Selasa, 5 November 2019

PIALA MALAYSIA 2019

Assalammualaikum ....

Harini ada masa sikit so nak share experience jadi
bangsa final hahahaha. Nak beli tiket pun seksa okay.
Last minit plan dengan sepupu aku pasai dah nak masuk next sem
so macam alang alang kan. Aku suggest kat hampa semua
wajib pi tengok final hmm sekali seumur hidup jadi laa
Feel tengok dalam tv dengan live ni lain sangat
bila live ni dia punya semangat kenegerian tu macam
Allahu boleh jadi bangga tiber

Game semalam part yang tersentuh sikit bila pemain
Kedah iaitu Azmeer injured dekat lutut. Rezeki aku
dapat seat betoi betoi depan Azmeer praktis lari pasai
dia nak masuk main balik. Tak silap aku baru
30minit main dalam padang. After dia injured, dia try lari anak
but still sakit and Azmeer nangis weh siap tumbuk tumbuk penghadang
tepi padang tu haa masa ni aku tak fokus bola
aku tengok si Azmeer ni Allahu aku rasa nak nangis weh bila
tengok dia nangis. So kat sini aku macam respect la pemain bola
depa main bukan untuk menang saja okay tapi depa main
untuk penyokong negeri depa jugak.

Kalah menang itu normal memang dari awal lagi game JDT
sangat lahhhh puas hati tengok. Player jdt main punya lah best.
Corak mainan jdt nampak laa cantikkk gila, depa berapa ribu kali
try nak bagi gol padahai baru minit ke 5 tak silap aku.
Apapun semua pemain hebat hebat okayy. Ada rezeki tahun depan
kalau Kedah masuk final, kita cuba lagi okay. Ingat senang ka nak
masuk final.











Jumaat, 11 Oktober 2019

IS ABOUT 'FRIENDSHIP' DEGREE LIFE ALMOST END

Assalammualaikum ...


Alhamdulillah, masih lagi boleh update sekarang cuaca
tak menentu, aku pun demam on off ditambah pulak
kelas petang everyday and everyday jugak hujan petang.
Doa semoga imanina cepat sihat oke ubat demam, panadol
semua dah habis but still tak sembuh lagi.

Harini tetiba teringat yang aku tak pernah update
pasal life aku masa degree kan especially dengan
kawan-kawan degree. Friendship aku ni susah nak explain
tapi itulah kitaran hidup kita, yang mana oke kita go on yang
rasa tak berapa ngam kita selow sikit.

Semua tahu rasanya semester satu and dua aku berkawan
dengan siapa, maybe rezeki aku untuk berkawan
hanya setahun je. Aku oke je sedih itu normal
Alhamdulillah Allah ganti kawan yang lebih special
Power kan! Kau sedih tapi end up Allah bagi kau
happy yang double happy macam tu.

Aku kenal Ruhil dari semester satu,
Alhamdulillah friendship bertahan sampai sekarang
Lone ranger is better sometime but we need someone also
untuk dengar kau punya problem and everything kan.
Actually trauma zaman diploma, spesifiknya bukan trauma
dia macam as a pengajaran haa
So aku prefer and decide takmau grouping dalam berkawan
and takmau rapat dengan 'sorang' je.

Start semester tiga aku mula survive dengan berkawan
the whole class so takada istilah aku ni belangkas
dengan dia or whatever. Yes! aku ada kawan yang
tolong and dengar all my problems tapi
aku tak close dalam class so macam tak nampak sangat

Alhamdulillah, kepuusan aku tu betul
bila aku tak rapat dengan sesiapa pun
so aku boleh hangout dengan sesiapa ja
tanpa fikir orang tu punya perasaan.
Penat kan asyik kena jaga perasaan orang
apa kata kalini kita jaga perasaan diri kita pulak.
Tapi ingat jangan pernah sakitkan hati orang
selagi kita boleh discuss or bercakap cara baik
to solve the problem oke. Semua masalah
ada jalannya, jangan terus membenci sebab
kalau kau ambik jalan untuk benci orang
life kau akan jadi cam something wrong
percayalah cakap aku oke. Senang cakap konsep
dia macam kau sayang orang tu, automatik
orang tu akan sayang kau balik haa
kau buat aniaya dengan orang tu nanti double
aniaya kau kena balik. Benda tu will reflect
akan pantul balik so apa kata kita positif je.

Sebenarnya tak susah pun hidup berkawan ni,
mostly perempuan ni jenis suka grouping
aku pun taktahu la kenapa. Geng pi jenjalan
for short vacation honestly tak rapat pun tapi
boleh je go on and proceed. Benda tu sebenarnya
atas diri masing-masing if kau open untuk
berkawan boleh je and please kawan dulu
baru kau judge perangai someone tu oke
sebab mana ada manusia sempurna.

Hm aku guna konsep kau ramah tegur orang
then buat baik dengan orang automatik
benda tu akan jadi smooth je frienship kau.
So dari situ orang akan macam selesa dengan kau
senang and mudah mesra tapi haa tapi
jangan terlalu baik bak kata pepatah
'Baik berpada-pada, jahat jangan sekali'
InsyaAllah, kau buat baik dengan orang
nanti akan ada yang double baik dengan kau oke
Jangan pernah mengeluh and negatif.

Last but not least, aku guna konsep takmau ambik tahu
life orang. Dia macam ni lah bukan suruh kau ignore
semua benda sampaikan kawan kau sakit pun kau taktahu.
Konsep dia cam kalau benda tu tak
penting takpayah la ambik tahu, takpun kalau
rasa benda tu takada bagi advantage untuk kau
apa lagi ignore je lah. Kau dengar benda yang
tak menyenangkan ke apa ke, jangan pernah
masuk dalam 'sarang' tu. Hidup berkawan
senang, if dia tak ganggu kau, kau chill relax je oke.
Kalau kau rasa ada aura negatif dekat someone tu
takpayah kecoh kau jauh je sikit sikit, ibarat
kawan boleh but tak close gitu.
Friendship ni sama je dengan relationship,
Allah akan uji kau dulu sama ada sekufu ke tak
sesuai ke tak or ngam ke tak. Kalau kau jaga
friendship kau more kejalan Allah insyaAllah
friendship kau akan diredhai.

P/S - Dengan ini saya sertakan perubahan imej sepanjang tiga tahun setengah





















Isnin, 9 September 2019

SATUN, THAILAND.

Assalammualaikum ....

Alhamdulillah, masih ada masa sebelum mula class
yang pertama untuk aku share vacation aku haritu.

So cuti yang berbaki dua minggu haritu,
family aku decide untuk masuk Thailand
tapi takmau la Hatyai sebab aku ni dah kerap sangat
masuk area Hatyai so kalini kami pi area Satun pulak.

Around 7pagi van datang ke rumah, okay
pakej ni sekepala RM200 ye anak-anak.
Kami ambik van yang boleh pickup kat rumah
so takpayah drive pergi pintu sempadan dah.
Kami masuk boarder Wang Kelian
Alhamdulillah tak ramai, smooth je pagi tu
so tak sampai 30minit dah siap cop boarder semua.

Jarak Wang Kelian ke Satun lebih kurang satu jam
macam tu sekejap je. Pejam celik dah sampai.
So sampai je Satun, terus buat aktiviti yang dah
plan. Actually schedule ni ringan je sebab kami
yang atur sendiri so ikut korang lah nak follow
or buat schedule sendiri ini terpulang ye.

First place kami stop iaitu ke Manang
iaitu tempat untuk berkayak. Mulanya macam
tak ada harapan je nak kayak sebab hujan renyai tapi
Alhamdulillah masa kayak tu hujan stop,
after 3hours kayak terus hujan balik. Itulah
orang cakap rezeki. Ini wajib korang pi
pasai air sungai diia Allahu boleh
snorkelling. Haa selama ni snorkelling
area pantai je kan so yang ni area sungai.
Tersangat lah jernih air sungai depa.

After penat berkayak semua, dont worry
tempat salin baju semuanya cantikk and selesa
rasa nak nangis hahahah korang boleh repeat kayak tu
sebab kayak dia jus 20bath macam tu.
So dah penat semua, next pi makan seafood area Satun
namapun penat beraktiviti apa lagi lapar lah.

After makan semua, kami terus shoot pi
Hatyai. Kami decide untuk bermalam kat Hatyai
sebab Satun tak hidup macam Hatyai.
Aktiviti malam yang best Hatyai lah.
Kami pi macam biasa Asean Night Market
shopping and makan sampai kenyang semua
before check in Hotel. Kami bermalam kat Grand Plaza Hotel
tempat biasa bila orang Malaysia masuk.

Esok tu, kami buat schedulu rasa macam nak makan
dimsum. So google semua tempat then bagi
kat driver suruh bawa. Kami makan kat
Dimsum Zaina Hatyai. Tempat depa sangat selesa
and makanan sedapppp and of course wajib oke order greentea
Next destination, kami plan pi
Cable Car Hatyai even tak ada benda pun kat atas sana
sebab view dia hanya patung buddha gitu jer.
Paling lawak, kami orang last dapat naik cable car
lepastu terus cable car rosak. I mean dia dalam pembaik pulih
sebab ada elektrik apa entah hahahaha. So yang mana datang
nak naik cable car semua kena patah balik.
Alhamdulillah rezeki dapat naik. Hmm sejam lebih jugak
lah terkandas dekat atas tu dengan dahaga air oke.

Then, kami pi Songkhla tempat macam biasa
patung duyung emas, naga. Itu je lah yang ada pun.
Ikutkan banyak je tempat boleh pi kat Songkhla tu
tapi aku dah pi so takkan nak pi lagi kan.
Korang boleh je pi Museum dorang takpun Aquarium
Before nak keluar dari boarder tu wajib lah
singgah Khlong Hae Floating Market.

After dinner semua baru lah keluar dari sempadan
around 9 malam macam tu. Kami keluar kot
pintu Bukit Kayu Hitam sebab keluar tak jammed
macam masuk.





















































ΔΆ