Khamis, 13 Februari 2020

VIETNAM - HO CHI MINH, DALAT & MUI NE

Assalammualaikum ...


Alhamdulillah dah masuk tahun baru
lama jugak masa nak berjalan untuk melangkah ke
tahun baru haih .. so kita tinggal yang mana
tak perlu diingat di tahun lepas okay .






Entry kali ni nak share negara yang aku baru saja p
iaitu Vietnam. Sebenarnya p bulan 12 haritu tapi
disebabkan sangat rushing ye and tak sempat nak
update. Short vacay la untuk aku habiskan fyp,
haa sempat lagi aku lari untuk relax so hidup ni jangan stress.

12hb disember 2019, aku dari UPM dalam pukul6.30 pagi
terus ke klia transit shot ke KLIA. So dekat situ tempat berkumpul
dalam pukul 10 macam tu dah boleh masuk. Alhamdulillah
sampai Vietnam, iaitu aku turun dekat Nha Trang sebab
aim nak p Dalat terus so dekat sikit perjalanan.
Dari airport ke Dalat lebih kurang 4jam dengan menaiki bas.

Dalat ni daerah yang terikut dengan budaya French,
mostly kawasan perumahan depa semua ala-ala French.
Dalat ni terkenal dengan nature, sangat sesuai siapa yang
minat nature macam aku. Suhu dekat sini kalau malam
boleh sampai 10darjah celsius okay.

SubhanaAllah view tersangat lah cantik even sakit belakang
kebas bontot duduk berejam and one more thing
jalan dorang tersangat lah teruk okay so dah macam
naik roller coaster gais.
Sampai dekat Dalat around pukui5 jam Vietnam
then stop dekat Ladang Teh before p dinner.

Turun ja dari bas Allahu sejukkkkkk, and sapa yang tak tahan
sejuk sila bawak baju sejuk okay. Suhu masa tu around 16 darjah celcius
Hm aku memang suka sejuk so aku tak bawak pun
sweater ke or baju tebai. After tengok ladang teh semua
terus naik bas p dinner.

Dalat ni daerah yang 10% sahaja orang yang beragama islam
so kedai makan dekat sini tersangat lah limited
tak silap aku ada tiga sahaja kedai makan islam area Dalat ni.
Mostly orang area Dalat taktahu berbahasa melayu.
Jadi kalau korang ada planning nak p negara lain nanti
and nak beli baju sejuk ke, haa dekat pasar malam
Dalat ni boleh dikatakan 90% jual baju sejuk and harga
tersangatlah berbaloi murah jugak.



After sampai bilik around pukui10 malam, macam biasa letih
then tidur laa. Day 2, first location of course breakfast dulu.
Then, bertolak ke The Valley Of Love. Okay tempat ni
tersangat lah luasssssssss. Tempat ni siapa yang suka bunga.
Kalau nak cerita ringkas melawat taman bunga haa gitu. Dalam
ni jugak depa buat tropika tanda seluruh negara see betapa
kreatif and luas tapi jangan risau, nak berjalan ke satu tempat
tu naik buggy car boleh muat 15orang macam tu untuk
bergerak ke satu tempat.











Second place for day 2 iaitu Crazy House.
Crazy House ni serius cantik, building dia tersangatlah unik.
Dekat sini pun kalau nak tidur, boleh sahaja sebab ada disediakan
perkhidmatan bermalam. Building dekat sini macam more into
fairy tale house. Cantikkk sangat!








Third place, iaitu Roller Coaster Datanla Waterfall. Dekat tempat
ni aku tersangatlah have fun and excited sebab roller coaster depa,
kita kena handle brek. Sumpah lajuuuuuuu. Untuk sampai ke
waterfall, takada pilihan lain kena jugak naik roller coaster.
So dont worry selamat okay. Sekali naik mesti nak naik lagi.
Banyak je aktiviti basah kalau ada masa boleh join okay.




Next place iaitu Me Linh Coffe Garden. Tempat ni tersangat lah
tenang and wajib rasa air kopi depa sambil tengok view
gunung, bunga matahari and so on. Cantik view sini!
Nak tengok sunset pun sesuai sangat.








Esoknya, packing semua barang untuk bertolak ke
Ho Chi Minh selama 6jam perjalanan dari Dalat.
Tapi sebelum sampai HCM, akan singgah ke
Mui Ne so dekat situ takada la penat sangat
perjalanan kan. Haa yang mana mabuk jalan better
bawak asam ke sebab jalan dekat sini teruk.

Around pukui 11  pagi jam Vietnam, aku sampai dekat
gurun pasir putih iaitu White Sand Dunes.
Dekat sini angin sangat lah kuat! Setiap kawasan
kita akan bergerak guna jeep so memang agak mencabar sikit
laa. Serius best! so wajib mai tempat ni.
Then, next place Red San Dunes so dekat sini
takada apa sangat pun, kalau nak meluncur boleh la
tapi takada la jauh mana perginya sebab tak tinggi sangat.
Bergambar je lah okay.



















Kami sampai HCM dah lewat around pukui 10malam
so after dinner semua letih. Esoknya baru start shopping.
Okay bandar HCM aku nak highlight sikit sini
better stay dua hari siapa yang suka shopping or nak berniaga ke
sebab sini tersangat lah murah boleh dikatakan
tawar tu sampai 70% lah kalau korang pandai.
Muka orang vietnam area HCM ni sangatlah kerek and rude
so buat hati kering saja okay.

Ni aku share link video sorry lah tak seberapa

https://youtu.be/VtDY4mR4f0Y





ΔΆ