Selasa, 5 November 2019

PIALA MALAYSIA 2019

Assalammualaikum ....

Harini ada masa sikit so nak share experience jadi
bangsa final hahahaha. Nak beli tiket pun seksa okay.
Last minit plan dengan sepupu aku pasai dah nak masuk next sem
so macam alang alang kan. Aku suggest kat hampa semua
wajib pi tengok final hmm sekali seumur hidup jadi laa
Feel tengok dalam tv dengan live ni lain sangat
bila live ni dia punya semangat kenegerian tu macam
Allahu boleh jadi bangga tiber

Game semalam part yang tersentuh sikit bila pemain
Kedah iaitu Azmeer injured dekat lutut. Rezeki aku
dapat seat betoi betoi depan Azmeer praktis lari pasai
dia nak masuk main balik. Tak silap aku baru
30minit main dalam padang. After dia injured, dia try lari anak
but still sakit and Azmeer nangis weh siap tumbuk tumbuk penghadang
tepi padang tu haa masa ni aku tak fokus bola
aku tengok si Azmeer ni Allahu aku rasa nak nangis weh bila
tengok dia nangis. So kat sini aku macam respect la pemain bola
depa main bukan untuk menang saja okay tapi depa main
untuk penyokong negeri depa jugak.

Kalah menang itu normal memang dari awal lagi game JDT
sangat lahhhh puas hati tengok. Player jdt main punya lah best.
Corak mainan jdt nampak laa cantikkk gila, depa berapa ribu kali
try nak bagi gol padahai baru minit ke 5 tak silap aku.
Apapun semua pemain hebat hebat okayy. Ada rezeki tahun depan
kalau Kedah masuk final, kita cuba lagi okay. Ingat senang ka nak
masuk final.











0 comments:

ΔΆ