Assalamualaikum ....
Ceritanya harini terajin sedikit nak p melawat MAHA 2018
sebab tahun yang lepas tak rajin melawat semua tempat
hanya p melawat apa yang ada dalam dewan saja so kali ni
aku ambik peluang yang ada kononya nak tour MAHA2018
Rugi lah dah dekat sangat dengan UPM tapi tak p kan
so semalam around pukul9 turun dekat kafe p makan bagi
kenyang semua dulu then baru aku bergerak ke MAHA2018
MAHA2018 event ni ada selama 11hari start hari Khamis
iaitu 22November 2018.
Masalahnya request grab and mycar semua reject sebab takada
yang nak volunteer hantar jammed sangat nama pun dah nak hari
last memang la jammed so aku decided jalan kaki ke guna laluan
ke bukit ekspo.Alhamdulillah cuaca sangat la mendung
tak panas sangat so tak ada masalah nak jalan kaki
sampai ke MAEPS. Tersangat lah ramai .
Sampai je terus beratur nak naik tren memang full house
betul first tempat kitaorang singgah area Florida so
tengok lah hiasan bunga yang ada
bagi aku worth it sangat sebab kreatif dorang buat
ini Jabatan Pertanian yang handle this area...
Then next kitaorang p Laman Padi even takada nak
terasa p area tu sebab aku orang Kedah rasa macam hambar ja
hahahahaha sampai ja nampak la staff MADA tapi
malas nak tegur sebab staff lelaki aku rasa macam takapalah
so tengok lah apa yang ada then nampak ikan keli besarrr
and ada jugak spot untuk orang mengai (memancing ikan)
Dalam dewan ada la pameran mengenai drain untuk baja
then ada makanan and also pameran 50 jenis beras tapi
dekat situ ada 16 jenis ja yang ni under BERNAS ..
Next, singgah area Jabatan Perikanan kebetulan p
ada pertandingan tangkap udang galah selama 40minit
hanya bayar RM10 and pertandingan kanak-kanak tangkap ikan kapi rasanya
ini tak ingat berapa ringgit tapi yang bestnya tangkap banyak mana pun
boleh bawa balik kerumah haa tu yang besttt and
untung gila mana nak ada harga macam tu kat luar ...
Next, tak ambik tren ini jalan je kaki terus ke Laman 2
tak silap aku area ternakan dekat sini Jabatan Veterina and PPK setiap
negeri and also agensi swasta yang lain ...
Dah nama pun jalan kebetulan hujan pulak nasib tak lebat
so redah ja daripada nak tunggu tren nak kosong memang
lambat laa singgah dekat ladang nenas just tengok je lah
area Mok Cun pun tengok je sebab situ sesuai untuk kanak-kanak
tengok PakNil and aku jalan terus ke Dewan nak tengok apa je ada
Sebelum ke Dewan singgah area Pvilion rumah-rumah setiap
negeri tengok apa yang ada untuk dimakan lapar weh
dengan hujan ni and jalan shortcut ke dewan memang
kena melalui Pavilion so tak rugi pun singgah ..