Isnin, 12 Mei 2014

Ke Hadapan


Assalammualaikum ....

Tinggal beberapa minggu lagi nak balik upmkb
alahai hati ni berat taktau nak habaq
Even sometimes rasa macam blablablaaa
stay dekat rumah tetapi tempat yang paling
menenangkan aku ialah rumahku syurgaku.
Yeah jauh dari dunia luar , jauh dari semua manusia
yang penuh dengan drama , jauh dengan semua
benda yang tidak senang dengan kita .Kesimpulannya
jauh dari semua lah . Hidup memang tak boleh keseorangan
yeah sapa cakap aku duduk dalam keseorangan
aku ada tuu Allah , aku ada umi and abah
aku ada adik beradik yang selalu buli aku.
Even menyakitkan hati tapi kadang kadang
seronok.Entah la sometimes rasa macam down
tapi buat apa nak lalui benda yang buat kita rassa down.
Hidup ni penuh dengan pelbagai pancaroba.
Siapa lagi yang kenal kita selain ibu bapa kita,
keluarga kita and yeah bestfriend kita .
Hargai mereka.Cukup sekali aku dah menyesal
cukup lah . Serik perit itulah kehidupan.Memang semua manusia
akan pergi tetapi apa perasaan kalau orang yang kita
sayang pergi tanpa kita berbakti kepada mereka ?
Nenek dah pergi buat selamanya tapi aku tahu
nenek sentiasa dekat dengan aku.
Time sedih aku rasa macam ada orang bisik and
naikkan balik semangat aku.Aku ada orang yang
selalu disamping aku.Bersyukur sangat.
Tak kisah hidup ni macam mana
kita tak boleh salahkan sesiapa , benda baik
benda buruk semua tu boleh jadi pengalaman hidup
kita.Kita yang buat so kita lah kena terima.
Tak perlu salahkan orang sekeliling anggap sahaja
semua salah kita even sometimes tu bukan salah kita
Alahh positif kan diri itu lah yang aku belajar
dari aku alam kanak kanak then menengah masuk plkn
and sampai sekarang.Pengalaman yang ajar aku semua tu.
Tengok pelbagai ragam manusia , sometimes rasa
macam blablabla tapi bila ingat balik mesti
aku akan senyum.Allahu , banyak dah manusia yang aku jumpak.
Nampak di luar aku sentiasa senyum.Bagi aku
kenapa perlu tunjuk kesedihan dekat orang tapi yeah
kalau tak tahan aku akan tunjuk dengan berat hati.
Yelah cara pemikiran orang lain lain nanti dikatanya
mintak simpati pulak tetapi itulah manusia.
Bila ingat balik zaman sekolah aku kena
maki kena hina sampai sekarang aku ingat
orang yang maki aku hina aku tersangatlah aku rindu.
Tanpa mereka aku rasa diri terlalu angkuh sombong
Memang sakit hati tapi hati dan perasaan kita , kita sendiri
yang tahu cara nak sembuhkan.Sikit pun aku tak dendam
sikit pun aku tak menyampah sebab maybe dorang yang
akan sedarkan kita.Aku ni tak sempurna yeah semua orang tak
sempurna itu biasalah.Masing masing ada perangai
yang berbeza kalau rasa tak boleh terima perangai
kita tunggu apa lagi undur diri itu jalan terbaik.
Ramai lagi yang ada dekat dunia ni pilih saja.
Hak memilihkan hak kita.Alhamdulillah walaupun
dulu aku tak puas hati dengan dia tapi sekarang aku
seronok tengok dia bahagia dengan orang lain.
Cemburu? haha tak terlintas sikit pun . Buat apa lah
nak dengki dengan orang. Hidup ni adil semua ada
cerita masing masing. Dia pun tak pernah anggap
aku ni macam orang asing even dah tak ada apa.
Alhamdulillah dia ingat birthday aku , dia tanya khabar aku
even 6bulan sekali.Cukup bersyukur dah ada orang ingat aku.
His girlfriend jugak friendly dengan aku so buat apa aku
nak berdendam dengan orang yang tak bersalah kan.
Yeah even sekejap aku dengan dia tapi dia banyak bantu aku
dalam pelajaran masa Spm lagi lah.Terima kasih tak pernah
lupa aku.Aku hargai sangat.Orang baik dengan kita,
kita baik dengan orang.Orang tak puas hati dengan kita,
kita diam.Diam lagi bagus daripada niat kita
nak sakitkan hati orang.Marah ni buat aku rasa sakit
sakit dada tahu and sakit otak nak fikir .
Selagi mampu kita tangani , kita go on.
InsyaAllah akan dipermudahkan.
Untuk apa kita nak frust macam orang gila
aku ni tak pandai bab berjiwang sangat
selama ni Putri,Ikin and google yang jadi
cikgu jiwang aku hahaha.Jadi diri sendirikan
bagus.Taksuka takapalah tak akan nak paksa
ingat dalam dunia ni ramai lagi orang so pilih lah
pilihan anda.Jangan pernah berpatah balik.
Orang tertentu sahaja yang akan bagi peluang
kedua dengan kesilapan yang kita buat.
Ingat setiap kali kita nak keluarkan ayat
kita fikir dulu , adakah ayat ni sakitkan hati sesiapa?
Baca then tanya hati anda.Silap langkah semuanya tak boleh
patah balik.Manusia lain lain perangai so kita kena
beringat and becareful ;)

Rabu, 7 Mei 2014

KEHIDUPAN

Assalammualaikum ...

Dah berapa banyak tajuk aku letak 'KEHIDUPAN'
Kehidupan . Aku pun tak tahu maksud kehidupan.
Kehidupan ni kadang-kadang gembira , kadang-kadang
buat kita sedih. SubhanaAllah. Indahnya
kehidupan kalau kita betul betul hargai.
Aku tak tahu kepada siapa aku nak luahkan .
Blog hanya sampingan buat aku , aku perlukan
manusia yang bernama sahabat .
Fizah , Puteri sahabat aku sampai mati .
Semua masalah aku rasa aku hidup aku kalau
tak ada mereka hanya bear sebagai teman aku.
Aku kena kuat ! Kehidupan dengan keluarga
memang seronok tapi mungkin ada kekurangan dalam diri aku.
Aku tak salahkan sesiapa . Biasalah namapun kehidupan.
Aku nak kongsi dengan mereka tapi aku tak mampu
mesti nak keluar jugak air mata ni . Haishh .
Memang sewaktu kecil aku dibesarkan oleh
nenek tapi bila dah besar umi abah yang mendidik.
Aku hargai semua pengorbanan umi abah.
Siapa aku kalau tidak dididik tetapi entah la.
Kehidupan di UPMKB kadangkala ada tekanan
kepada mereka jugak aku mengadu . Aku sanggup call
mereka sambil menangis . Mereka memahami aku.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Jangan tinggalkan
aku . Itu sahaja permintaan aku . Mereka insan
sangat istimewa dalam hidup aku semua masalah
dikongsi termasuk masalah keluarga. Tak semua
kawan aku cerita masalah keluarga aku. Itulah
setiap masalah hanya orang tertentu sahaja boleh dikongsi,
boleh dipercayai dan boleh dihargai.Blog hanya sampingan
buat aku lepaskan. Aku memang dari dulu seorang
pemerhati dan seorang penulis diari.
Kehidupan tak akan sempurna kalau tak ada
suka duka pahit manis kelat .
InsyaAllah aku boleh harungi kehidupan aku dengan
rela hati . Pekakkan telinga , keringkan hati , lapangkan dada.
Sesungguhnya tawakal dan reda serta sabar adalah ubatnya.
Chill Imanina . This is LIFE !
ΔΆ