Ahad, 27 Mei 2018

IFTAR W GENG LANGKAWI

Assalammualaikum ...

Tamatnya kelas semester 4 masuk lah
bulan yang sangat mulia iaitu Bulan Ramadhan
Alhamdulillah walaupun struggle jugak nak habis
assingment yang banyak ditambah pulak
dengan group yang selfish so aku macam biasa
malas nak ambik tahu dah ..

Plan dari minggu lepas so jadi tak jadi belakang kira
katanya nak iftar sesama tetapi masing-masing busy
so aku macam malas nak plan if free on ja
Kalau plan memang tak jadi apa la jawabnya
Haa kalau korang nak tahu ini geng langkawi
Boleh throwback balik entry 2016 aku letak title Langkawi

Then nama pun tak plan haa semua kedai fully reserved la jawabnya
nasib ada satu kedai siam apa entah untuk kitaorg basahkan tekak
so dah order air semua agak lewat jugak la berbuka
Then kitaorg p solat dekat masjid dulu
sementara tunggu redha orang kat kedai

Fikri ajak p steamboat dah nama pun tak reserved
memang tak bersteamboat la jawabnya so
aku plan jom la makan ayam penyet wong solo
Masa tu pukul lapan malam dah so orang pun
dah beransur balik
Alhamdulillah dapat jugak makan nasikkk

Tetiba Fikri buka cerita kita ni macam
masa dekat Langkawi haritu laa cari hotel last minit
nasib laa ada jugak and aku pinat terdiam
weh betul ah hahahahaha tak plan kan
so semua benda kelam kelibut lah ..

Cadangnya nak iftar dekat dataran putrajaya tapi
hujan lebat itu yang tak book kedai apa pun
main serbu je kira okay laa even agak
kelakar tapi kitaorg relax je takade kecoh ..

Nak jadi cerita time tu jugak kereta tak dapat start
aku mampu gelak je laa
Ingat kelakar ke dah la takada kedai nak berbuka
then kereta tak hidup hahahahaha
Finally bila relax kejap baru kereta dapat start ...
After two years baru jumpa lepas ni taktahu laa bila
pulak nak jumpa lagi memasing busy betul




Khamis, 3 Mei 2018

WEEKEND BUKIT BROGA & SG GABAI

Assalammualaikum ...

Baru sempat nak update tapi ikutkan masa
assingment masih lagi banyak
tapi i decide to relax taknak gelojoh nanti diri sendiri
depress then mula nak nangis ..
So i decide last week balik kedah
kebetulan takada kelas hari jumaat kan seriously
tak boleh tahan dah stress rasa nak nangis ja ..
Patut la orang cakap stress diploma ni lain dengan degree

Alright entry kali ni i nak story tentang
bukit broga. Ini pun semua last minute
then hentam naik viva sampai enam orang nasib la
semua badan kecik-kecik . So kitaorang decide
bergerak pukul lima pagi nak tengok sunset kan
then kita mampu merancang je disebabkan orang
yang sewa kereta tu terbangun lambat katanya lah
Lepas dapat kereta terus gerak p UKM pickup kawan i
as usual siapa je lagi my bestfriend then baru terus
p Bukit Broga . Sampai tu yeah nak expect apa je
semua dah turun tapi kitaorang selamber naik
so start hiking pukul9 pagi. Macam biasa parking kereta
ikut kepala so total RM6.00 then nak masuk bukit
broga pun kena bayar lagi RM6.00. Kitaorang dengan berani
taktahu langsung jalan .

Sampai ke pertengahan bukit kitaorang memang surrender
taknak dah naik sampai ke puncak sebab dari situ je dah
nampak scary weh curam sangat dari jauh lah.
Then ada tokwan ni kebetulan maa kitaorang baru start hiking dia
dah turun boleh pulak jumpa dekat tengah tengah ni.
Tokwan tu terdengar perbualan kitaorang yang pakat cakap
takmau naik dah then tokwan tu volunteer untuk jadi
tourguide kitaorang. Finally sampai la ke puncak tu.
Sepanjang perjalanan ramai gila yang bagi kata semangat
so automatically kau jadi peramah even tak kenal .
So korang if first time relax je sebab ramai yang sudi
jadi tourguide korang.

Then sampai ke puncak orang yang dah ada kat puncak pakat
tepuk tangan sebab kitaorang first time kan hahahahhaah
Bukan tu je pakat volunteer nak ambik gambar kat kitaorang sumpah
rasa segan gilaa hahaahha.
Haa foreigner pun sama je dua kali lima terlebih friendly
Tokwan tu rupanya rumah dia depan bukit broga je
so saja saja naik turun bukit .
Aku pun dah taknak repeat hahahaha rasa penat tu huh.

Then masa turun after habis bergambar semua ,
kebetulan dekat puncak tu ada group apa entah
apa lagi kitaorang tetiba jadi friendly tanya punya tanya
rupanya dorang dari JPM Jabatan Perdana Menteri .
Muda muda lagi macam 30an macam tu laa biasa laa
mana ada yang tua p hiking kan hahahaha .
So kami pun join la turun dari puncak sebab
hanya kami ja yang group last an kami pun
taktau nak turun macam mana.
Broga ada banyak track kalau taktahu macam kitaorang
ha memang akan naik yang curam la
ini kami turun dari puncak guna jalan datar ja .
Rasa macam bongok gila naik punya penat
turun sekejap ja tapi experience kan
bila lagi nak rasa macam tu.
Kami sampai ke parking pukul 11pagi .

Semua pakat penat so aku ambik turn drive
kitaorang decide nak mandi sungai
so paling dekat sini sungai gabai .
Dia punya penat lagi bila nak kena mendaki tangga
hahahahaha ni kali kedua aku p sg gabai.
Memang best tapi penat sebab tangga terlalu banyakkk .
So dapat spot terus bawa keluar makanan.
Kitaorang bawa bekal hanya sekadar nasi,sosej and nuget
itupun dah rasa sedap sebab penat sangat.

Selesai kenyangkan perut apalagi kitaorang main gelunsur
dekat sg gabai. Gelunsur ni yang jadi tumpuan.
I rabun so memang ramai lelaki then nak kisah apa
bukan nampak orang so gelunsur sesuka hati hahahaha.
Yang tak kenal pun dah join sama haa kiranya fun gila lah.



















ΔΆ