Khamis, 11 Disember 2025

PENGAMBILAN MADA 2023

 Assalammualaikum...


Setelah berhabuk berbulan bulan ehhh silap bertahun tahun

Bukan ingatan ku lupa tetapi kekangan masa mencemburui aku

Selepas bertukar status menjadi isteri semasa zaman covid

aku terus berhijrah ke Kuantan, Pahang dan menjadi 

suri rumah sepenuh masa. Aku pun berhenti kerja kilang, 

mengajar as a cikgu tuisyen rumah ke rumah. Terlalu banyak perubahan

yang drastik sampai aku pun dah takada masa and paling penyebab utama

laptop kesayangan aku tak hidup. Sejujurnya aku rindu untuk 

meluah kembali, cerita semua yang tidak terluah disini.


Penghujung 2022 aku dijemput ke mekah menunaikan umrah,

sebelum ke tanah suci , aku dapat panggilan untuk membuat

ujian kesihatan dan kecergasan bagi pengambilan penolong 

pegawai pertanian dia agensi badan berkanun MADA.

Hati berbelah bahagi disebabkan suami aku mencari punca rezeki 

di Pahang, kalau aku dapat kerja, aku terpaksa pindah ke Kedah

dan akan bermula hidup PJJ. Tapi disebabkan minat dan nak sangat 

bekerja dalam sektor kerajaan , aku pergi jugak ujian yang diadakan.






September sebulan berlalu ujian kecergasan dan kesihatan, 

Oktober aku mendapat email  mengatakan aku perlu  ditemuduga

Disember aku mendapat email lagi mengatakan lulus dan perlu lapor diri,

ketika saat itu aku masih di tanah haram

sujud syukur kerana termakbul , setelah sekian lama aku cuba dan cuba

untuk memasuki alam pekerjaan di dalam sektor kerajaan.

Sejujurnya, aku cemburu kerana sekeliling aku, kawan kawan 

seperjuangan semasa belajar kebanyakkan semunya sudah 

bekerja di dalam sektor kerajaan. Alhamdulillah, dipermudahkan

suami aku tolong untuk mengisi maklum balas mengatakan aku terima






Bermula lah Januari 2023, lapor diri , semua perasaan ada
Terpaksa mengambil keputusan untuk PJJ Kedah-Pahang
Alhamdulillah dipermudahkan kerana, anak aku berusia tiga bulan
adik aku jaga, Allah susun cantik, betul berul adikku habis belajar
Selama beberapa bulan sebelum berjumpa dengan pengasuh
yang dipercayai, selepas adanya pengasuh, surat posting aku 
keluar mengatakan beliau perlu melapor diri di Sabah.
Suami mengambil keputusan untuk berhenti kerja, dan mencari
rezeki di Kedah, terlalu struggle PJJ, dengan aku yang 
sentiasa outstation, Terima Kasih dipermudahkan perjalanan


Sejujunya rindu di pantai timur, suasana yang tenang
Boleh dikatakan setiap petang aku akan ke pantai ambik angin
Tapi di kedah suasana sawah masih tenang, tapi rindu masih ada
Begitulah perpisahan yang sangat berat bagi aku.


Sekarang sudah tiga tahun aku memegang jawatang G5

Alhamdulillah rezeki anak ku.



0 comments:

Ä¢