Hi and Assalamualaikum ....
Rasanya dah lama tak tulis entry terlalu banyak simpan nak share
tapi tak rajin nak on lappy masa cuti sem tiga bulan baru baru ni
After raya bersuka ria sihat sentiasa kembali lah jadi penganggur
niat nak cari kerja dah berazam semua tapi kita mampu merancang je
19 Julai 2018 ni tarikh birhday ateh
Malam tu satu family kononya nak celebrated birhday lah
then p makan steamboot area cmart dekat menara alor star
tak silap kedai tu baru bukak , baru ja sampai siap duduk then
order air tetiba perut aku memulas sakittt sangat sejujuya aku
baru habis datang bulan so aku pun pelik kenapa sakit
macam segugut and for your information aku memang
setiap kali datang bulan sengugut teruk kadang tu
rasa nak pengsan muka pucat takpayah cerita susah nak describe lah
Adik aku grill ayam daging time tu rasa nak marah
sebab mual sangat tekak serious nak muntah bau daging tuu
Aku tak jamah langsung makanan sampaikan abah marah laa
Aku memang tahan nak muntah toilet takada dalam kedai ni
magrib masuk nak balik jitra rasa tak sempat nak solat
so p rumah tok aku masuk ja rumah terus p muntah
memang loya taktau nak habaq then aku pegang perut bagi kurang sakit
but still sakit bubuh minyak tapi tak kesan jugak
maghrib pun aku tak larat nak solat sebab dok tahan sakit
then terus nak balik rumah sebab klinik tutup awal malam jumaat kan
sebab umi cakap kat rumah ada ubat angin lah apaa lah
aku tak tahan sangat then singgah farmasi telan ubat but still
sakit masa ni aku macam apa benda laa dalam perut aku nii
Sampai rumah ja terus makan lagi ubat but still tak hilang
well aku nangis mengelupur dah masa tu pukul12.30 malam
last last p hospital jitra biasalah ramai aku macam
stress sangat tau sebab lamaaaaaa then masuk
ja terus atas katil kena bubuh air then bubuh tahan sakit
but still sakit .. Lama tak lama Dr perempuan datang and syak
appendix so macam hmm aku tak makan pedas tapi pelik lah
Apalagi call Hospital Bahiyah rujuk pakar laa malam tu jugak
around pukul2 pagi naik ambulance ...
Sumpah stress naik ambulance laju then jalan tak sama sakittnya
peruk akuuu dengan jalan macam ni
Sampai Bahiyah terus masuk zon kuning berapa banyak dr datang
aku pun taktahu sama ada dr ataupun
pelatih yang tahu lebih kurang ja umur
dengan aku mostly lelaki and aku taksukaaaa dok pegang pegang ni
tapi redha ja lah maybe sebab dr pun muda
Masuk xray semua lah bilik still tak dapat lagi okay
aku memang tak boleh tidur semalaman ruang emergency ni memang
bisinggggg sangat nak hadap dengan sakit
Pukul8 pagi aku kena p scan area wad pregnant sebab perempuan kan
so takut bukan appendix bahaya ...
Wad ni sumpah heaven aku tumpang tidur sini
sebab takada patients and sunyi dapat laa rehat sat
Around pukul 12 tengah hari baru dapat katil so MA tolak
p kat katil ward 4 mula lah ramai macik macik mai
pakat nak tanya sakit apa and aku dah laa memang takada
mood nak cakap sebab tengah tahan sakit ni ..
Pukul 12.30 macam tu pakar datang dengan anak buah dia ramaiiiiiii
sangat sumpah maluuuu then dia explain blaablaablaa
aku tak dengar apa punn cuma iyaaakan jaa
Esok petang tu parents aku nak transfer p swasta sebab
aku tak masuk bilik operate lagi kerajaan normal lah kan
then dok fight petang tu pukul6 macam tu kena panggil
masuk bilik operate sumpah takuttttttttttttttt ...
Tukar baju semua then usung p bilik operate aku taktau nak cakap
apaa yang ada di mulut selawat and redha hahahahaah drama gilaa
sedar ja aku tau dah lewat malam aku macam lamanyaaaa operation
then esok tu dr pakar datang and explain bukannya appendix
rupanyaaaaa hmmmmm so aku pun dengar effect dia akan datang semua
then balik rumah esok tu aku google semua pasal penyakit ni
bila bila ja boleh datang tanpa kita tahu ..
So nanti aku kena checkup balik sama ada okay ke tak
sebab benda ni boleh datang lagi even dah operation
aku okay je bila dengar mula tuu lamaa tu rasa macam
berazam nak pantang makanan itu ini last last kecundang
itu lah imanina ...
⤩