Isnin, 25 Mac 2019

KENDURI KAHWIN DI FELDA PEMANIS

Assalammualaikum ....



Minggu lepas memang takada perancangan apa pun
disebabkan semua kawan-kawan aku balik rumah so
tinggal lah aku sendiri then tetiba kawan aku whatsap
tanya nak ikut dia p kenduri dak so aku pun
without fikir apa terus jawab NAK disebabkan
bosan stay sorang-sorang dalam bilik kan

Dari UPM kami tiga orang bertolak dalam pukui6 petang
agak lewat jugak lah dengan keadaan jalan yang taktahu
so thankyou waze hahahaha. Ini experience yang sangat
macam wow sebab aku tak pernah masuk felda area selatan
Waze bagi jalan lalu ke Tangkak - Muar - Segamat.
Actually ada dua jalan katanya lah tapi kami ikut
waze je so memang follow rapat lah.

Alhamdulillah selamat sampai felda around 10malam
and rasa macam weh meriah sangat. Then dah sampai
tu of course semua penat tapi takkan nak tidur terus
so makan dulu semua sembang-sembang buat lah bunga
mangga yang mana tingai padahal semua kerja dah siap.
So compare dengan kenduri kat negeri aku iaitu Kedah
adalah beza jugak. Bezanya dorang rewang memang
family yang masak, jiran-jiran hanya tolong kupaskan bawang
macam tu je orang cakap besiang barang before masak.
Then tugas family terus masak weh masa ni kami pakat
dah tidur depa masak pukui 2pagi sampai lah esok pagi
kiranya memang tak tidur sehingga majlis bermula okay.

Honestly, kami tiga barai gila of course bangun pagi
rasa tak cukup tidoq. So majlis khatam Al-Quran
start pukul9 pagi sekali dengan berzanji. Ini memang
first time aku tengok selalunya yang akan buat untuk orang kaya
gituu je nak khatam ni sebab makan kos jugak
tapi dekat dorang dikira wajib lah and bayaran seikhlas hati.
Masa ni mata dah masuk alam lain lama jugak laa
sampai mak andam pun dah datang but still diteruskan
lagi berzanji tu tapi pegantin masuk bilik untuk bersiap
so kami pun pakat Alhamdulillah hahahaha. Actually
bukan mak andam disebabkan lelaki yang makeup kan
and aku terkejut kos baju,pelamin and makeup RM1500
Tersangat lah murah yang paling best mak andam tu
yang aturkan semua step by step untuk majlis tu
berjalan dengan lancar kalau kat tempat aku habis makeup
terus balik lahhh ini tak okay include sekali.

Bersanding pukui12.30 so datang la pegantin lelaki
bersama kompang okay haa bukan kompang radio tapi
kompang orang. Kami memang duduk sebelah pegantin
perempuan so memang lama lah pegantin lelaki nak sampai
disebabkan ada 'tol'. Masa ni aku macam terpegun cara
minta tol, excited jugak laa but mula mula rasa macam
nak kena buat apa ni punya gabra nasib ada kakak pegantin
perempuan tu tolong kalau tak memang diam kematu lah.

Apa yang best majlis di felda ni habis awal weh
pukui 1.30 dah takada orang, hang bayangkan
betapa bestnya pegantin boleh bukak baju awai
dengan keadaan cuaca yang panas ni kan. Bila
aku tanya berapa ramai panggilan aku rasa terkejut
pasai hanya 600 orang je bermaksud 24 biji rumah macam tu
lah kiranya hanya blok sebelah je yang kenai.
Serius best pasai kampung depa tersangat lah cantik weh
memang bersih and kenduri pun orang situ semua
friendly buat kami tiga jadi segan gila.

Rasa macam weh lauk depa hanya bekas macam tu ja
ini kalau aku untuk kenduri tahlil saja. Bajet untuk majlis ni
sangat sikit pasai semua sendiri aku boleh nampak habis around
10k je kot sebab photographer pun abang pegantin sendiri
haa sangat lah jimat.
























0 comments:

Ģ