Isnin, 25 Mac 2019

KENDURI KAHWIN DI FELDA PEMANIS

Assalammualaikum ....



Minggu lepas memang takada perancangan apa pun
disebabkan semua kawan-kawan aku balik rumah so
tinggal lah aku sendiri then tetiba kawan aku whatsap
tanya nak ikut dia p kenduri dak so aku pun
without fikir apa terus jawab NAK disebabkan
bosan stay sorang-sorang dalam bilik kan

Dari UPM kami tiga orang bertolak dalam pukui6 petang
agak lewat jugak lah dengan keadaan jalan yang taktahu
so thankyou waze hahahaha. Ini experience yang sangat
macam wow sebab aku tak pernah masuk felda area selatan
Waze bagi jalan lalu ke Tangkak - Muar - Segamat.
Actually ada dua jalan katanya lah tapi kami ikut
waze je so memang follow rapat lah.

Alhamdulillah selamat sampai felda around 10malam
and rasa macam weh meriah sangat. Then dah sampai
tu of course semua penat tapi takkan nak tidur terus
so makan dulu semua sembang-sembang buat lah bunga
mangga yang mana tingai padahal semua kerja dah siap.
So compare dengan kenduri kat negeri aku iaitu Kedah
adalah beza jugak. Bezanya dorang rewang memang
family yang masak, jiran-jiran hanya tolong kupaskan bawang
macam tu je orang cakap besiang barang before masak.
Then tugas family terus masak weh masa ni kami pakat
dah tidur depa masak pukui 2pagi sampai lah esok pagi
kiranya memang tak tidur sehingga majlis bermula okay.

Honestly, kami tiga barai gila of course bangun pagi
rasa tak cukup tidoq. So majlis khatam Al-Quran
start pukul9 pagi sekali dengan berzanji. Ini memang
first time aku tengok selalunya yang akan buat untuk orang kaya
gituu je nak khatam ni sebab makan kos jugak
tapi dekat dorang dikira wajib lah and bayaran seikhlas hati.
Masa ni mata dah masuk alam lain lama jugak laa
sampai mak andam pun dah datang but still diteruskan
lagi berzanji tu tapi pegantin masuk bilik untuk bersiap
so kami pun pakat Alhamdulillah hahahaha. Actually
bukan mak andam disebabkan lelaki yang makeup kan
and aku terkejut kos baju,pelamin and makeup RM1500
Tersangat lah murah yang paling best mak andam tu
yang aturkan semua step by step untuk majlis tu
berjalan dengan lancar kalau kat tempat aku habis makeup
terus balik lahhh ini tak okay include sekali.

Bersanding pukui12.30 so datang la pegantin lelaki
bersama kompang okay haa bukan kompang radio tapi
kompang orang. Kami memang duduk sebelah pegantin
perempuan so memang lama lah pegantin lelaki nak sampai
disebabkan ada 'tol'. Masa ni aku macam terpegun cara
minta tol, excited jugak laa but mula mula rasa macam
nak kena buat apa ni punya gabra nasib ada kakak pegantin
perempuan tu tolong kalau tak memang diam kematu lah.

Apa yang best majlis di felda ni habis awal weh
pukui 1.30 dah takada orang, hang bayangkan
betapa bestnya pegantin boleh bukak baju awai
dengan keadaan cuaca yang panas ni kan. Bila
aku tanya berapa ramai panggilan aku rasa terkejut
pasai hanya 600 orang je bermaksud 24 biji rumah macam tu
lah kiranya hanya blok sebelah je yang kenai.
Serius best pasai kampung depa tersangat lah cantik weh
memang bersih and kenduri pun orang situ semua
friendly buat kami tiga jadi segan gila.

Rasa macam weh lauk depa hanya bekas macam tu ja
ini kalau aku untuk kenduri tahlil saja. Bajet untuk majlis ni
sangat sikit pasai semua sendiri aku boleh nampak habis around
10k je kot sebab photographer pun abang pegantin sendiri
haa sangat lah jimat.
























Isnin, 18 Mac 2019

NAURA SHARES EVENT (INTERNATIONAL WOMEN'S DAY)

Assalammualaikum ....

Alhamdulillah untuk hari ini dah hari hari seterusnya
So aku nak share event yang aku pergi masa hujung minggu
baru-baru ini and aku bukan lah orang yang rajin ke event
Honestly aku dipaksa oleh roomate aku hehehehehe

Event ni dianjurkan ole Astro bergabung dengan Naura Shares.
Pukul 8 pagi macam tu aku bertolak dari UPM pergi KTM
sebenarnya dekat je tapi memandangkan nak dapat gift 100
orang yang terawal so pergi lah awal kan ...
Tempatnya dekat The Gardens Mall bersebelahan dengan
Mid Valley City and dont worry of course free
Aku akan share benda yang free je dekat korang semua
tapi berbaloi so korang kena jugak try

Aku dipahamkan event talks ni ada setiap bulan
pada tarikh yang sama iaitu 16hb so korang
kena cepat daftar sebab seat dia limited. Benda free kan
memang kena berebut tapi haritu aku p tak ramai sangat pun.
Okay berbalik dengan event ni sempena hari wanita
Naura Shares punya undangan iaitu Hanis Khairuddin, Yaya Zahir,
Sumayyah@Sumijones, and Farah Fauzana. Moderatornya Hana Ismail

Honestly, aku hanya kenal Farah Fauzana je hmmmmm
ye tahu aku hambar dorang pun aku tak kenal
Gaissss, kalau korang jadi aku mesti tak kenal kann
mengaku je lah hahahaha actually kalau korang fikir
logiknya macam mana nak kenal artis Malaysia terlalu banyak
Dorang ni mostly kerja dengan Astro hah lagi lah aku tak kenal
Tv host kalau korang bagitahu Ally Iskandar ke aku kenal lah
dah itu memang zaman aku hahahahaha banyak sangat sekarang ni
so aku pun malas nak ambik tahu kann

First speaker iaitu Yaya Zahir. After aku usha instagram dia
then aku macam apahal aku tak kenal dia hahahahaahha
Alright dia Tv Host and modelling jugak. So haritu
dia share experience dia macam mana boleh berjaya
First, hubungan dengan Allah jangan pernah putus even dia
tahu dia tak bertudung tapi dia bersyukur sebab rezeki yang
Allah bagi tak pernah putus malah makin banyak.
Of course aku tersentuh jugak ayat dia and mula lah
compare dengan diri sendiri.
Second, always positive biarlah orang cakap buruk apa
pun pasal diri kau tapi kau tetap mendoakan dia.
Paling tersentuh bila yaya zahir cakap achievement dia
last year iaitu dapat khatam Al-Quran pada usia 27tahun.

Secondspeaker iaitu Hanis Khairuddin, beliau
mewakili kakaknya yang telah meninggal dunia
disebabkan cancer. Ini mostly pasal life
iaitu kau kena appreciate setiap benda yang ada depan mata kau
and jangan tunggu benda tu datang means
kau kena kejar for something bukan hanya menunggu.

Third speaker Sumayyah atau Sumijones
Honestly aku tak kenal dia then roomate aku cakap
dia owner brand Ollum so aku macam ouhh okay.
Aku tahu brand tu pun sebab Dr Halina selalu pakai
and of course aku suka tengok instagram Dr Halina
So, Sumijones share about her life ..
Aku conclude kan je lah beliau berasal dari
keluarga yang senang means from privilege family
tak perlu risaukan duit and after father and her brother
meninggal beliau mula meragui aku ni muslim ke ?
Dari situ dia share dia tak tahu dia ni muslim ke tak and one more
things dia takada kawan disebabkan dia selalu pindah
sampai lah dia jumpa seorang lelaki and now her husband.
Beliau ignore semua orang cakap pasal islam then dia terus
tanpa fikir ambil Al-Quran dalam masa tiga hari dia
hadam maksud yang ditulis di dalam Al-Quran.
Dari situ lah dia tahu yang dia ni Muslim.Nabi dulu pun
life tak perfect tapi relationship dengan Allah tak pernah
putus and Al-Quran juga ada tulis mengenai
kecantikkan so dari situ dia keluar brand baju.

Last speaker yang paling aku kenal and adore iaitu
Farah Fauzana. Beliau mostly share pasal
jodoh disebabkan haritu dia pernah tak jadi kahwin kan.
So after aku dengar experience beliau, aku rasa
Allah tu Maha Adil sebab dia susun elok je aturan
hidup kita.Kita sedia maklum kan Fafau ni banyak
kawan kenalan rapat so beliau cakap
dia percaya dengan jodoh Allah itu pasti ada tapi mungkin
sekarang Allah suruh dia bahagiakan parents dia dulu.

So what i can shares and conclude, always have a good heart,
always be thankful to Allah no matter what happens. Be humble
and be grateful. The most important is always be positive, don't give up
if they said negative to you, smile back to them.
Life is more than material things. Life is not about 50-50,
not 50% for work and another 50% for family, NO!
It's about what the more important first.
We all don't have a perfect life, but we all have Allah SWT.
We have perfect relationships with Allah SWT.
All imperfect things in each of us
if our strong. Always believe in love, always believe to
Allah and jika jodoh kita bukan dengan dia,
jodoh kita dengan IBUBAPA kita. InsyaAllah
It doesn't matter how you begin, what matters is how we end it.
Satu video aku share dekat korang. Selamat membaca :)



















Ahad, 17 Mac 2019

MUZIUM BANK NEGARA

Assalammualaikum ....

Aku rasa mostly orang selangor and kuala lumpur
dah tahu this famous place especially yang
suka bergambar haa tempat ni wajib korang p

So macam biasa dari Ktm serdang berhenti di
Ktm Bank Negara then aku syorkan korang jalan kaki
je lah sebab if ambik grab aroun RM8 padahal
kalau jalan kaki lima minit je and tambah pulak
sambil bergosip hahahaha memang tak akan rasa
penatnya berjalan

Then sampai je eh of course free okay
deposit RM5 untuk locker bag after
ambik bag dorang bagi balik lah duit tu
so free and aku suggest pergi awal pagi
Tempat ni SubhanaAllah besarrrrrr
semuanya ada enam gallery and of course best
Tak silap aku buka around 9pagi and tutup pukul 6ptg
so pergi weekday boleh la bergambar tanpa gangguan

Surau untuk solat pun selesa sangat lah bagus
and toilet pun dah macam hotel hahahaha
and dont worry ada je kafe untuk makan if
korang stay dari pagi mana tahu nak bergambar
lama-lama sampai tak sempat nak cari kedai makan.




























ΔΆ