Rabu, 28 Mac 2018

MALAYSIA CULTURAL DAY

Assalammualaikum ...

Sekian lama berperang dengan test 1 akhirnya
aku ada kesempatan untuk tulis aktiviti
yang aku join dua minggu lepas ...
Niat nak update dah lama tapi tak sempat
dengan assingment punya banyak
yang tak pernah nak berkurang ni ..

So aku join this event as a volunteer je ..
Sebab nak habiskan sisa-sisa weekend and
lagi satu baru sedar diri nak kumpul sijil ..
This event ni weekend nampak macam tak sesuai kan
and ni baru first time dianjurkan so nak tengok lah
jauh mana perginya event ini ..
Sebab target utama yang wajib datang student mobility
and student international .

Tak ramai sangat laa mostly yang datang student international lah kan
sebab nak tengok apa je yang menarik di setiap negeri ..
Tak sempat nak prepare sangat so hanya kecil-kecilan je lah ..
Kita ada booth nasi kerabu, laksa, keropok lekor ni booth untuk
makanan je see tak banyak kan ..

Booth untuk pakaian ada macam macam so
student international boleh try costume
mengikut adat, negeri and agama ..
Then ada tarian pelbagai negeri tak semua negeri
sangat laa and kitaorang ada buat kelas
tarian pulak so aktiviti ni orang macam teruja sikit











Jumaat, 16 Mac 2018

THEME PARK BANGI WONDERLAND

Assalammualaikum ...

Entry kali ni aku nak share kitaorang punya
plan last minit short escape lah kiranya ..
Kebetulan birthday aku dah lepas, plan dah lama
tapi takada masa nak pergi so kalini memang
tak plan langsung kira main terjah je lagipun
kelas aku hanya sejam hari selasa so macam biasa la..

Bangi Wonderland ni buka pukul 10 pagi tutup pukul 6ptg
tapi before pergi nak settled kerja dulu ..
Minggu lepas kitaorang pergi kebetulan jugak
birthday Loly bulan Mac so apa lagi on je
Sampai dekat bangi dalam pukul 12tghari
macam tu sumpah rasa serious ke nak mandi panas weh ..

Terus ke kaunter tanya promosi birthday macam mana
so korang takpayah risau aku rasa setiap bulan ada promosi
then kitaorang ambik promosi for birthday la..
So yang tuan birthday memang akan dapat FREE yang
kitaorang kena bayar harga RM29 sekepala . .
Bagi aku tersangat murah and berbaloi harga ni dekat mainan
yang ada dekat situ, actually normal price
agak mahal rasanya RM48 macam tu tak berapa ingat ...
Locker ada jangan risau tapi taknak locker pun takpa
ada je kerusi untuk letak beg korang. Locker dia ikut saiz
Rm15 ini yang paling kecil kitaorang ambik just untuk
letak dompet and barang berharga je...

Then apa lagi pukul 12tghari kitaorang hitamkan kulit
malas fikir kecantikkan fikir keseronokan je ..
Jujur aku cakap mainan dia tak banyak so so lah
Kitaorang paling banyak naik repeat banyak kali
sebab sumpah best Magic Funnel !
Ini korang kena naik empat orang terbaik ah yang ni
Gigih angkat pelambung naik sampai tingkat empat
untuk main Magic Funnel . Korang wajib try yang ni .

Second paling best ,Insane Racer ! Ini yang
gelunsur warna warni tu . Ini tak penat sangat
just bawa tempat gelunsur bukan pelampung
apa nama entah, so this one korang macam cuak sikit
untuk first time. Normal lah then baru rasa nak repeat ..
Insane Racer ni korang kena meniarap then please buka mata
rasa kejung perut sebab nampak tinggi gilaaa, yang ni dia
ada tiga bucu yang macam tiga peringkat lah dari tinggi ke rendah ..
Lain rasa dia bila meniarap , mula tu cuak sebab aku pergi
merangkak hahahaha normal lah kan before meniarap
akan termerangkak tapi serious best should try okay ..

Third, Meander River ini biasa je macam dekat theme park lain
jugak yang dia buat lorong untuk mandi biasaa rasanya ini
untuk kanak-kanak sebab cetek je .. Ini kitaorang try jugak
la pusing satu round dah alang-alang kan wajib try semua benda ..
And dia bersambung dengan Typhoon River ..
Then terus pergi Pirates Bay ini just kolam biasa
tapi specialnya ada ombak haa gituu .. Dua jam sekali don worry
akan ada siren tu tanda ombak dah datang.. Ombak ni setengah jam je ..
For me ombak ni so so je hahahahaah tak sehebat Bukit Merah ...
Tak rasa sangat ombaknye ... Then Pirates Spa ni
kitaorang just lalu je tak masuk, dia macam kolam biasa
bezanya dia macam kolam spa takpun macam kolam air panas
Kolam dia warna hitam kelabu macam tu ...
Ini mostly untuk kanak-kanak je ..

Fourth , The Fall ini aku tak berani try yang ni Adibah je try
Gilaa dah la aku takut tinggi The Fall ni bucu dia
memang tajam serious scary .. Masalahnya Dibah pun
tutup mata main The Fall ni .. Next rides Wonder Loop
ini Syu je try sebab tersangat scary .. Ini macam
cerita RunningMan .. Kita masuk dalam bekas tu
acah macam angkasawan punya kaca then
orang tu akan kira sampai tiga baru dia tekan suis ..
Aku tak perasan sangat rasanya Wonder Loop ni guna angin ..
Tapi so so je sebab jenis tersekat separuh jalan .. Air tak sampai
agaknya.. Mostly yang gelunsur memang tak berapa
smooth sangat asyik tersekat je .. Aku ringan agaknya ..

Last sekali Kids Adventure , ini paling puas mandi ..
Terpaksa untuk habiskan sisa-sisa kepenatan ..
Sebab games lain tutup rehat pukul 2ptg
and buka balik pukul4 ptg. So please kalau datang
jangan datang lewat nanti tak boleh repeat
kan tak berbaloi bayar ... Nasib kitaorang sempat repeat
so rasa berbaloi jugak lah dengan harga tu ...

Itu je games yang kitaorang main ..
tak banyak mana pun sebab ada yang tutup
means dorang tak bukak entah laa kenapa ..
Berbaloi if bayar harga promo itu je aku nak bagitahu ..





















ΔΆ