Isnin, 26 Februari 2018

SABAH BAAAHH

Assalammualaikum and Hi

This post i want to share my vacation and experience sohow to start it. Hmmm
Okay kitaorang beli tiket dah dua bulan awal
so takada la mahal kebetulan Air Asia tengah promo
I handle bahagian homestay dekat Kundasang and KK also
i handle for kereta sewa . If korang nak p sabah
better sewa kereta daripada ambik pakej itu ini
mahal berganda padahal semua tempat melawat murah je.

So sampai je kat airport dalam pukul dua ptg macam tu
kitaorang terus lunch haa kereta sewa memang dah ada
dekat airport deal je dengan owner . Then terus naik
Kundasang. Sampai Kundasang pun dah lewat
around 7ptg macam tu so dah gelap lah.
Homestay kat kundasang better booking awal
sebab cepat habisss. Jangan risau ibarat korang drive
jalan naik Cameron Highland ja bahaya tu normal
lah kalau drive waktu malam kan . Lori pun banyak jugak.

Esok tu terus seharian jenjalan Kundasang semua tempat
kitaorang p. First tempat of course Desa Farm
tempat wajib kan ala ala lembu newzealand gituu .
Harga untuk dewasa rm5 and kanak-kanak rm4
so worth it lah kan then aiskrim wajib makan
harga dia rm6.50 for coklat and yogurt. Wajib try
aiskrim yogurt ! Sedappp ! Kalau korang nak
bagi makan lembu rumput rm1 and susu sebotol rm2
okay laa tak mahal pun. Then dah selesai semua
terus p canopy walk and hot spring ! Orang kata wajib p
so kita p lah jugak. Sama je dengan kolam air panas
perak ke kedah ke takada beza pun for me lah.
Nak masuk kolam air panas kanak-kanak rm1 yang umur bawah 17tahun
and dewasa rm3. Yang bagusnya dorang asingkan
kolam so pilih laa nak kolam macam mana
nak rendam kaki je ke nak mandi ke haa asing-asing.
Then aku bosan lepak situ
aku pun naik p canopy walk macam biasa harga untuk
kanak-kanak rm1 dewasa rm3 and kitaorang bayar untuk kamera
rm5 bayar untuk sebiji phone sudah boleh je semua phone
keluar takada orang pantau pun. Tak ramai pun naik
orang muda muda je rela naik. Before sampai
canopy tu korang kena hiking dulu takada lah tinggi
mana pun tapi yang tak pernah hiking tu agak semput lah
So sampai je memang ramai kena ikut turn nak naik canopy.
Hanya boleh enam orang je atas canopy walk
agak tinggi seriously tak tipu tinggi . Ada tiga canopy walk
yang paling seram canopy kedua nampak curam sangat .
Honestly aku ni penakut sikit dengan ketinggian. Dah
selesai canopy walk tu rasa fuhh selamat hahahaha
tapi besttt jugakk. Then next location pergi
massage ikan lah Tagal Fish. Ini bestt ! Macam biasa
sapa nak urut bayar rm5 seorang. Kiaorang bayar
untuk enam orang je tapi yang masuk lebih
enam orang hahahaha dorang tak pantau pun
so apa lagi buang kasut masuk lah. Yang ini
memang best ikan kecil kecil gigit rasa geli weh
tapi kita seram dengan ikan besar besar. Besarrrr sangat sangat okay.

Then terus p beli sayur semua
masa otw turun dari Kundasang. Sepanjang perjalanan
agak kelaparan masa untuk lunch nama pun
tapi kedai islam susah sangat nak ada area Kundasang.
Kitaorang lunch pukul5ptg weh. Nampak lah
kebuluran dekat situ. Then singgah solat area
jambatan tamparoli. Jambatan ni macam jambatan
gantung dekat Perlis. Takada apa pun dekat situ
jambatan ni area pasar so boleh la kalau nak
shopping sebab memang murah pun.
Sampai je KK terus checkin and dinner. Dekat KK
takpayah risau memang banyak kedai makan islam.

Next day ke pulau lah kita jangan risau pergi je
dekat Jesselton Point banyak je agensi pakej dekat situ
tinggal pilih je, so pilih je nak pulau
apa pulau sapi fokus untuk snorkelling boleh
nampak coral, pulau manukan paling tertumpu
sebab boleh snorkelling tapi tak sebest pulau sapi
tapi pulau manukan famous disebabkan ada pantai so
boleh la for family yang ada anak kecil nak mandi kan. Then
pulau mamutik ni kecik je. Paling recommend pulau sapi
air dia macam kristal weh. Byaran untuk sebuah bot rm300
itu kalau taknak campur muat 12orang tapi kalau
tak ramai better campur dewasa rm22 je untuk satu pulau
kalau nak tambah pulau hanya tambah rm15 ja. Kanak-kanak
lain harga ini aku tak sure tapi bawah tiga tahun FREE okay.
So dah sampai pulau kena bayar lagi untuk yuran konservasi
umur 18tahun rm3 and bawah 18tahun rm1 macam yuran jagaan gitu
entah laa susah nak explain hahahaha . Dont worry yuran ni bayar sekali je
if korang pergi banyak pulau hanya bayar untuk pulau yang first korang sampai.
Lewat petang jugak lah kitaorang balik
macam pukul3 ptg gitu. Terus balik homestay salin semua
baju kotor kebetulan nak balik tu ombak kuat
apalagi melambung habis.

Then malam tu makan besar laa , kitaorang pergi
Philipin Market beli ketam goreng tepung harga rm3 je weh
terbeliak mata pasal murah gilaa sampaikan tanya harga
banyak kali kat owner tu and apa lagi beli sampai enam bungkus
buat ratah je hahahaha then beli ikan bakar
macam-macam ikan aku pun pening.
Wajib beli chicken wings enam rm 12
sangat worth it untuk balik ratah hahahahah. Umi tak bagi
makan chicken wings but i beli diam diam
then sembunyi makan dalam bilik .

Esok siang repeat lagi Philipin Market sebab semalam
area mutiara blackout punya la tadak rezeki hahahah.
Apalagi pakat shopping mutiara dia murahh
aku tak minat sangat mutiara ni so aku teman umi je
beli dekat kengkawan sekolah umi yang pesan.
So sepanjang aku teman umi apa yang aku tahu
mutiara ada dua satu air masin satu air tawar.
Mostly orang suka air masin sebab cantikkkk and smooth berkilat
air tawar dia macam ada kedut kedut tak smooth gitu
tapi if nak murah air tawar lah kan tapi rugi tak cantik
haaa pening kan bagi aku takada la mahal sangat.
If gelang saja untuk air masin rm45 kalau air tawar rm35
owner tu akan buat depan mata kita jugak. If nak satu set
untuk air masin gelang rantai rm150 ni rantai yang panjang okay
if air tawar rm90 pun boleh dapat dah. Then cincin
rm50 tak boleh tawar dah ni memang harga paling murah
harga asal rm80 so memang owner dah tak bagi tawar tapi
memang cantik so aku bekenan cincin diaa. Aku
bukan tak minat mutira tapi disebabkan tangan i kecil
so bila pakai jadi pelik haa rasa pelik lah.
Wajib beli jugak kerepek ! hahahaaha  banyak
kerepek sedap semua aku rasa yang tester

Next day apa lagi packing barang dah nak balik kan
checkout semua flight pukul3 ptg. Sempat solat before
checkout nasib owner homestay baik hati bagi
checkout lambat sikit.
Total semua untuk sekepala termasuk makanan
dalam rm300 je if ambik pakej sorang rm500.
Kereta sewa dua biji untuk empat hari tiga malam
rm1200 deposit rm400 akan dipulankan balik if kereta bersih.
Then homestay kundasang rm300 semalam and KK dua
homestay sebab condo kan dua homestay dua malam
total rm450. Itu je.




































0 comments:

Ģ