Jumaat, 28 Disember 2018

HANGOUT WITH 'ONLINE FRIENDS'

Assalammualaikum ....

16hb Dec 2018

Memang dah lama plan nak jumpa after trip penang and perak
tapi tak sempat dah semua busy dengan kerja
aku macam biasa lah sentiasa free weekend itupun kalau
takada assingment. So plan nak jumpa hari Ahad
aku kenal dorang dalam twitter then join group
twt kecantikkan kiranya tips la padahal ikut pun tak
just baca je apa yang dishare ...

Bermula lah friendship kitaorang masa tu umur 19tahun
so now dah nak masuk 24tahun. Aku tak sangka
jugak boleh friendship lama macam ni padahal
online je so jangan ingat jodoh je online okay.
Yaa and yaya and jan also dah pernah jumpa masa trip
perak and penang itu first time okay jumpa
SubhanaAllah rasa akward taktahu nak habaq
but at the end tak boleh stop bercakap

Ahad haritu aku jumpa yaya, yun, and raa
aku mampu ingat nama nickname je hahahaha
Raa je yang tak pernah jumpa sebab dia org ganu
then kebetulan dah kahwin raa ikut suami dia
keje area selangor so apa lagi ini masanya
kitaorang jumpa dia punya ramah tu macam
dalam whatsap . Haa aku paling rapat if nak story
aku akan ws raa sebab raa sama umur so aku
rasa macam sekepala gitu bila jumpa
ftf aku rasa nak gelak pun adaa haahaha













Angah E-Day

Assalammualaikum ...

Banyak betul post aku hold tak sempat nak update
so entry kali ni aku nak share serba sedikit
kak aku tunang actually tak ada benda pun
nak share sebab mostly semua DIY serba sikit

Perancangan last minit macam ni lah
mulanya kak aku tak nak tunang just terus
kenduri ja tapi sebelah pihak lelaki nak
so family aku okay je ...
Dewan tarikh semua dah ada and tempah
itu yang tak rancang nak tunang

Simple pelamin mini je around RM100
asal ada gitu and hantaran manisan je
itu pun ada mak lang yang buat
and dulang emak mertua kak aku yang sulong
deko ikut citarasa gitu

Alhamdulillah semua berjalan lancar
and tak jemput sesiapa pun
adik beradik je nama pun tunang je
and jangan tanya turn aku bila -.-













Jumaat, 7 Disember 2018

JBR BUNDLE SHAH ALAM

Assalammualaikum ......

Sementara nak tunggu Magrib so aku nak share
sikit haritu kawan aku ajak p bundle so aku pun
macam on je sebab aku pun sukaaaa sangat dengan
bundle jadi aku pun green light saja
So kitaorang decided p bundle dekat Shah Alam
jauh kan ambik masa sejam jugak la naik public
transport ni tapi okay je demi bundle ..

Cara nak p ke bundle mudah sahaja meh aku
ajar start dari KTM Serdang naik p ke
KL Sentral untuk pertukaran laluan then
naik KTM turun dekat KTM Batu Tiga
jarak dia takada la jauh mana dari KL Sentral
ke KTM Batu Tiga masa dalam 30minit
macam tu so sempat lah tidur sekejap
Then dari KTM Batu Tiga kitaorang ambik
grab ke bundle JBR tu dalam RM5 sahaja
dekat je dengan Aeon Shah Alam tu

Bagi aku range price for baju pants worth it jugak
but untuk kasut for me tak berbaloi sangat
better beli yang ciplak je hahahahahahahaha
Design pun ada yang okay korang kena pandai
menyelam cari lah yang best best
Aku stay situ tiga ke empat jam jugak lah
sampai matahari pun dah tak nampak

Alhamdulillah masa sampai hujan lebat tapi
masa balik tu hujan dah reda so takada lah
nak rushing sangat and Alhamdulillah jugak
aku tak cucuk duit sebab aku tahu nanti
aku jadi gila mulaa lah nak merungut duit takada
so aku limitkan untuk shopping di situ

InsyaAllah ada masa nanti nak p yang area Damansara pulak
dengaq cerita situ lagi besar and sumpah
nak try p heheheheehehe ...















Ahad, 2 Disember 2018

MAHA 2018

Assalamualaikum ....

Ceritanya harini terajin sedikit nak p melawat MAHA 2018
sebab tahun yang lepas tak rajin melawat semua tempat
hanya p melawat apa yang ada dalam dewan saja so kali ni
aku ambik peluang yang ada kononya nak tour MAHA2018
Rugi lah dah dekat sangat dengan UPM tapi tak p kan
so semalam around pukul9 turun dekat kafe p makan bagi
kenyang semua dulu then baru aku bergerak ke MAHA2018
MAHA2018 event ni ada selama 11hari start hari Khamis
iaitu 22November 2018.


Masalahnya request grab and mycar semua reject sebab takada
yang nak volunteer hantar jammed sangat nama pun dah nak hari
last memang la jammed so aku decided jalan kaki ke guna laluan
ke bukit ekspo.Alhamdulillah cuaca sangat la mendung
tak panas sangat so tak ada masalah nak jalan kaki
sampai ke MAEPS. Tersangat lah ramai .

Sampai je terus beratur nak naik tren memang full house
betul first tempat kitaorang singgah area Florida so
tengok lah hiasan bunga yang ada
bagi aku worth it sangat sebab kreatif dorang buat
ini Jabatan Pertanian yang handle this area...
Then next kitaorang p Laman Padi even takada nak
terasa p area tu sebab aku orang Kedah rasa macam hambar ja
hahahahaha sampai ja nampak la staff MADA tapi
malas nak tegur sebab staff lelaki aku rasa macam takapalah
so tengok lah apa yang ada then nampak ikan keli besarrr
and ada jugak spot untuk orang mengai (memancing ikan)
Dalam dewan ada la pameran mengenai drain untuk baja
then ada makanan and also pameran 50 jenis beras tapi
dekat situ ada 16 jenis ja yang ni under BERNAS ..

Next, singgah area Jabatan Perikanan kebetulan p
ada pertandingan tangkap udang galah selama 40minit
hanya bayar RM10 and pertandingan kanak-kanak tangkap ikan kapi rasanya
ini tak ingat berapa ringgit tapi  yang bestnya tangkap banyak mana pun
boleh bawa balik kerumah haa tu yang besttt and
untung gila mana nak ada harga macam tu kat luar ...
Next, tak ambik tren ini jalan je kaki terus ke Laman 2
tak silap aku area ternakan dekat sini Jabatan Veterina and PPK setiap
negeri and also agensi swasta yang lain ...

Dah nama pun jalan kebetulan hujan pulak nasib tak lebat
so redah ja daripada nak tunggu tren nak kosong memang
lambat laa  singgah dekat ladang nenas just tengok je lah
area Mok Cun pun tengok je sebab situ sesuai untuk kanak-kanak
tengok PakNil and aku jalan terus ke Dewan nak tengok apa je ada
Sebelum ke Dewan singgah area Pvilion rumah-rumah setiap
negeri tengok apa yang ada untuk dimakan lapar weh
dengan hujan ni and jalan shortcut ke dewan memang
kena melalui Pavilion so tak rugi pun singgah ..



































ΔΆ