth je pagi tu
so tak sampai 30minit dah siap cop boarder semua.
Jarak Wang Kelian ke Satun lebih kurang satu jam
macam tu sekejap je. Pejam celik dah sampai.
So sampai je Satun, terus buat aktiviti yang dah
plan. Actually schedule ni ringan je sebab kami
yang atur sendiri so ikut korang lah nak follow
or buat schedule sendiri ini terpulang ye.
First place kami stop iaitu ke Manang
iaitu tempat untuk berkayak. Mulanya macam
tak ada harapan je nak kayak sebab hujan renyai tapi
Alhamdulillah masa kayak tu hujan stop,
after 3hours kayak terus hujan balik. Itulah
orang cakap rezeki. Ini wajib korang pi
pasai air sungai diia Allahu boleh
snorkelling. Haa selama ni snorkelling
area pantai je kan so yang ni area sungai.
Tersangat lah jernih air sungai depa.
After penat berkayak semua, dont worry
tempat salin baju semuanya cantikk and selesa
rasa nak nangis hahahah korang boleh repeat kayak tu
sebab kayak dia jus 20bath macam tu.
So dah penat semua, next pi makan seafood area Satun
namapun penat beraktiviti apa lagi lapar lah.
After makan semua, kami terus shoot pi
Hatyai. Kami decide untuk bermalam kat Hatyai
sebab Satun tak hidup macam Hatyai.
Aktiviti malam yang best Hatyai lah.
Kami pi macam biasa Asean Night Market
shopping and makan sampai kenyang semua
before check in Hotel. Kami bermalam kat Grand Plaza Hotel
tempat biasa bila orang Malaysia masuk.
Esok tu, kami buat schedulu rasa macam nak makan
dimsum. So google semua tempat then bagi
kat driver suruh bawa. Kami makan kat
Dimsum Zaina Hatyai. Tempat depa sangat selesa
and makanan sedapppp and of course wajib oke order greentea
Next destination, kami plan pi
Cable Car Hatyai even tak ada benda pun kat atas sana
sebab view dia hanya patung buddha gitu jer.
Paling lawak, kami orang last dapat naik cable car
lepastu terus cable car rosak. I mean dia dalam pembaik pulih
sebab ada elektrik apa entah hahahaha. So yang mana datang
nak naik cable car semua kena patah balik.
Alhamdulillah rezeki dapat naik. Hmm sejam lebih jugak
lah terkandas dekat atas tu dengan dahaga air oke.
Then, kami pi Songkhla tempat macam biasa
patung duyung emas, naga. Itu je lah yang ada pun.
Ikutkan banyak je tempat boleh pi kat Songkhla tu
tapi aku dah pi so takkan nak pi lagi kan.
Korang boleh je pi Museum dorang takpun Aquarium
Before nak keluar dari boarder tu wajib lah
singgah Khlong Hae Floating Market.
After dinner semua baru lah keluar dari sempadan
around 9 malam macam tu. Kami keluar kot
pintu Bukit Kayu Hitam sebab keluar tak jammed
macam masuk.
0 comments:
Catat Ulasan