Isnin, 17 September 2018

BUKIT MOKCUN, KODIANG

Alhamdulillah entry ni nak cerita perjalanan ke Bukit Mokcun ..
Sebenarnya plan lama dah tapi disebabkan ura ura dengar
tinggi lah macam wall climbing la apa lah
so macam kurang yakin sebab aku bukan la kaki hiking
and hiking just for fun je ..

So cuti sem haritu after sebulan operation dengan
beraninya aku on ikut trip p hiking ni orang cakap
cari nahas tapi aku rasa aku dah fully recover gituu
Mulalah perjalanan dalam 30minit ja sebab rumah aku
memang dekat dengan Kodiang ni and kitaorang
plan p waktu weekday so takpayah nak berebut
dengan orang and parking pun free hahahahahaha
If korang p weekend parking kena RM2

Sampai sana pukul8 pagi so lepas dah warming up
semua so guide kami Nana and Sabrina sebab
depa dah p berpuluh kali dah
Honestly bagi aku bahaya untuk yang first try
and yang bukan jenis hiking macam aku
boleh pergi tapi mesti bawa yang experience dengan bukit
Then baca doa semua mulalah hiking
mula mula pun dah macam 90darjah okay tak tipu
Compare dengan Broga macam relax dulu jalan datar
ini tak okay and aku takut tinggi so sumpah gayat

Memang mencabar area yang perlu panjat naik betul betul
kena guna kekuatan tangan so dekat part ni sumpah
aku nak nangis tapi nak tengok view hahahahaha
Finally aku selamat sampai untuk part yang 90darjah tu
then kaki mula geletor nak mampus punya takut tinggi
Sambil duduk relax tetiba bunyi gedebok berguling time ni
kitaorang yang kat atas dah cemas salah sorang kawan
aku Syahirah jatuh haa time ni aku cemas mengucap
semua ada rasa macam nak pitam pun ada then Nana memang
kaki hiking kawan aku yang ni dengan lincah dia
turun haa Sabrina memang ada dekat bawah dia yang lompat
selamatkan Syahirah ni Alhamdulillah hanya koyak
seluar and lebam sikit ..

Semua dah kembali normal then Syahirah pun okay
dia macam tergelincir sikit..
Kitaorg punya guide Nana and Sabrina so
sorang kat depan and lagi sorang kat belakang
so if ada benda tak diingini memang dorang cepat
and berani lah haa trip ni perempuan okay
then kebetulan ada adik adik lepasan matrik
tiga orang join baru ada lelaki ...

Finally sampai pun dekat puncak tapi view tak secantik mana lah
and aku takmau repeat hahahaha trauma rasa
Honestly bukit ni 30minit ja tak tinggi mana tapi disebabkan 90darjah
so agak berbahaya and broga ambik masa satu jam jugak
sebab jauh sikit and tak berbahaya





















0 comments:

Ģ