Jumaat, 26 Oktober 2018

MAKAN NASI MINYAK KENGKAWAN

Assalammualaikum ...

Alhamdulillah ...

Entry kalini jugak amat penting bagi aku
disebabkan majlis ni aku dapat jumpa
kengkawa lama yang berapa tahun tak sempat jumpa
disebabkan masing-masing punya haluan hidup ..










Zufrida ni kawan paling rapat lah masa zaman darjah lima
masatu aku baru pindah sekolah and dia yang
protect aku dengan fikriyah takada dorang aku taktahu la
macam mana nak survive haa before aku pindah sekolah
dulu aku sekolah rendah agama tapi setahun je sebab
jauh sangat dari rumah and yuran agak pricey 
before tu aku sekolah dekat perlis hmm 10 tahun jugak
aku tinggal dekat perlis so rasa kekok sikit datang kedah
padahal memang asal kedah hahahaha nak ambik environtment
dekat sini susah sikit sebab tak semua sekolah sama kan
So zufrida ni yang jadi hero aku 
Thankyou weh tak sangka rezeki hang kahwin awal ...












So ni kenduri hajar haa aku tak rapat mana pun 
tapi boleh je masuk semua kadang lepak 
gosip juga dia ni yang aku kenal bila mood angin
garang jangan laa tegur tapi baiknya tak payah cakap
dia tolong selagi dia mampu ...
Alhamdulillah selamat jadi bini orang actually
tak percaya jugak si hajar ni dah kahwin
sebab dia ni manja nak mampusss hahahaha










Last one ! Salfatin dia ni kawan paling akuuu kagum ,
dia ibarat role model aku sampai sekarang ...
Aku kenal Sal disebabkan aku pindah skolah masa
form4 satu sekolah dengan umi disebabkan
takada siapa nak hantar and ambik aku kat
sekolah lama ,.. Alhamdulillah aku pindah so
aku dapat kenal seorang manusia yang bagi aku
perfect ! Dah la alim, cantik, tahu masak,menjahit
semua lah yang aku suka dengan dia ni hmm dia tak pernah
hipokrit sumpah senang kawan dengan dia padahal dia
nak kawan rapat dengan aku dulu bukan main segan
disebabkan aku anak cikgu dia hanya orang kampung gitu
Sumpah lawak tapi aku yang pergi mengedik dekat dia dulu
Sampai sekarang aku suruh dia doakan aku ! Aku takmau
hipokrit cuma kadang aku cakap dekat sal ni hmm aku
cemburu tengok dia sebab boleh istiqamah and redha ja..
Aku tak sekuat dia sebab tu aku jeles , aku harap sangat
aku dapat berubah ke arah lebih baik. InsyaAllah ...
Thankyou Salfatin sudi jadi kawan kami and
tak lama nak jadi ibuuuuu so takecare !


Khamis, 25 Oktober 2018

REUNITE WITH OLD FRIENDS

Assalammualaikum ....

Aku tahu cerita ni dah hampir basi tapi disebabkan
aku rindu jadi aku nekad nak simpan memori yang indah
dalam blog aku ...

So 23 Jun 2018 tarikh sebetulnya aku tak ingat
sebelum tu aku, akmal, emy, ijam, bong and angel
memang plan nak p kenduri Hajar padahal itu hanya
alasan untuk kitaorang reunite so bila lagi
dah masing-masing kerja and study jauh padahal
dekat je aku dengan akmal tapi disebabkan sentiasa
busy dengan komitmen kan so susah lah nak jumpa ...
Malam tu aku dari kedah and akmal and emy dari tbs
then jumpa dekat terminal bas teluk intan
Allahu rindunyaaaaa rindu sangat

Actually dulu zaman diploma aku tak rapat
dengan makhluk ni hahahahaha tapi
dengan akmal kebetulan praktikal sama so
aku dah rasa akmal macam 'abang' kadang tu
macam 'adik' semua nak kena buatkan kerja dia
kadang tu aku suka bagi pickupline saja nak usik
kadang dia naik bengang sebab aku tahu nak menang ja
ada jugak mulut manusia gosip kemal
boyfriend aku hmm layankan je maybe disebabkan
banyak gosip macam ni sampai sekarang aku susah
nak cari future husband hahahahaha tapi aku ada cerita
'crush' aku siapa dekat kemal and he approved!
tapi itulah tak kan aku yang nak first move dulu
and emy pun sama mana aku pernah rapat dulu
tapi paling lawak now if aku ada problem
aku selesa share dengan dia ...

So pukul 12malam macam tu ijam datang
ambik kitaorang drive dari KL dengan baju kerjanya
sumpah aku terharuuuu duhh
taktahu la banyak mana pengorbanan friendship ni
haa ijam ni memang zaman diploma aku rapat nak
mampus siap kena gosip boyfriend aku padahal
dia dah ada girlfriend kot so aku layankan jer mulut orang ..
Ijam ni aku appreciate gila sebab sanggup tadah telinga
then maki aku siang malam bodohkan aku
disebabkan kau ijam aku rasa , aku dah tak kena pijak
dengan manusia sekeliling aku ...
Zaman diploma penuh suka duka maybe sebab
aku terlalu jaga perasaan orang sampaikan kena
pijak pun aku masih tersenyum ...

Angel manusia paling banyak tadah telinga,
paling banyak tengok aku meroyan then
nak move on lagi hahahahahahaha
sumpah lawak and now aku rasa bahagia
sebab aku dah boleh terima hakikat
yang ramai lagi sayang aku iaitu korang weh !

Bong, aku kenal lamaaaa dari sem satu sampai sekarang
dia ni ibarat bapak bapak laa masa aku jauh di sarawak
Dia tahu if aku sedih ke tengah fikir something ke
terus datang tanya 'ima kau okay tak?'
sumpah aku rindu ! takada yang boleh baca air muka
aku macam mana kau baca bong....
Thankyou selama ni bagi aku semangat ...











ΔΆ